klik2 jaa

Saturday, August 31, 2013

Merdeka...Merdeka..merdeka ..

 31 ogos 1957 tarikh keramat buat Rakyat Malaysia dan telah memasuki usia 56 tahun..BS  berbangga menjadi Warganegara Malaysia yang cintai kan keamanan . Perpecahan yang telah berlaku di Negara Arab* hari  ini memberi gambaran jelas bahawa perbalahan akan mengundang malapetaka pada negera yang sekian lama terbina. Merdeka lah kita pada zahirnya...tapi jiwa2 generasi hari ini kian tersasar Dari nilai2 erti sebuah kemerdekaan! Merdeka...merdeka
"Sayangi Malaysia"
AS-salam, Terima kasih ALLAH


Melayu itu tenang, mencintai kedamaian, menyukai kecantikan.

Melayu itu bertunjangkan Islam, berpohonkan Sunnah, berbuahkan akhlak.

Melayu itu adil, pemegang kebenaran berpegang kepada kesatuan.

Melayu itu pandai, berilmu, rajin, gemalai berbahasa.

Melayu itu kerana santunnya, budi pekertinya, budayanya, adatnya.

Melayu itu bertindak, pantang dicabar, menghapus musuh, mengkeji keburukan.

Melayu itu pejuang, melayu itu pedagang, melayu itu gigih di bendang.

Melayu itu berkata, “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah. Daulat Tuanku.

Melayu itu penyabar, pantang dicabar.

Melayu itu beradab, jangan disentap.

Melayu itu bangsa dan negara. 

Melayu itu dalam setiap kita, mengalir darah pejuang mengalir darah perwira,

Jangan lemah diri dijajah persepsi minda menikam jiwa bangsa.

Melayu itu jangan lupa, jangan sejarah lama berulang serupa.


filem2013 ogos 29@Tanda Putera 


nota kaki 
* Negara Arab terbabit Mesir yang bergolak tiada kesudahan ,Syria di hantui Senjata kimia yang mengakibatkan kematian dalam jumlah yang besar tanpa di sedari.Iraq yang telah hancur di anasir barat.
Palestin umpama penjara dunia terbesar  segala genap aspek di kawal oleh Zionis .

*hari ini anasir luar kian ingin menghampiri Malaysia , tanda2 yang telah kelihatan..hak2 kebebasan Asasi slogan yang di laungkan  umpana jarum2 halus buat rakyat malaysia yang berbilang bangsa dan memerlukan antara satu sama lain.

Wednesday, August 28, 2013

Susah-senang sebuah kemerdekaan..

Hayati dan Fahami makna sebuah kemerdekaan..tiada ada makna jika masih di bawah telunjuk orang.Sedangkan ia milik kita,hari ini anasir2 luar tidak senang dengan kemerdakaan yang kita ada.
As-salam. Terima kasih ALLAH

Tuesday, August 27, 2013

Negara ku MERDEKA .

BS mahukan Malaysia  yang Aman,Maju,Makmur dan Rakyat Hidup Harmoni,kitalah mencorakkannya.Hargailah semua yang sedia terbina..


Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.

Kementerian itu berkata, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.







Merdeka 56

Rasional logo :
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari
Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih
melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56
menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang
merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.
As-salam....

LOGO DIREKA OLEH : NOOR HISHAMMUDIN BIN OMAR

Friday, August 23, 2013

Ayah dan Ibu ku.....

Tiada mampu menggantikan ,biar pun memiliki jutaan ringgit di dunia ini.Betapa besarnya pengorbanan buat insan2 yang bernama ayah dan ibu, hari ini ku juga telah di amanah sebagai ayah kepada anak2 yang kian membesar.Begitu besar pengorbanan yang di pertanggungjawabkan, masa kecil2 dulu ku juga merasa pahit dan manis dari bayi hingga dewasa .Di sayang,dibelai dan dimanja oleh kedua ibubapa hingga menjejaki kaki alam pekerjaan dan perkahwinan. Betapa sayu nya hati ini apakah  aku menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin pada ibubapa ku di samping menjadi ayah kepada anak-anak dan ketua keluarga.
Kelak aku juga akan di persoalkan atas semua ini.
Ya ALLAH hanya engkau yang Maha Mengetahuinya.........

Moga ALLAH panjangkan umur dan sihatkan mereka , ampunkan dosa-dosa mereka ,tempatkan mereka di syurga yang tertinggi dan berkati mereka di dunia dan akhirat.
Kelak aku pun jua...bakal menjadi seperti ini bila anak2 sudah meningkat dewasa.

aku hanya insan di dunia yang fana ini...antara keinginan , kemahuan dan tanggungjawab.



"Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai…

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai…
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai…
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat"



*Assalamualaikum, Terima kasih ALLAH

Kisah Petrol & Honda Dream 110cc


As-salam Jumaat ke16 Syawal ,mimbar Jumaat hari ni  memperkatakan bagaimana kejaman terhadap umat2 Islam di Mesir ,Syria ,Egpyt dan yang pasti Palestin yang sekian lama di tindas oleh puak2 yang tidak senang dengan kehadiran Islam.Pasti ada motif di balik semua ini....sama2 lah kita berdoa agar
di berikan kekuatan untuk hadapi cabaran dan dugaan mendatang.

sedikit info penggunaan petrol new ex5 nii...generasi motor masa depan.


Bagi isian Pertama ,1 hingga 135km, Penggunan dalam pekan,kejap jalan,kejap jem ,kejap lampu isyarat .
isian ke2 full tank ..total penggunan 130km  purata  dengan kelajuan antara 50--68km
berat tuan punya motor 75kg




 bacaan odometer baru 350km 
pemanduan lebuhraya 60---68km sangat slow, dalam berpantang  katakan..hehe
komen tuan punya >>1) setakat nii enjin Masih ringan& tiada bunyi yg kurang enak badan & hanya bila enjin betul2 panas timming kaburator agak tinggi dari biasa ,jika berterusan cam niii akan dirujuk Honda untuk setting.Lain2 masalah tiada lagi setakat hari ini.

Thursday, August 22, 2013

KisaH baS dan GentiNg HiglaNDs

kata Bahulu*negara dikejutkan dengan kisah Bas terjatuh selepas lama tidak kedengaran, yang paling BS ingat tragedi Kemalangan Bas Express Di Bukit Gantang (PLUS) dan di Cameron Highlands."Sesungguh Malang itu tidak berbau" dan Kita hanya mampu merancang. Yang penting ketika di Jalanraya Keselamatan semua harus di utamakan. 

As-salam..


Patuhi Had Laju ,Jgn memotong sesuka-hati&ingatlah nyawa begitu berharga bagi insan2 

Ikuti kisahnya>>>Kronologi Bas Jatuh Gaung Genting Highlands


6
Kronologi Bas Jatuh Gaung Genting Highlands | Kemalangan yang berlaku pada jam 2.45 petang semalam (21/08/2013) di sifatkan sebagai kemalangan terburuk di negara kita Malaysia untuk tempoh 17 tahun. Terdahulu pada Julai 1996 kita di kejutkan dengan kejadian yang sama yang mana kemalangan yang melibatkan bas terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter di jalan Genting Highlands ini dan menyebabkan 17 orang terbunuh termasuk 6 orang kanak-kanak ketika perjalanan pulang dari Genting Highlands selepas selesai mengadakan sambutan hari keluarga di sana.

Jalan yang berliku menuruni Genting Highlands berhamiran Tokong Chin Siew

Analisis dan Kronologi Bas Jatuh Gaung di Jalan Genting Highlands

Di catatkan terdapat 9 kemalangan melibatkan bas yang berlaku di jalan Genting Highlands setakat ini. Terdapat banyak faktor yang penulis anggarkan menjadi punca tragedi ini berdasarkan pengalaman bekerja di pusat peranginan itu selama 12 tahun antaranya ;

  • Fizikal dan mentaliti Pemandu (kurang cekap penat, mengatuk, tidak sihat, sikap, kurang pengalaman dengan keadaan jalan  dan lain-lain)
  • Keadaan Bas daripada segi selenggara / service termasuk kerosakkan mekanikal (sistem brek tidak berfungsi dengan baikdan sebagainya
  • Keadaan jalan yang licin dan curam serta bengkang bengkok.
  • Faktor cuaca iaitu hujan, berkabus (jarak penglihatan yang terhad)*pengalaman memandu biar pemandu yang betul2 berpengalaman 

