klik2 jaa

Sunday, September 22, 2013

Menu Pilihan Nasi Ayam Hainan

As-salam, cuti2 Sabtu/Ahad santai di rumah ajelah...anak2 pun kejap deman,kejap okey.BS pula sakit urat kaki lepas main futsall..he3 gatal sangat kata wife. Bila di rumah biasalah makan.kemas apa yang patut2 ,itulah rutin hidup sebagai insan bernama manusia. Tercari-cari menu , hattta terjumpa yang ini dari Hj Mamak Penang..dengan kata lain mudah,cepat rasa2 kaum Adam pun boleh buat jika ikuti langkah yang disertakan.
Terima Kasih ALLAH atas rezeki yang berikan....Aminn

RESEPI NASI AYAM HAINAN:

Resepi NASI AYAM HAINAN ialah hidangan menu yang berasal dari negara Cina. Hidangan Nasi Ayam Hainan 

yang kini terdapat di negara kita dan Singapura atau di Thailand adalah versi yang telah mengalami proses 
pengubah-suaian mengikut selera masyarakat di negara masing-masing. Asal-usul Menu Nasi Ayam Hainan 
berasal dari negara Cina adalah dari hidangan Daerah Hainan di negeri Cina yang membawa maksud ayam tua 
atau "Ayam Weng Chang". Nasi Ayam Hainan yang kini terdapat di Malaysia dan Singapura adalah 
hidangan gabungan dua suku masyarakat Cina, Hainan dan Kantonis. kelazatan sebenar Nasi Ayam Hainan ini 
terletak pada cara dan proses penyediaan stok ayam (air rebusan ayam segar). 

Dalam menu ini "Stok Ayam" adalah bahan asas yang digunakan untuk masak nasi, sup dan juga cicah sos cili yang lazat. Cara masakan tradisi Hainan, ayam yang digunakan adalah dipilih ayam yg lebih tua untuk mendapatkan minyak ayam yang lebih sedikit dari gunakan ayam yang muda tetapi pengaruh suku kaum Cina kantonis telah mengubah resepi asal ayam tua kepada ayam muda yang punyai lebih padat isi ayam dari ayam tua.

Resepi hidangan ini sekali lagi bertukar bila orang Melayu minat masakan nasi ayam. Berbagai-bagai cara masakan nasi ayam telah menjadikan hidangan ini sentiasa berubah mengikut cita-rasa penggemar hidangan Nasi Ayam. Tak salah Resepi masakan sentiasa berubah mengikut peredaran masa.


 Apa yang penting ialah, resepi yang diubah perlu disukai ramai dan punyai nilai-nilai kesenian kulnari, mudah, berzat dan sesuai untuk semua golongan. Hidangan Nasi Ayam Hainan ini biasanya dihidangkan dengan sup kosong, pencicah-pencicah sos seperti cili, halia dan kicap. Hirisan tomato dan timun juga dihidangkan untuk 'diet seimbang'. Maka hidangan "Nasi Ayam Hainan" adalah satu hidangan yang amat baik dari segi nutrisi dan juga kelazatan.



RESEPI NASI AYAM HAINAN. ( 6-8 HIDANGAN)

PENYEDIAAN AYAM:



- 1 ekor Ayam segar yang telah dibersihkan berat 1.8 - 2.0kg. Bersihkan bahagian dalaman ayam mengikut dari arah belakang ayam. Singkirkan bahagian leher yang dipenuhi lemak. (asingkan semua lemak ayam dan simpan untuk kegunaan masak nasi kelak). Toskan air basuhan, masukkan mengikut rongga belakang ayam:


- 1 sudu besar hirisan halia.
- 1 btg daun bawang putih (scallions/ leek) dihiris 1".
- 1 btg celery dihiris.
- 1/2 btg karot yg telah dihiris.
- 1+2 sudu garam, lumurkan keseluruhan badan ayam.
- 10 cawan air stok ayam, jika tiada stok ayam masukkan pati ayam knorr/maggie 2 kiub.
- 1 sudu kecil serbuk lada putih dimasukan pada air stok.

CARA-CARA:


1. Didihkan air.


2. Masukan ayam dengan bahagian dada ke arah bawah. Air rebusan ini perlu lebih tinggi 1 inci dari paras ayam yang sedang direbus. Tambahkan air jika perlu. Rendahkan api dapur untuk air tidak lagi mendidih tapi dalam keadaan renehan supaya kulit daging ayam tidak terkopek semasa rebusan ini. Rebusan perlu dilakukan secara perlahan sehingga kesemua bahagian daging ayam itu masak secukup. Jangan terlalu lama memasak. Masa yang diambil untuk rebusan lebih kurang 45 minit. 


3. Sediakan air ais dalam sebuah besin. Apabila ayam telah masak, segera keluarkan ayam dan masukkan segera ke dalam besin air ais atau air biasa yang telah disediakan. Rendam ayam dalam 10-15 minit untuk mematikan haba terpendam tidak masak lagi isi ayam.


4. Keluarkan ayam dari rendaman ais dan keluarkan semua bahan-bahan seperti hirisan halia dan daun bawang dari rongga ayam. Gantung ayam-ayam itu supaya air berlebihan dapat ditoskan. Biarkan ayam-ayam itu sejuk. Anda boleh lihat minyak ayam akan keluar dari rongga kulit ayam, dengan menggunakan brus spread sapukan minyak lapisan kulit ayam supaya kelihatan permukaan ayam itu kilat dan menarik. Biarkan ayam-ayam itu untuk dipotong.


5. Air rebusan ayam (Jangan Dibuang) perlu ditapis dan simpan untuk digunakan penyediaan Nasi, Sup dan juga sos.

CARA-CARA MASAK NASI AYAM.

BAHAN-BAHAN:


- 3 cawan beras. Kalau boleh dapatkan beras yang panjang sedikit (beras Siam).
- 1 sudu besar halia dihiris halus.
- 3 ulas bawang putih dihiris halus.
- 3 cawan air rebusan ayam tadi.
- 1 sudu besar lemak ayam yg berlebihan semasa pembersihan.
- 5 sudu besar minyak masak.
- 1 sudu besar minyak bijan/seasame oil.
- 1 sudu kecil garamgGaram secukup rasa.
- 4 helai daun pandan disimpul.

CARA-CARA MEMASAK NASI:


1. Basuh beras sehingga air b
asuhan jernih. Toskan beras dengan penapis (plastik).

2. Panaskan kuali, masukkan lemak ayam dari pembersihan ayam awal tadi.

3. Masukkan hirisan halia dan bawang putih, goreng sehingga bau naik (jangan sampai hangit). Masukkan beras yang telah tos dan goreng sehingga beras seperti keputihan sedikit. Tujuannya ialah untuk matikan kanji beras dan nasi menjadi peroi sebiji-sebiji. Masa gorengan 10 minit sudah memadai. Awas jangan beras hangit, perlu sentiasa terbalik-balikan menggunakan sudip.


4. Pindahkan beras yang telah digoreng kedalam periok nasi. Masukkan nisbah air telah diukur. Masukkan daun pandan dan 1 kiub stok ayam. Tutup tudung dan biarkan nasi masak. Jangan buka tudung nasi sehingga airnya mula kering. Bila nasi mula kering, buka tudung nasi dan gemburkan nasi dengan garpu kayu. Tutup kembali tudung periok. Tutup api dapur. Nasi anda telah sedia.

SOS SEBAGAI PENCICAH:


Sos Kicap:

- 2 sudu besar kicap pekat.
- 1 cawan air rebusan ayam/stok ayam.
- 1 sudu besar minyak bijan.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 4 ulas bawang putih dikopek dan diketuk.
Panaskan adunan ini dlm 5 minit, Tambahkan gula dan garam ikut rasa anda. Sos anda sedia.

Sos Cili:
- 100gm cili merah hidup.
- 5 tangkai cili padi.
- 1 sudu besar halia.
- 2 ulas bawang putih.
- 1 sudu besar gula.
- 1/4 cawan air limau kasturi.
- 1/4 cawan air rebusan ayam tadi.

Dikisar semua bahan-bahan ini.

