Jom Baca

Monday, January 20, 2014

Sebuah Perjalanan Dan Satu Penjajah



As-salam.......18 Rabiul Awal 1435 H



HARI INI DALAM SEJARAH - Perjanjian Pangkor Ditandatangani

Pada hari ini dalam tahun 1874, Raja Muda Abdullah, yang menguasai kawasan di Hilir Perak telah menandatangani Perjanjian Pangkor bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda, iaitu Bendahara, Temenggong, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor di hadapan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Andrew Clarke. Perjanjian ini mengandungi 14 perkara dan antara yang penting ialah:-

- Raja Muda Abdullah diiktiraf oleh British sebagai Sultan Perak
- Raja Bendahara Ismail yang sekarang diiktiraf sebagai Pemangku Sultan diakui sebagai Sultan Muda dan diberi pencen serta sebuah wilayah kecil
- Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut tetapi tidak lagi sebagai pemerintah yang bebas.
- Menteri Larut adalah bertanggungjawab membiayai segala usaha mengawal ketenteraman Negeri Perak.

Bagaimanapun peruntukan yang paling penting dalam perjanjian ini ialah yang berkaitan dengan perlantikan Residen. Dalam peruntukan ini Residen berkuasa penuh keatas pemungutan dan pengawalan hasil mahsul dan pentadbiran. Sultan dikehendaki meminta dan bertindak mengikut nasihat-nasihat Residen dalam urusan pentadbiran negeri. Melalui perjanjian ini walaupun Sultan masih berkuasa ke atas negeri Baginda, kuasa itu dibatasi oleh pihak lain iaitu pegawai-pegawai British dimana Baginda terikat untuk mematuhinya. Tegasnya, sultan tidak lagi merupakan pemerintah yang mutlak dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri, melainkan yang berkaitan dengan agama dan adat orang-orang Melayu.

Sumber : Arkib Negara


##mahu lanjut rujuklah buku sejarah..Jangan kita lalai dek masa,sejarah telah menbuktikan segalanya

1 comment:

aby said...

bermulala sistem sekular yg dibawa hingga ke sekarang ..
pengasingan ugama dan sistem pentadbiran ..
hinggakan majlis keraian pun dimula dan ditutup dgn doa ..
pengisiannya .. bebas ..