Berikut antara kronologi tragedi kemalangan yang melibatkan bas yang berlaku di jalan Genting Highlandsadalah seperti berikut ;
  • 15 Julai 1996 - Tujuh belas (17) orang terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands termasuk 6 kanak-kanak.
  • 31 Dis 1996 - Masih lagi pada tahun 1996 seramai 30 orang tercedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas dan terhumban ke dalam gaung di KM4 berhampiran Tokong Chin Siew di Genting Highlands ketika dalam perjalanan pulang menuruni jalan tersebut dari pusat peranginan itu.
  • 14 Nov 1999 - Melibatkan seorang (1) kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dari negara jiran Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terbabas dan terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.
  • 20 Nov 2006 - Tiga (3) terbunuh apabila bas dua (2) tingkat yang dinaiki oleh mereka (pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand - PEA)  terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands arah Batang Kali.
  • 3 Jun 2008 - Dua (2) penumpang sebuah bas persiaran maut dan empat puluh satu (41) yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan (9) meter ke dalam gaung di KM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
  • 2 Sept 2010 - Di KM35.1 Lapan belas (18) orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.
  • 29 Okt 2010 - Sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands yang menyebabkan Tujuh (7) maut manakala 20 orang lagi cedera.
  • 5 Mac 2012 - Dua (2) pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang lainnya cedera apabila bas pelancong tersebut terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur.
  • 21 Ogo 2013 - Seramai 37 maut manakala 16 cedera, dalam nahas bas ekspres yang membawa 53 orang, terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands.


sekalung budi:
silenceblogz*BS belum jejaki kaki kat genting...hehehe

Wednesday, August 21, 2013

Kisah Kereta dan Bunga

Hanya sebagai info ,lambak kereta pasti mengamit rasa dan minda antara keperluan &kemahuan !
*Mesti tau kadar interest semasa kian berubah ,nak pula kereta2 terpakai lagi tinggi Bunga2 nya

cara pengiraan loan kereta. ...ikut suka-rasa
Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.

RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun). 

RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080

Jadi: RM40,000 (loan) +
RM10,080 (keuntungan bank)
------------
RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan

Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan.


too dia belum masuk kos petrol,parking ,servis dan yang padah lagi di saman dek Polis,PBT,JPJ
apa2 pun ukur baju dibadan kita......As-salam
Terima kasih ALLAH.

Sunday, August 18, 2013

Honda Dream 110cc...bab2 lampu brek/signal

AS-salam, jom ikuti  Sambungan  Teknikal lampu2...

spec:: 12v-10w = 2 unit, 12v-18/5w

1) Untuk kerja DIY kelak amat teknikal jugak bagi yang tak berapa nak pakar.  2)nak 

senang lagi huluq lebih kita buat kat kedai..just tunggu and bayar.(pilihan yg popular)


set atas harus dibuka -skru semua jenis bunga 
berapa minit kerja ?belum cuba lagi..pasti peluh keluaq oooi



                            pandang atas sangat berbeza dari model lama..nampak cam kerja teknikal sikit


cover jenis sambungan semua sekali.kena buka dari dalam jea.
tiada jln pintas .kian berubah ikut revolusi masa

                                    harus rujuk buku manual untuk kerja-kerja DIY ..semua langkah2 tertera
                                           



AMALAN BERPANTANG ..go slow ! Yang pasti tidak perlu pakai choke terutama waktu2 pagi
demi utk kemantapan hari2 mendatang..lepas itu servis ikut bajet poket kita lah..*Terima kasih ALLAH
VROOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOM


* sekadar berkongsi info&maklumat apa yang baik/buruk dari pengalaman @kaca mata BS sebagai pengguna keluaran pertama  buat masa ini..pasti ada yang tercari sumber2 sebelum nak membeli sesebuah motosikal .Biar pun hanya sebuah motor Cup