Untuk Hidangan:
Timun dihiris, Tomato dihiris dan daun salad bunga.


sekalung penghargaan buat Hajj  Mamak-Original

Tuesday, September 17, 2013

Umpama lilin membakar diri.


Sekeping gambar dapat menceritakan segala-gala nya...saat susah-payah mereka masa lalu ,kita hari ini merasa nikmat nya.ANTARA laluan utama ke kelantan dan Terengganu.
Komen BS betapa kejam nya Bintang3 ,mangsa yang tidak bersenjata menjadi korban  demi kesenangan orang lain.Terima Kasih buat mereka dan waris2 mereka.
Jasa mu amat berharga.
AL-Fatihah......................................................................................................


Monday, September 16, 2013

apa makna nya sebuah MERDEKA

Tanpa 31 Ogos 1957, tiadalah Hari Malaysia, kata ahli sejarah
KUALA LUMPUR: Walaupun sudah 50 tahun sejak penubuhan Malaysia, ahli sejarah berpendapat bahawa Hari Kemerdekaan yang membawa kepada pembentukannya adalah jauh lebih penting.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Datuk Dr
Ramlah Adam berkata Hari Kemerdekaan yang disambut pada tanggal 31 Ogos 1957 mempunyai signifikan melebihi Hari Malaysia kerana sekiranya negara tidak mencapai kemerdekaan terlebih dahulu, Hari Malaysia tidak akan wujud.

"Idea untuk pembentukan Malaysia telah dirancang oleh British sejak tahun 1948 lagi, melalui kertas kerja Gabenor Jeneral Malaya, Sir Malcolm MacDonald yang bertajuk ‘The grand design of Malaysia’.

“Jadi, selepas Malaya diberi kemerdekaan pada tahun 1957, Allahyarham Tunku Abdul Rahman mencadangkan idea pembentukan Malaysia pada tahun 1961.

“Selepas itu, Hari Malaysia disambut pada 16 September, 1963 setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia dan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia, walaupun Singapura disingkirkan pada tahun 1965.

“Jika tiada Hari Kemerdekaan, tiadalah Hari Malaysia,” katanya kepada Astro AWANI.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Zainal Kling turut bersetuju bahawa Hari Kemerdekaan adalah lebih penting daripada Hari Malaysia kerana semasa idea untuk Hari Malaysia dicetuskan, tarikh 31 Ogos dilihat sebagai tarikh yang sesuai untuk dinamakan sebagai Hari Malaysia.

“Tarikh 31 Ogos sebagai Hari Malaysia telah dipersetujui di antara Tunku Abdul Rahman dan bekas Perdana Menteri Britain, Herald Macmillan.

"Bagaimanapun, langkah itu mendapat tentangan hebat dari Indonesia kerana mereka menganggap
pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan atau kolonialisme.

“Oleh kerana bangkangan itu, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan untuk mengadakan referendum atau pungutan suara untuk penduduk Sabah dan Sarawak.

Selepas hampir semua pihak bersetuju untuk membentuk Malaysia, Hari Malaysia diisytiharkan lewat sedikit iaitu pada 16 September, " katanya.

Berita mula diterbitkan pada: September 16, 2013 09:30 (MYT)coretan dari Astro Awani


Apa itu Malaysia


Saturday, September 14, 2013

Sejarah dan nilai nya..

sejarah oh sejarah..

AS-salam....
Coretan sabtu , selesai dengan jaya menyertai kawad Merdeka edisi 2013 Peringkat Daerah aje!...penat rupa segala komitmen di perlukan oleh semua kontijen terlibat,itu belum campur -tolak latihan dan raptai.Penat dah dok kira,apa-apa pun semangat plus jiwa Merdeka.

Tanpa sejarah,tiadalah Malaysia seperti Hari ini,suka-duka Rakyat dahulu sukar dibandingkan dengan Rakyat Malaysia hari ini, hari ini masing-masing umpama mabuk dek politik yang tiada kesudahannya.Puak-puak menyuarakan hak-hak itu dan ini umpama taman tebu di pinggir bibir.

Tanggal 16 sept Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Malaysia iaitu kemasukan Sabah dan Sarawak dalam gagasan bernama Malaysia,selepas keluar nya Singapura dari Malaysia.

