klik2 jaa

Wednesday, July 31, 2013

Motor Raya dari Honda Impian 110cc

HONDA_A_MAIN_RED
As-salam Ramadan ke23, ..malam ini adalah malam ganjil 23 ramadhan...terus mencari dan menanti malam LAILATUL QADR yang penuh keajaiban Nya...jika Allah berkehendakkannya..insyaAllah .itulah keistimewaan bagi hambaNya yang dapat mengapai Malam Lailatul Qadr dimana setiap doa dikabulkan. Dia Tuhanmu memberi kepada siapa yang Dia berkehendakannya.... Subanallah, Allahu Akbar
Hari ini telah Riuh seMalaysia  baik  di blog , pengemar dunia motor dan FB honda2 niiii dan versi 110cc terbaru, yang pasti ex5 versi lama harga pun ada peningkatan (RM4100 versi kick start)pandang punya pandang udah cam motor dream 110c ala2 jambu pulak  . Berikut kebanyakan kedai2 motor mempunyai stok dan harga di tangan penjual, dan lagi pengeluran dari Honda  telah dihentikan untuk memberi laluan versi baharu ini.Yang ada@ ex5 100cc tersimpan pakailah selagi suka...esok2 bakal jadi motor klasik dan lagi sejak 1987 keluarannya. Bagi BS 26 tahun satu masa yang panjang dan sebati dengan Rakyat Malaysia tak kira tua/muda..Sangat sedih bila tiada lagi dipasar untuk masa depan meskipun telah di ganti versi baru 110cc..Ngeh2  kata pepatah " sama tapi tak serupa" kita hanya pembeli&pengguna jea !
pakai minyak niii jea , jadi lerrr asalkan berkualiti dan sesuai...dan paling penting bukan minyak  kitar semula@tiruan

pakai selagi suka dan BS akan pass kat anak2 bila depa dah besaq kelak.Sangat sayang nak jual.

Jom ikuti kisahnya >>>> Boon Siew Honda Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan dua model baru untuk pasaran Malaysia sempena Aidilfitri yang bakal tiba. Dengan memperkenalkan dua model, kapchai dan skuter serentak dan menyasarkan dua kumpulan pengguna berbeza. Yang pertama merupakan model kapchai paling laris yang telah diperbaharui iaitu Honda EX5. Versi baru yang dinamakan Honda EX5 Dream 110 ini masih mengekalkan ciri-ciri klasiknya disebalik beberapa penambahbaikan seperti enjin 110cc menepati piawaian Euro 2 yang menjanjikan pertambahan 11% kuasa dan kecekapan penggunaan minyak sebanyak 53.6km setiap liter, tangki minyak kini 4 liter, tayar dan tempat duduk lebih lebar serta suspensi tahan lasak untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan ketahanan.
Model kedua pula merupakan sebuah skuter yang sporty iaitu Air Blade 125. Digelar skuter tercanggih dalam pasaran tempatan, Air Blade merupakan jentera pertama yang datang dengan ciri-ciri seperti lampu hadapan projector berkembar dan Kunci Response Kawalan Jauh. Selain dari ciri luaran, bahagian enjin juga tidak kurang hebatnya apabila jentera ini menjanjikan prestasi terbaik pada kelajuan maksima. Dihimpun semua ciri dalam satu, Air Blade ini disasarkan kepada generasi muda yang lebih tertarik kepada kecanggihan teknologi.  up dari BS>> tak minat pun nak pakai harga pun mahal jugak
Minat pengguna motosikal Malaysia sebaliknya masih kukuh pada jentera moped sehingga ke satu tahap di mana pasaran Malaysia. Penjualan jentera sebegini masih amat laris berbanding skuter.” Harga EX5 Dream 110 dijual dengan harga RM3,908 untuk model penghidup tendang dan RM4,145  dan lanjut lagi rujuk Boon Siew Honda .

