klik2 jaa

Sunday, September 25, 2011

Tanggal 15 sept 2011


Semua kenal..hak  too apakan???  tanggal 15 sept yang lalu aku melangkah buat pertama kali setelah 12th berkhidmat.Buat pertama kali aku menggunakan kad masa sebelum ini tulis kedatangan  dalam buku jea.
Walaupun berat hati aku untuk terima kenaikkan pangkat ,tapi berkat sokongan  isteri tersayang aku terima jua demi masa depan ,tak kan selama-lama aku nak di satu tahap jea,,,
Banyak perkara baru aku perlu belajar...itu-ini semua serba baru bagi aku....susah hati pun ada jika terkenang masa lalu.. aku harus kuatkan semangat jua...demi anak2 aku.

Yang pasti  setiap hari mendatang aku pasti akan berdepan dengan dugaan dan cabaran baru..
"Ya ALLAH kuatkan lah semangat aku nii, permudahkan segala urusan aku ,murahkan  rezeki aku "AMIN

kekadang aku terasa jua..kepenatan.namun aku kuatkan jua gagah kan jua demi insan2 yang tersayang yang amat memerlukan ku.

ehmm...ada juga  rakan2 fb bertanya..."kau ni kerja apa ?" yang pasti biarlah RAHSIA kan.
itulah kisah yang aku telah  lalui dan akan lalui....Blog ini akan aku jadi coretan  buat semua yang sudi

AS salam......



Sunday, September 11, 2011

9/11 ..sejarah bermula

Lihat ,tengok dan pandang..pelbagai cerita di sebalik sama ada di rancang atau terancang tak pun rancangan khas..atau pun program kehancuran dunia.


sumber fail sulit Bahulu .com & you tube

Saturday, September 10, 2011

9/11...titik kehancuran dunia

Lukisan kapur oleh seorang artis pada tahun 1980-an ini memberikan firasat yang menakutkan terhadap peristiwa 9/11. Karya seni yang menyeramkan ini menggambarkan kesepian seorang gadis muda yang diapit oleh dua pesawat jet dan Menara Berkembar yang tumbang di dalam sebuah kebakaran.

Tetapi pada hakikatnya lukisan dilukis lebih awal, iaitu 10 tahun sebelum tragedi yang mengerikan itu terjadi. Artis Willie Gardner telah meninggal dunia pada bulan November tahun lepas pada usia 78 tahun, dan telah dikuburkan dia tanah perkuburan yang sama ketika ia mendapat ilhamkan melahirkan karya beliau ini.

Lukisan itu menunjukkan gambaran rambut seorang gadis yang berjuntai. Kelihatan juga seperti api dan asap naik ke langit dari salah satu menara tersebut.


"pada asal tiada makna pun...hingga terjadi 9/11"..titik kehancuran dunia Islam...pihak barat menjadi ia lesan untuk menyerang negara2 Islam...semua nya kita telah lihat !



Gambaran Masa kini

Ramai pelawat yang menyangkakan bahawa gambaran atau tujuan lukisan itu dihasilkan sebagai satu penghormatan kepada warga yang terkorban di dalam serangan di New York pada 9/11 itu.

Cook Lex yang bertugas sebagai Penyelaras Unit Pendidikan di pusat itu pada akhir 1980-an berkata: "Ia mungkin antara 1988 atau 1989 ketika saya mula-mula melihat lukisan Willie ini. Ketua di pusat sini pada masa itu suka kepada karya itu dan Willie telah memberikannya untuk dipaparkan di pusat tersebut.

"Setakat yang saya tahu Willie melukisnya semasa ia menjadi ahli Kelab Seni di sini. Saya masih ingat pada itu ketika saya melihat lukisan ini dan cuba untuk memahami apa yang ia cuba tunjukkan. Ia agak mencuri perhatian tetapi juga aneh dalam masa yang sama.

Saya tidak sangka ia dikaitkan dengan serangan terhadap Menara Berkembar kerana saya telah melihatnya untuk sekian lama. Sehinggalah kemudian datang seseorang yang baru pertama kali melihatnya, dan bertanyakan sama ada ianya merupakan satu penghormatan kepada mangsa-mangsa 9/11."


Memorial

Unit Pengurus Jody Cannon berkata beliau menyangkakan ia adalah antara memorial seni. Beliau berkata: "Lelaki yang pertama kali menunjukkan kepada saya menafikannya dan kemudian memberitahu saya bahawa ia dicat sebelum 9/11.

Sekarang apabila saya menunjukkannya kepada seseorang yang baru, saya tidak berkata apa-apa dan mereka biasanya akan berkata ia adalah karya penghormatan 9/11. Apabila saya memberitahu mereka ianya dilukis sebelum kejadian itu berlaku mereka tidak percaya."

Anak perempuan pelukis, Aileen Currie, 53, berkata: "Saya tahu ia telah dilukis bertahun-tahun sebelum Menara Berkembar dimusnahkan. Dia selalu berminat pada seni dan lukisan sejak masih kecil. Dia adalah seorang ahli kumpulan seni di dalam Unit Pendidikan. Ia hanyalah satu lukisan beliau dan saya fikir ia telah lama diletakkan di belakang pejabat selama bertahun-tahun sebelum mereka meletakkannya ke bahagian penyambut tetamu."

Lukisan ini
telah digantung di Pendidikan Komuniti Grangemouth di Stirlingshire.




sumber : fail sulit Bahulu.com

Tuesday, September 6, 2011

Sunday, September 4, 2011

Tangan-tangan...malaysia.

Banyak yang tersirat dan tersurat buat tatapan kita....setiap tangan2 di malaysia memberi sumbangan yang bermakna buat negara kita ,Malaysia.


Saturday, September 3, 2011

Suka duka negara ku malaya...merdeka,merdeka,merdeka....!!


Pengisytiharan Merdeka
Kita telah merdeka selama 54 tahun.. kita katakan kita Merdeka...
merdeka dari penjajahan fizikal dari Brtitish dan Jepun..

pemeriksaan oleh polis British semasa darurat

 Darurat bertujuan untuk mengawal kegiatan politik yang berhaluan kiri,
atau mudah cakap,mengawal parti yang jadi pembangkang kepada kerajaan,
kalau masa zaman 1948 dulu British mengisytiharkan darurat untuk 
menghentikan pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM).

pada waktu itu Parti Komunis Malaya (PKM) memberontak,
tanah melayu ibarat "'padang jarak"" .Habis semua nak di 'bako " nya...

Lain2..pandailah baca buku sejarah.,kita semua sudah bersekolah dari tadika
hingga ada sampai universiti kan !!.

Suka duka...pejuang dahulu demi merdeka tanah air.



                                                                        semasa era Nippon..."""Banzaiii """





Thursday, September 1, 2011

Buat semua.....Syawal yang di nanti ,kejayaan buat kita !






Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang kini masuk hari k3 hari ini, ,hati-hati tidak kira di mana kita berada."malang tak berbau,ingat lah orang tersayang"dan Salam kemerdekaan ke54 buat negara ku Malaysia tercinta ..merdeka,merdeka,merdeka..,merdeka.......................




Salam Terakhir...

Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan ibu mertua meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa ha...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...