 Hayati Sejarah dalam hidup ini, setiap kita ada sejarah hidup tersendiri sebagai coretan buat anak-cucu kelak..Ya kan
Terima Kasih ALLAH.
Gambar asal dari Muzium Negara

Tuesday, September 10, 2013

Honda Vs Yamaha.Vroooooom


Tepuk dada, tanya selera...masing-masing ada selera dan minat tersendiri.Vroooooooooom ikuti kisahnya

PERSAINGAN untuk segmen kapchai daripada pasaran motosikal Malaysia nampaknya sudah bersedia untuk menjadi lebih menarik pada bulan-bulan akan datang dan juga ke 2014 dan seterusnya dengan pembebasan Hong Leong Yamaha Malaysia ( HLYM ) Lagenda 115Z . Pelancaran Lagenda kapchai semua-baru datang minggu kurang daripada selepas Boon Siew Honda telah melancarkan Honda Wave Dash yang -siri moped 110cc .


Yamaha Lagenda 115Z adalah moped generasi baru sporty yang dilengkapi dengan ciri-ciri yang akan menarik kepada penunggang kapchai seluruh negara. Antara ciri-ciri 115Z adalah baru, udara sejuk enjin 4-lejang SOHC dengan suntikan bahan api, yang lebih besar di bawah tempat duduk simpanan ( lebih besar daripada Honda Wave ) dan pematuhan kepada peraturan-peraturan UNECE semua berkaitan.

HLYM juga melihat bahan api baru-baru ini kenaikan harga akan membuat lebih ramai pengguna untuk memilih motosikal atas kereta sebagai cara peribadi mereka pengangkutan untuk pergi ke kerja dan urusan tugasan berjalan.


"The penamat Lagenda 115Z juga memberi penunggang rasa berkualiti tinggi dan keyakinan yang lebih atas kapal pengalaman menunggang . Dengan sistem suntikan bahan api , bukan sahaja penunggang akan dapat merasakan kuasa tetapi juga kagum dengan penggunaan bahan api . Malah, kebolehpercayaan dan kecekapan teknologi bahan api suntikan Yamaha telah terbukti dalam model FZ150i kami, "kata CH Ng , Pengarah Urusan HLYM .

 Juga datang dalam pilihan cast roda sporty atau jejari , dan boleh didapati dalam beberapa warna dan grafik. HLYM juga disediakan satu lagi varian basikal , yang dikenali sebagai Lagenda 115ZR , yang memaparkan grafik dan warna Kilang Yamaha Racing usaha MotoGP , dengan pelbagai ciri-ciri tambahan seperti lampu belakang LED dengan biru panel instrumen terus, menyala di bawah penyimpanan kerusi petak , takungan udara di penggantungan belakang dan tempat letak kaki miring- dapat.



Penggunaan Filter lazim pada jenama Yamaha.


Pandang atas mantap



"Sebagai sebahagian daripada komunikasi kita dan aktiviti-aktiviti promosi bagi model baru ini, kami telah mencipta satu aplikasi permainan yang dipanggil " Run Tornado "yang menampilkan Lagenda 115Z . Pemilik syarikat 115Z boleh bermain permainan ini pada telefon pintar mereka," kata Ng.

The " Tornado Run" app permainan telah diterima pakai daripada TVC yang Lagenda 115Z , yang akan disiarkan di stesen TV satelit negara dan tidak lama lagi. Aplikasi permainan telah dibangunkan untuk Android dan IOS berasaskan telefon pintar dan alat. Ia boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play , Apple App Store dan laman web HLYM ini.

Yamaha Lagenda 115Z model boleh didapati dari pengedar berdaftar Yamaha di seluruh negara sekarang dan akan dijual pada harga RM4 , 972 untuk bercakap roda w / kick starter dan RM5, 168 untuk cast roda w / elektrik starter. The Lagenda 115ZR varian ditetapkan pada RM5, 410 ( Semenanjung Malaysia sahaja tidak termasuk cukai jalan , insurans dan nombor plat ).
As-salam..

perhargaan  CBT online,edisi asal Bahasa Inggeris.