                                     "tepuk dada,tanya selera" dalam buat keputusan








Friday, August 16, 2013

Honda Dream ex5 1100cc siri2

Dalam peringkat slow masuk hari ke3 penggunannya
isian petrol penuh RM5 pada permulaan untuk melihat sejauh mana perjalanan buat di capai



As-salam,,, Penghulu segala hari , dalam kesempatan yang seketika BS bawakan  serba sikit info dari  pandang BS secara peribadi  Dream Ex5 110cc enjin generasi baru buat rujukan penggemar Honda Cup.
Pengalaman Pengguna BS kongsikan ....Kita VrooooooooooooooooM
Tangki petrol dan ruang spannar kecil 

Antara komen2 mereka yang terlibat secara langsung dalam BSH Malaysia, sila LIKE page tanda sokongan anda Group-Honda-Ex5-110cc untuk info dan maklumat berkaitan .TQ


FI tertera@ utk negera2 lain ..tgk gambo jea lah, bila tahun Honda Malaysia nak masuk pasaran motor Cup Malaysia.Tunggu punya tunggu... !!!!!!!!!


info tukar mentol depan cuma ada detail perubahan nya..lebih kurang cam jenis ex5 100 cc
panel bahagian belakang harus di buka untuk kerja pengganti mentol2,versi lama amat mudah
hanya buka 2 skru semua habis terbuka.Bab ni akan disambung dengan jelas dalam siri ke3 kelak


Thursday, August 15, 2013

Pandu uji EX5 Dream 110cc...versi Bahulu Studio

 Pandu uji pertama lepas keluar dari kedai...pusing2 test speed.
Rajin2 layan jugak Facebook Kelab-Honda-Ex5-110cc .sila lah Like tanda sokongan.TQ
serba hijau kenalah dengan tema ""mesra alam""  bukan apa sudah terpikat di hati
 enjin 110cc ..cover kiri/kanan buatan besi
masih dalam peringkat pandu uji ,nak komen lebih2 pun tak leh..kang "indah khabor dari rupa "
 semua buatan plastik nampak besar sikit,lampu kiri/kanan menyala.







dari belakang ,jauh beza dari model2 ex5 100cc.
ekzos stail baru semua hitam dan bunyi perlahan sikit.



Dalam proses lekat plat .AJL 

from Taiping With Love...

ikuti sambung nya lagii ,BS Vroooooooooooooooooooooooooooooooom dulu








Sunday, August 11, 2013

Ketahuai Rahsia di balik Kokokan Si Ayam

As-salam...4 Syawal 1434 H ,tradisi ziarah sana-saudara masih di teruskan antara yang muda mahupun yang warga emas.Saban tahun kesesakan jalan raya tidak dapat di elakkan ,masa terhabis begitu jea di atas jalan raya...apa nak kata..Musim Perayaan semua ada arah tujuan masing2. Pin.pin..poooong !!!



*
"Jika anda mendengar kokokan ayam... mohonlah kepada Allah s w.t. atas kurniaNya kerana ketika itu... ayam itu sedang melihat malaikat dan bila anda mendengar rengekan suara keldai mohonlah perlindungan kepada Allah s.w.t. ... kerana ketika itu keldai itu sedang melihat syaitan" - HR Bukhari.

Dan...ada satu lagi yang disebut oleh Abu Daud...

"Ketika anda mendengar salakan anjing dan rengekan keldai pada waktu malam hendaklah kamu meminta kepada Allah s.w.t. kerana mereka nampak apa yang manusia tidak nampak".

Perkara ini adalah tidak mustahil kerana itu semua atas kehendak Allah s.w.t. untuk memperlihatkan kekuasaan dengan kebesaranNya... didalam alam ini tidak semua yang boleh nampak dengan mata kasar manusia.