Honda EX5 Dream 110
Enjin: 109.17cc, empat lejang, penyejuk udara, OHC empat kitaran, nisbah mampatan 9.0:1
Transmisi: Jejaring tetap 4 kelajuan, plat klac basah
Kuasa maksimum: 7.6hp @ 7,500rpm
Tork maksimum: 8.32Nm@ 3,500rpm
Ciri-ciri: sistem pencucuhan DC-CDI, berat bersih 93kg, tangki petrol 4 liter

up:: sekadar suka-suka menulis atas keminatkan kepada dunia motorsikal Cup jea. Terima Kasih ALLAH 
info >>>
TAHUKAH anda, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang memiliki jangka hayat sebuah produk motosikal jenama Honda paling panjang.
Model itu cukup popular sehingga berjaya menambat hati pengguna domestik daripada segenap lapisan masyarakat sejak 26 tahun lalu.
Apa lagi jika bukan Honda EX5. EX5 diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 1987 oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda).
Generasi kedua model kapcai itu menemui pelanggan tempatan pada tahun 2001. Ia dikenali sebagai EX5 Dream.
Sepanjang berada dalam pasaran negara ini, jumlah jualan terkumpul bagi kedua-dua generasi itu sudah melepasi paras dua juta unit.
Penyumbang kepada populariti jentera Honda itu berkait rapat dengan beberapa perkara. Antaranya, soal kebolehpercayaan, tahan lasak, mampu milik, mudah mendapat alat ganti dan jimat bahan api.

Monday, July 29, 2013

Jom kita buat Biskut Raya bersama ! try and cuba

Resepi pilihan siri2....try and cuba buat kali niiiii.Nampak mudah jea di mata tapi pratikalnya belum tentu mudah kan,kan....., moga2 membuahkan hasil spt dibawah.Ngeh2x

BISKUT FLAKY CRUNCH

Sebaiknya gunakan sudu untuk membentuk doh atau adunan di atas dulang pembakar. Elakkan menekan doh dengan kuat untuk mendapatkan rasa yang lebih rangup.
BISKUT FLAKY CRUNCH

Waktu memasak: 30 minit
Saiz hidangan: 50 biji
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 250gm tepung gandum | diayak 
  • 3gm serbuk penaik | diayak
  • 200gm mentega
  • 145gm gula aising
  • 115gm emping jagung
  • 80gm kismis hitam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
 
 
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan dipukul sehingga sebati.
3. Setelah itu masukkan pula tepung gandum yang di ayak bersama serbuk penaik. Pukul rata.
4. Masukkan esen vanila, emping jagung dan kismis hitam. Gaul sebati dan disimpan di dalam peti sejuk selama 25 minit.
5. Seterusnya bulat-bulatkan adunan atau menjadi bentuk kegemaran. Susunkan di atas loyang yang telah digriskan.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 160°C selama 30 minit

Sunday, July 21, 2013

Resepi Pilihan......Mazola the siri

BISKUT MAZOLA

Pastikan adunan dibentukkan bulat pada saiz yang sama supaya nampak lebih sekata.
BISKUT MAZOLA

Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 50 biji
 
 
BAHAN-BAHAN:
  • 200gm tepung gandum
  • 500gm kacang tanah | dikisar
  • 400gm gula ising
  • 170gm mentega kacang
  • 350gm minyak mazola
  • 200gm kacang tanah | dikisar
  • Sedikit kuning telur | dikisar
 
 
CARA MEMASAK:
 
1. Campurkan tepung gandum bersama kacang tanah, mentega kacang, gula ising serta minyak mazola.
2. Gaulkan adunan rata dan uli hingga menjadi lembut.
3. Bentukkan adunan menjadi bulat dan sapukan kuning telur di atasnya.
4. Hiaskan dengan kacang tanah di atasnya dan susun di dalam loyang pembakar.
5. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit.

Tuesday, July 16, 2013

Ramadan satu perjuangan....

As-Salam  8 Ramadan...

