klik2 jaa

Showing posts with label maklumat. Show all posts
Showing posts with label maklumat. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Anak2 kecil Bermain Api-Api....jgn terbako udah ler !






Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang


Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman



Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri



Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang



Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri


Kita Sudah Tiada Masa

Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara



Hayati bersama dan Fahami Makna nya,masa depan kini penuh dugaan serta cabaran...

Wednesday, May 4, 2011

Minyak naik .....

Tanggal 5/5//11 minyak ron97 naik 20sen menjadi RM2.90 seliter,manakala minyak ron 95 kekal RM1.90...nasib baik kerajaan tidak naikkan...kalau tak kos minyak Bahulu bertambah lagi ler..Terima Kasih Buat Kerajaan dari salah seorang rakyat malaysia ini...
                                                 
                                                  " i luv u ...."


Itu lah saja laporan terkini &terpanas..tuu  ada jugak serbu stesen minyak tadi..sesak nafas jugak tadi.
kita Vroooom .....Gunakan minyak secara ekonomi


sedutan sejarah lalu@2008



Menggemparkan dan terkejut tatkala menatap berita tentang kenaikan harga minyak di Malaysia sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70 berkuatkuasa jam 12.00 tengah malam, 5 Jun 2008. