klik2 jaa

Showing posts with label Keislaman. Show all posts
Showing posts with label Keislaman. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Hijrah Itu Pengorbanan

**antara yang membuat ku bersemangat 
hayati makna tersurat&tersirat

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 

Maal Hijrah 1435

“Peristiwa hijrah memperlihatkan contoh betapa pentingnya dilakukan anjakan pemikiran dan menerokai idea baru dalam mencipta kejayaan lebih gemilang.
“Sesungguhnya dalam peristiwa hijrah itu, Rasulullah SAW telah mempamerkan satu contoh pemikiran lateral, anjakan paradigma yang mampu menampakkan momentum perubahan yang dilaksanakan,” 
01 muharram 1435H....
As-salam Maal Hijrah 1435 dan hari ini ulangtahun perkahwinan Aku dan Isteri selama 14thn layari rumahtangga .Tanggal 05 november membawa perubahan dan tanggungjawab dunia dan akhirat kelak.

***  “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


Bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang diharapkan ingatlah dan senyumlah, manusia merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan cinta-Nya.Hijrah memerlukan seribu satu pengorbanan .





Sunday, August 11, 2013

Ketahuai Rahsia di balik Kokokan Si Ayam

As-salam...4 Syawal 1434 H ,tradisi ziarah sana-saudara masih di teruskan antara yang muda mahupun yang warga emas.Saban tahun kesesakan jalan raya tidak dapat di elakkan ,masa terhabis begitu jea di atas jalan raya...apa nak kata..Musim Perayaan semua ada arah tujuan masing2. Pin.pin..poooong !!!



*
"Jika anda mendengar kokokan ayam... mohonlah kepada Allah s w.t. atas kurniaNya kerana ketika itu... ayam itu sedang melihat malaikat dan bila anda mendengar rengekan suara keldai mohonlah perlindungan kepada Allah s.w.t. ... kerana ketika itu keldai itu sedang melihat syaitan" - HR Bukhari.

Dan...ada satu lagi yang disebut oleh Abu Daud...

"Ketika anda mendengar salakan anjing dan rengekan keldai pada waktu malam hendaklah kamu meminta kepada Allah s.w.t. kerana mereka nampak apa yang manusia tidak nampak".

Perkara ini adalah tidak mustahil kerana itu semua atas kehendak Allah s.w.t. untuk memperlihatkan kekuasaan dengan kebesaranNya... didalam alam ini tidak semua yang boleh nampak dengan mata kasar manusia.

Ada 3 ekor haiwan yang disebut oleh hadis tersebut iaitu yang pertama ayam dan keldai... manakala hadis berikutnya pula menyebut anjing... kenapa ketiga-tiga disebut oleh Rasulullah s.a.w. dan ketika itu juga kita dianjurkan agar meminta DOA kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w. menyebut ayam jantan dan fitrahnya bahawa seluruh dunia mengetahui ayam akan mula berkokok menjelang dinihari... pada kebiasaannya kokokan itu saling bersahut-sahutan dari pukul 2 pagi sehingga matahari terbit... pada masa ini malaikat sentiasa berada dibumi dan pada waktu itu untuk mengaminkan DOA kita.

Dalam sebuah hadis riwayat Muslim...dari Abu Hurairah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah turun ke langit dunia setiap malam iaitu ketika telah lewat sepertiga malam pertama". Lalu Allah berfirman: "Akulah Tuhan! Akulah Tuhan! Siapa yang memohon kepada Ku, Ku perkenankan permohonannya. Siapa yang meminta kepada Ku, Ku beri dia. Dan siapa yang memohon ampun kepada Ku, Ku ampuni dia. Begitulah seterusnya hingga terbit fajar".