Ramadan 1434H...satu perjuangan buat aku sebagai seorang Islam...dalam rutin2 seharian antara tugas dan mencari keredaan Allah.Semua punya matlamat serta misi masing2, begitu jugak aku.
Sebagai Khalifah dan ketua keluarga ...semua harus di sediakan buat anak2 dan isteri , hatta kekadang 
kepentingan diri harus ditepikan ...
Apa yang penting Anak2 umpama Pencan buat aku kelak,sebagai ibubapa harapan di letakkan pada mereka buat kita bila umur diusia emas kelak..
Tanggal 16/7/13 hari lahir anak aku yang sulung ke11 tahun,udah jadi anak dara....Moga jadilah Anak yang Soleh ,beriman dan semua yang baik2.

...............................................................AMIN

Umpama bunga mekar di kala matang dan bakal kecut dimakan masa...ini lah yang bernama satu kehidupan.

Tuesday, July 9, 2013

Ramadan Ku 1434H....aku hanyalah insan

Alhamdulillah.... bertemu lagi Ramadhan tahun ni. ...1434 H,esok bermula ibadah puasa@10/7/2013.   Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. 

Dengan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa di siang hari dalam rutin dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan sebagai pekerja.


BS harapkan semoga menjadi satu titik perubahan kepada kita untuk menjadi lebih baik dan mengumpul pahala sebanyak yang boleh.  Ramadhan yang mulia ini  kita rebut lah peluang untuk mengejar amal yang telah dijanjikan kepada kita...
aku insan yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dalam sedar atau tidak.
As-salam...

nota kaki :


Berikut adalah enam kelebihan bersahur di bulan RamadhanNabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkatNabi s.a.w bersabda yang bermaksud : 
Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.


Monday, July 8, 2013

Baharu...wave110 versi 2013 dari HONDA MALAYSIA

hak niii tak berapa nak cantik versi lama ,ala2 cup70
kenapa tak di satu bersama-sama lampu brek dan signal...seperti versi wave110  sebelum niii.