Ada 3 ekor haiwan yang disebut oleh hadis tersebut iaitu yang pertama ayam dan keldai... manakala hadis berikutnya pula menyebut anjing... kenapa ketiga-tiga disebut oleh Rasulullah s.a.w. dan ketika itu juga kita dianjurkan agar meminta DOA kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w. menyebut ayam jantan dan fitrahnya bahawa seluruh dunia mengetahui ayam akan mula berkokok menjelang dinihari... pada kebiasaannya kokokan itu saling bersahut-sahutan dari pukul 2 pagi sehingga matahari terbit... pada masa ini malaikat sentiasa berada dibumi dan pada waktu itu untuk mengaminkan DOA kita.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim...dari Abu Hurairah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah turun ke langit dunia setiap malam iaitu ketika telah lewat sepertiga malam pertama". Lalu Allah berfirman: "Akulah Tuhan! Akulah Tuhan! Siapa yang memohon kepada Ku, Ku perkenankan permohonannya. Siapa yang meminta kepada Ku, Ku beri dia. Dan siapa yang memohon ampun kepada Ku, Ku ampuni dia. Begitulah seterusnya hingga terbit fajar".

Dalam hadis lain juga... "Siapa yang diantara kalian yang khuatir tidak mampu bangun malam, hendaklah ia witir dan baru kemudian tidur. Dan siapa yang yakin akan terbangun diakhir malam hendaklah ia witir diakhir malam, kerana bacaan di akhir malam dihadiri oleh para malaikat kerana itu adalah paling utama" - HR Muslim.

Menurut hadis itu jelas bahawa lewat sepertiga malam itu adalah saatnya malaikat berada dibumi... namun bukan bermaksud pada waktu lain malaikat tidak ada dibumi.

Dalam hadis lain juga ada disebutkan..."Sesungguhnya ada malaikat yang sentiasa bersama-sama kamu dan tidak pernah meninggalkan kamu melainkan ketika membuang air dan berjimak. Oleh itu hendaklah kamu malu kepada mereka dan muliakanlah mereka".

"Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang selalu berkeliling-keliling di jalan-jalan dan mencari-cari majlis zikir" - HR Bukhari.

kredit: Blog Tok Wan....TQ

Thursday, August 8, 2013

kembar siam tak seiras...Dream 110cc

aku suatu masa dulu..dalam umur 3 tahun

As-salam , hari nii dan 1 syawal rutin seperti insan lain jugak,BS sambutnya dengan sederhana, bermaaf-maafan antara anak2,isteri dan makbapak biar pun kekadang ada yang terguris hati,siapalah aku niii?? Rutin ziarah saudara dekat jea ,jalan raya pun boleh tahan sibuknya almaklum masing2 balik kampung raya .Selama nii masing-masing sibuk dengan tugas masing2...mencari kesenangan dunia demi mengejar cita-cita serta impian.Sejak 14 thn dah kahwin hari raya ..anak2 yang paling seronok jejalan kata dema"" ayah dapat duit raya"' teringan aku masa2 kecik-kecik dulu cam tooo lah siap 1 kampung nak jelajah, hari nii zaman dah berubah dengan cepat...dulu2 paling tinggi pun 50sen dan paling kecik 20 sen....hari niii paling2 kurang pun 1 hinggit. nostagia masa lalu banyak mengajar akan satu kehidupan sebagai suami, ayah dan anak..............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................sambungan.




*Perbandingan Honda EX5 Dream 110 dan EX5 Dreamsama tapi tak serupa....sekadar info,udah siap booking dan hanya menanti plat.Lepas Raya niii baru lah merasa dan akan di pakai sesuka hati.hehehe

Entri kali ini memberi fokus perbandingan gambar dua generasi model Honda EX5. Dua model dipaparkan di sini ialah Honda EX5 Dream 110 dan EX5 Dream.
artikel dari gearjahat.blogspot.TQ










Allahuakbar...Allahuakbar.... Allahuakbar... Lailahaillahallahhuwallahhuakbar....Allahuakbar Walillahillham....

Assalamualaikum,semoga Allah SWT menerima amalan kita di Bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu. Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk terus istiqomah dalam ketaatan kepadaNya meninggalkan laranganNya. 


Allahuakbar...Allahuakbar.... Allahuakbar...

Lailahaillahallahhuwallahhuakbar....Allahuakbar Walillahillham....


Raikanlah aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran setelah berjaya menunaikan rukun Islam yang ke tiga tahun ini...semoga semua umat Islam dilimpahkan rahmat dan dipelihara selalu oleh Yang Maha Esa....Amin Ya Rabbal Alamin...


''Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu'

Salam Terakhir...

Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan ibu mertua meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa ha...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...