Alhamdulillah.... bertemu lagi Ramadhan tahun ni. ...1434 H,esok bermula ibadah puasa@10/7/2013. Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu.
Dengan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa di siang hari dalam rutin dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan sebagai pekerja.
BS harapkan semoga menjadi satu titik perubahan kepada kita untuk menjadi lebih baik dan mengumpul pahala sebanyak yang boleh. Ramadhan yang mulia ini kita rebut lah peluang untuk mengejar amal yang telah dijanjikan kepada kita...
aku insan yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dalam sedar atau tidak.
As-salam...
nota kaki :
Berikut adalah enam kelebihan bersahur di bulan RamadhanNabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkatNabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.
2 comments:
salam ramadhan...
salam ramadhan baulu =) done follow sini
Post a Comment