sisi tepi pun okey...menarik

pandangan depan okey
Boon Siew Honda Sdn Bhd hari ini melancarkan Wave 110 serba baru yang menawarkan standard lebih tinggi, berkuasa dan cekap bahan api. Sekali gus menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih baik kepada penunggang motosikal. Ia dibina berdasarkan kepada nilai-nilai Honda dan kejayaan Honda Wave 100 yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 dengan jumlah jualan mengagumkan mencecah 274,000 unit. Wave 110 serba baru direka untuk menggembirakan pengguna motosikal yang semakin bijak memilih. Di samping mereka yang mengutamakan nilai tambah dari segi prestasi, penjimatan petrol serta bergaya.
Wave 110 serba baru padat dengan ciri-ciri bernilai tinggi yang menjadikannya motosikal Ã’Satu Untuk SemuaÓ. Ia juga menawarkan keseronokan menunggang kepada lebih ramai pengguna. Berucap pada majlis perasmian, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada berkata, “Dengan slogan iklan “Satu Untuk Semua” atau “One for All”, Wave 110 serba baru memenuhi kehendak penunggang hari ini yang mahukan lebih nilai. Kami yakin bahawa Wave 110 serba baharu mampu menawan hati pengguna dengan kualiti pengendalian terbaik. Di samping ciri-ciri dengan nilai tambah yang baru.”
Sejak diperkenalkan ke pasaran tempatan, Wave terus popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana praktikaliti, penjimatan bahan api dan prestasinya yang dinamik. Kunci kepada kejayaan kami adalah kepuasan pelanggan. Di Boon Siew Honda, kami sentiasa menawarkan para pelanggan dengan keseronokan dan kepuasan terhadap produk kualiti global. Pelancaran Wave 110 serba baru membuktikan usaha berterusan kami untuk meningkatkan kualiti produk kami. Menerusi Wave 110 serba baru, kami telah meningkatkan aspek inovasi dan teknologi sebuah motosikal. Wave 110 serba baru merupakan pilihan ideal untuk semua orang yang mahukan lebih daripada sebuah motosikal. Ia hadir dengan enjin yang telah ditambah baik, ciri keselamatan termaju, serta lebih tahan lasak dan berpenampilan moden.
Wave 110 serba baru dikuasakan oleh enjin empat lejang dengan kuasa maksimum  5.64kW (7.67PS) pada 7500rpm dan tork maksimum 8.32N.m (0.85kgf.m) pada 3500rpm. Memenuhi piawaian emisi Euro-2, enjin Wave 110 serba baru menawarkan emisi lebih bersih dan prestasi lebih baik. Enjin yang telah dipertingkatkan ini juga memberikan penjimatan petrol lebih tinggi iaitu pada kadar 52.5km/l. Dalam erti kata lain, ia mampu bergerak 3.1km lebih jauh berbanding Wave 100 generasi sebelum ini yang menawarkan penjimatan sebanyak 49.4km/l. Keputusan ini diuji menggunakan Mod ECE 40.
Demi keselamatan para penunggangnya, aspek keselamatan Wave 110 serba baru diberi penekanan. Lampu belakang serta lampu utama telah direka semula bagi membolehkan penunggang lebih mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain terutama pada waktu malam dan dalam keadaan gelap. Maka, lampu belakangnya kini mampu memberikan cahaya lebih terang dan tajam dengan isyarat membelok yang jelas. Lampu utama yang terdiri daripada lampu halogen multi-reflektor memantulkan cahaya yang jelas dan terang bagi menawarkan pencahayaan lebih baik terutama ketika keadaan semakin gelap. Semua lampu ini telah diuji serta menepati piawaian pemasangan Lampu UN R53, Reflektor R3, prestasi Lampu R50 dan Lampu Utama R112/R113.
Keselamatan ketika membrek juga telah dipertingkatkan. Tugas membrek Wave 110 serba baru diserahkan kepada Brek Cakera Hadapan (hanya pada varian DX) demi tunggangan yang selamat sepanjang masa. Bagi menawarkan tunggangan yang lebih senyap dan selesa, bunyi bising telah dikurangkan. Paip ekzos baharu dengan pelindung haba pula menghilangkan rasa panas. Ekzos baharu ini juga menawarkan perlindungan tambahan daripada haba. Bagi memberi lebih keselesaan, suis-suis pada hendal disusun secara ergonomik agar mudah dioperasi dan lebih mesra pengguna.
Penunggang akan mendapati Kebuk-U pada Wave 110 serba baru adalah cukup luas untuk menyimpan barangan peribadi mereka. Ruang itu juga memudahkan pengguna untuk menyimpan barang dengan selamat. Roda acuan yang lasak itu bukan sahaja kukuh, malah tahan lama untuk menempuh kebanyakan laluan di bandar. Melengkapkan penampilan baharu motosikal kesukaan ramai ini ialah jalur tubuh moden bersama pilihan warna menarik yang menjadikannya semakin bergaya.
Wave 110 serba baru hadir dalam dua varian. Wave DX110 didatangkan dengan warna Hitam Mutiara Magelanik, Merah Euforia Metalik dan Jingga Karang Metalik pada harga di atas jalan RM4,498.00. Sementara Wave S110 pula hadir dengan warna Hitam Mutiara Magelanik, Merah Euforia Metalik dan Biru Vital Metalik. Ia ditawarkan pada harga di atas jalan RM3,898.00. Kedua-dua varian ini didatangkan bersama insurans komprehensif untuk  penunggang tunggal, jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km. Model ini boleh didapati di semua pengedar sah Boon Siew Honda mulai sekarang.
Boon Siew Honda percaya bahawa Wave 110 serba baru ialah motosikal yang segar dan amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kerana kualitinya. Syarikat meletakkan sasaran untuk menjual 30,000 unit Wave 110 serba baru menjelang akhir tahun ini. Boon Siew Honda juga mensasarkan jualan keseluruhan sebanyak 260,000 unit pada tahun 2013 yang meliputi model kapcai, serta model CKD dan CBU.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.boonsiewhonda.com.my

Salam Terakhir...

Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan ibu mertua meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa ha...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...