Saturday, September 7, 2013

The Power Of Dream..@ Honda Factory


As-salam ,

edisi terjah Kilang terbaru BSH sejak berpindah dari kilang lama .Teruja juga BS sebagai 

pengguna Jenama 

HONDA. Dari sedikit gambaran cukup bagi mengambarkan akan kecanggihan Kilang BSH 

Malaysia, ada potensi kuasai pasaran Kap di Msia . Ada rezeki nak jugak Admin teringin 

lawat juga.


Edisi ex5 110cc/ Blade keluaran terawal kilang baru nii,jika tak silap disamping model2 

sedia ada lain.Sesi pelancaran kap terbaru BSH iaitu wave dash 110cc terbaru,sebelum 

Indonesia telah dahului melancar model tersebut.

Terima kasih ALLAH atas segala rezeki yang Kau Kurniakan, Amin
BS antara pengguna terawal di sini ....
VROOOOOOOOOM bersama BSH .
yahoooo


Photos by MrPravin Menon and Bikes Republic sekalung penghargaan .


 headlight cover ready for paint.rasa part ex5 110cc..

 Euro II emission testing.ini bermakna motorsikal Malaysia mampu dijual luar negara.

Made in Malaysia.stok2 untuk seluruh Negara , permintaan yang  paling laris umpama pisang Panas kak ton.
ex5 antara model yang terpasar sejak 26 thn yang lalu dan mampu memberi penguasaan berterusan buat BSH.Sebelum ini ada
ura2 model ini akan dihentikan pengeluaran, sejak awal 9 ia telah dikekal dalam senarai produk.

Tugas Satu Ibadah.

too dia motor BS EX5 110cc
syok nya kerja2 kat BSH ,hari2 layan motor
bau motor baru usah di kenang lerr....kita niii sekali-sekala beli baru dapat bau kilang..

 running engine 

Nee Dash 110cc.. retail prices: 
Wave Dash S RM5,029
Wave Dash R RM5,289
Wave Dash Repsol RM5,419
 Motor Kap paling terbaru dari BSH setakat September 2013@6/9/14


apa yang ditawar buat pengguna>>>The 1st Malaysian kapcai with twin disc brakes and tubeless tyres. Lightweight and nimble as hell, good handling even better braking with the twin disc setup, styling is fantastic as well especially the Repsol R model, design cues taken directly from the CBR1000RR. Halogen headlights and nice integrated winkers. Velvety throttle response. Lovely muffler design.
sangat2 menarik bakal kuasai pasaran kap Malaysia

Sentuhan hasil kerja tenaga Manusia masih di perlukan untuk kerja2 yg detail seperti ini.
 
Decal application still needs the human touch.

 Test Ride..dari Wartawan tempatan,untung mereka dapat merasa jentara terbaru


Made in Penang >>Boon Siew Honda Sdn. Bhd.
721, Persiaran Cassia Selatan 1,
Kawasan Perindustrian Batu Kawan,
14100 Simpang Empat,
Pulau Pinang.
Yang Muda2 berminat boleh intai Job2 kosong di BSH ..


bersambung........

Jom terjah geng di Group Honda Ex5 110cc. info dan Maklumat dari BS sebagai rujukan .

Wednesday, September 4, 2013

Warna-warna MERDEKA ke56thn

As-salam ,
Satu gambar seribu makna buat tatapan hari-hari mendatang.. Malaysia Negara Berdaulat
Hayati Semangatnya sebagai Rakyat Di Bumi Bertuah.




Yang Dptertuan Agong ke14(Sultan Kedah Negeri Kelahiran Ku & 13/12/2011 hingga cukup 5 thn)
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah





Perdana Menteri Malaysia Ke6 Datuk Seri Najib Tun Razak .








Aset pertahanan Negara setanding Negara2 Maju..

Made In Malaysia....tapi petrol sudah naik,pakai jea yang sedia ada.












Kita Rakyat 1 Malaysia,setiap bangsa perlu Bersatu,Mahukah Sejarah Lama berulang kembali..katakan TIDAK !








********
sekian catatan Sejarah Ringkas.



Gambar :: dari Jabatan Penerangan Malaysia

Salam Terakhir...

Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan ibu mertua meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa ha...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...