klik2 jaa

Wednesday, July 31, 2013

Motor Raya dari Honda Impian 110cc

HONDA_A_MAIN_RED
As-salam Ramadan ke23, ..malam ini adalah malam ganjil 23 ramadhan...terus mencari dan menanti malam LAILATUL QADR yang penuh keajaiban Nya...jika Allah berkehendakkannya..insyaAllah .itulah keistimewaan bagi hambaNya yang dapat mengapai Malam Lailatul Qadr dimana setiap doa dikabulkan. Dia Tuhanmu memberi kepada siapa yang Dia berkehendakannya.... Subanallah, Allahu Akbar
Hari ini telah Riuh seMalaysia  baik  di blog , pengemar dunia motor dan FB honda2 niiii dan versi 110cc terbaru, yang pasti ex5 versi lama harga pun ada peningkatan (RM4100 versi kick start)pandang punya pandang udah cam motor dream 110c ala2 jambu pulak  . Berikut kebanyakan kedai2 motor mempunyai stok dan harga di tangan penjual, dan lagi pengeluran dari Honda  telah dihentikan untuk memberi laluan versi baharu ini.Yang ada@ ex5 100cc tersimpan pakailah selagi suka...esok2 bakal jadi motor klasik dan lagi sejak 1987 keluarannya. Bagi BS 26 tahun satu masa yang panjang dan sebati dengan Rakyat Malaysia tak kira tua/muda..Sangat sedih bila tiada lagi dipasar untuk masa depan meskipun telah di ganti versi baru 110cc..Ngeh2  kata pepatah " sama tapi tak serupa" kita hanya pembeli&pengguna jea !
pakai minyak niii jea , jadi lerrr asalkan berkualiti dan sesuai...dan paling penting bukan minyak  kitar semula@tiruan

pakai selagi suka dan BS akan pass kat anak2 bila depa dah besaq kelak.Sangat sayang nak jual.

Jom ikuti kisahnya >>>> Boon Siew Honda Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan dua model baru untuk pasaran Malaysia sempena Aidilfitri yang bakal tiba. Dengan memperkenalkan dua model, kapchai dan skuter serentak dan menyasarkan dua kumpulan pengguna berbeza. Yang pertama merupakan model kapchai paling laris yang telah diperbaharui iaitu Honda EX5. Versi baru yang dinamakan Honda EX5 Dream 110 ini masih mengekalkan ciri-ciri klasiknya disebalik beberapa penambahbaikan seperti enjin 110cc menepati piawaian Euro 2 yang menjanjikan pertambahan 11% kuasa dan kecekapan penggunaan minyak sebanyak 53.6km setiap liter, tangki minyak kini 4 liter, tayar dan tempat duduk lebih lebar serta suspensi tahan lasak untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan ketahanan.
Model kedua pula merupakan sebuah skuter yang sporty iaitu Air Blade 125. Digelar skuter tercanggih dalam pasaran tempatan, Air Blade merupakan jentera pertama yang datang dengan ciri-ciri seperti lampu hadapan projector berkembar dan Kunci Response Kawalan Jauh. Selain dari ciri luaran, bahagian enjin juga tidak kurang hebatnya apabila jentera ini menjanjikan prestasi terbaik pada kelajuan maksima. Dihimpun semua ciri dalam satu, Air Blade ini disasarkan kepada generasi muda yang lebih tertarik kepada kecanggihan teknologi.  up dari BS>> tak minat pun nak pakai harga pun mahal jugak
Minat pengguna motosikal Malaysia sebaliknya masih kukuh pada jentera moped sehingga ke satu tahap di mana pasaran Malaysia. Penjualan jentera sebegini masih amat laris berbanding skuter.” Harga EX5 Dream 110 dijual dengan harga RM3,908 untuk model penghidup tendang dan RM4,145  dan lanjut lagi rujuk Boon Siew Honda .

Honda EX5 Dream 110
Enjin: 109.17cc, empat lejang, penyejuk udara, OHC empat kitaran, nisbah mampatan 9.0:1
Transmisi: Jejaring tetap 4 kelajuan, plat klac basah
Kuasa maksimum: 7.6hp @ 7,500rpm
Tork maksimum: 8.32Nm@ 3,500rpm
Ciri-ciri: sistem pencucuhan DC-CDI, berat bersih 93kg, tangki petrol 4 liter

up:: sekadar suka-suka menulis atas keminatkan kepada dunia motorsikal Cup jea. Terima Kasih ALLAH 
info >>>
TAHUKAH anda, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang memiliki jangka hayat sebuah produk motosikal jenama Honda paling panjang.
Model itu cukup popular sehingga berjaya menambat hati pengguna domestik daripada segenap lapisan masyarakat sejak 26 tahun lalu.
Apa lagi jika bukan Honda EX5. EX5 diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 1987 oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda).
Generasi kedua model kapcai itu menemui pelanggan tempatan pada tahun 2001. Ia dikenali sebagai EX5 Dream.
Sepanjang berada dalam pasaran negara ini, jumlah jualan terkumpul bagi kedua-dua generasi itu sudah melepasi paras dua juta unit.
Penyumbang kepada populariti jentera Honda itu berkait rapat dengan beberapa perkara. Antaranya, soal kebolehpercayaan, tahan lasak, mampu milik, mudah mendapat alat ganti dan jimat bahan api.

1 comment:

aby said...

tengok budak muda buat wheelie dgn ex5 ni steady jer ..
skill betul depa tu..

pejam celik dah Sywal

 tot2 dah Syawal 2024 .... masa bergerak pantas sungguh ku coretkan  salam Syawal 2024 dar saya buat semua yang sudi singgah.

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...