Dalam hadis lain juga... "Siapa yang diantara kalian yang khuatir tidak mampu bangun malam, hendaklah ia witir dan baru kemudian tidur. Dan siapa yang yakin akan terbangun diakhir malam hendaklah ia witir diakhir malam, kerana bacaan di akhir malam dihadiri oleh para malaikat kerana itu adalah paling utama" - HR Muslim.

Menurut hadis itu jelas bahawa lewat sepertiga malam itu adalah saatnya malaikat berada dibumi... namun bukan bermaksud pada waktu lain malaikat tidak ada dibumi.

Dalam hadis lain juga ada disebutkan..."Sesungguhnya ada malaikat yang sentiasa bersama-sama kamu dan tidak pernah meninggalkan kamu melainkan ketika membuang air dan berjimak. Oleh itu hendaklah kamu malu kepada mereka dan muliakanlah mereka".

"Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang selalu berkeliling-keliling di jalan-jalan dan mencari-cari majlis zikir" - HR Bukhari.

kredit: Blog Tok Wan....TQ

Thursday, August 8, 2013

Allahuakbar...Allahuakbar.... Allahuakbar... Lailahaillahallahhuwallahhuakbar....Allahuakbar Walillahillham....

Assalamualaikum,semoga Allah SWT menerima amalan kita di Bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu. Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk terus istiqomah dalam ketaatan kepadaNya meninggalkan laranganNya. 


Allahuakbar...Allahuakbar.... Allahuakbar...

Lailahaillahallahhuwallahhuakbar....Allahuakbar Walillahillham....


Raikanlah aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran setelah berjaya menunaikan rukun Islam yang ke tiga tahun ini...semoga semua umat Islam dilimpahkan rahmat dan dipelihara selalu oleh Yang Maha Esa....Amin Ya Rabbal Alamin...


''Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu'

Saturday, March 30, 2013

apa yang tersirat di balik harta .






“Perumpamaan mereka yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah laksana satu biji yang membuahkan tujuh tangkai. Setiap tangkai mempunyai 100 biji. Allah menggandakan (ganjaran) kepada siapa yang dikehendaki-Nya.” (Al Baqarah: 261)

*biar tempat dan cara yang betul.


Saturday, November 5, 2011



 Salam Aidiladha 1432 Hijrah/2011 untuk semua yang sudi santai disini.
ketupat ,lemang..rendang hidangan utama buat pagi raya.


Friday, July 29, 2011

Aku khalifah........

beberapa hari lagi Ramadhan 1432H akan menjelma. InsyaALLAH, 1 Ogos 2011 kita semua akan mula berpuasa.....moga2 segala amalan kita akan di terima ALLAH....ku hanya insan biasa...yang tidak lekang..melakukan dosa2..hanya di sedari atau sedar...

Wednesday, February 9, 2011

Bahulu dan Kerinduan

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

RINDU.....??????


Apa ada dengan rindu???

Rindu...pada siapa????

Sesiapa saja pasti rindu,rindu pada kekasih,rindu kepada ibu bapa,rindu pada keluarga,rindu pada kampung halaman,rindu pada sahabat handai....

TAPI......

Adakah kita pernah rindu pada Allah dan juga Nabi junjungan kita????

Siratun Nabi


Sungguh mulianya pekertimu
Sinar bercahaya di wajahmu
Kaulah Nabi kekasih Allah
Kau jadi insan pilihan

Demi umat rela berkorban
Jiwa dan raga kau taruhkan
Demi Tuhan kau tempuhi
Dugaan dan cabaran

Ya Rasulullah?

Tika mula kau menerima wahyu
Hatimu resah tiada menentu
Khadijah mengukir kata-kata
Bahwa kau Rasul buat seluruh umat
(Bahwa kau Nabi buat seluruh umat)

Bila kau hampir memejamkan mata
Lidahmu basah menyebut ummati
Kasih sayangmu tak bisa digambar
Hanya selawat pengikat kasih

Sumber http://www.hijjaz.com.my

SALAM SAYANG SAHABAT

   Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan pe...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...