klik2 jaa

Tuesday, October 30, 2012

Bila Alam Bersuara.. Sandy


Bila Alam Bersuara ... Taufan Sandy kini hancurkan US


Taufan Sandy yang sedang melanda bahagian timur Amerika Syarikat..
















niii baru sikit yang dapat di gambarkan...biarpun persedian telah di ambil tiada yang dapat menduga apa akan terjadi pada hari-hari mendatang..
Hanya ALLAH yang Maha Mengetahuai 

Friday, October 26, 2012

Eidul Adha kisah di sebalik nya.


Aidil Adha ini   10 Zulhijjah 1433   ,  ingin mengingatkan kepada diri saya dan kepada saudara-saudari sekalian, bagaimana contoh perjuangan untuk menegakkan hukum Allah, dari kalangan mereka yang terdahulu daripada kita terutamanya para nabi dan para rasul a.s.




Dalam peristiwa Aidiladha ini, ada 3 watak yang selalu disebut-sebut, yang telah menunjukkan betapa komitmennya mereka terhadap perintah Allah SWT, iaitu Nabi Allah Ibrahim a.s, anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar.

Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya meninggalkan anak dan isterinya yang tercinta berduaan di Mekah, tempat yang kering kontang dan panas terik.

Nabi Ibrahim lantas meninggalkan isteri dan anaknya tanpa mengendahkan panggilan isterinya. Sehinggalah isterinya bertanyakan kepadanya: "Adakah ini adalah perintah dari Allah?". Lantas Nabi Ibrahim berpaling dan menjawab: "Ya". Siti Hajar menjawab dengan tenang: "Pergilah dengan urusan Tuhanmu itu".

Ini adalah satu pengorbanan demi agama Allah SWT. Maka dengan sebab itu, kita yang datang selepas dari para anbiya itu, hendaklah mencontohi mereka dari sudut prinsip dasar dan perjuangan.





Dalam memperjuangkan Islam ini, kita perlu sabar dan tidak perlu gopoh untuk mendapat kejayaan yang terburu-terburu, tetapi kita hendaklah berwaspada dalam pergerakan kita ini. Ianya adalah supaya kita tidak melencong dan terseleweng daripada landasan yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh para anbiya itu adalah perkara-perkara lapuk yang tidak dapat kita menggunakan pada masa atau zaman ini.

Malahan kitab-kitab Allah dan Hadis-hadis Nabi itu terus berkuatkuasa selagi mana adanya manusia di atas muka bumi ini. Syariat Islam berkuatkuasa sepanjang zaman dengan keadaan bahawa ianya dikenali dengan satu keistemewaan bahawa Islam itu adalah bersifat 'As-Sabat wal Murunah'. Ianya tetap, tetapi anjal. Tetap itu bermakna, kita tidak boleh keluar dari landasan Islam walaupun ianya bersifat anjal.


Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, walillahilhamd.....


bersama-sama doakan kesejahteraan mereka yang sekarang ini sedang melakukan ibadah di Padang Arafah supaya memperoleh haji yang mabrur dan diberkati. Semoga selamat dalam urusan.Niat di hati dan impian hendak juga aku menjejak kan kaki di tanah suci...moga-moga Allah SWT mempermudahkan segala-galanya. AMIN



Friday, October 19, 2012

AES...apa tooo ???


Perangkap lalu-lintas..era terkini,

sistem AES ini ialah kemampuannya untuk merakamkan begitu banyak gambar kenderaan yang melakukan kesalahan trafik lalu lintas dalam tempoh yang begitu singkat.Berfungsi dalam semua keadaan cuaca siang dan malam.

Antara lokasi panas yang dijangka akan mengeluarkan banyak saman kepada pemandu
 ialah di laluan lurus dengan had maksimum kelajuan 60 km/j dan 80 km/j. Kebanyakan pemandu menghadapi kesukaran untuk mematuhi had laju di bawah kedua-dua had maksimum tersebut serta di lampu isyarat di lokasi tertentu.



Had laju 60 km/j...pi hentam bawak 80-90 km/j...enjin semua power2 belaka

dengan kata lain.memandu lah dengan berhemah serta waspada selalu,ingat nyawa kita begitu berharga buat yang disayangi









Friday, October 12, 2012

seindah bunga

bagaikan irama dan lagu.




Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Dipinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu 

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya






Thursday, October 11, 2012

Bagaikan lagu dan irama

santai seketika layan lagu aku suka dia,sekali-sekala buat halwa telinga ..

Sunday, October 7, 2012

Sekilas mutiara kata

"Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda mencintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda."




“Hari ini mungkin kita rasa begitu bersemangat, tapi belum tentu hari esok. Hari ini mungkin kita rasa begitu gembira, tapi belum tentu hari esok. Begitulah lumrahnya hidup, tanpa rasa KEGAGALAN, KEPAHITAN, dan KESEDIHAN kita tidak akan dapat BERJAYA !!.”

Salam Terakhir...

Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan ibu mertua meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa ha...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...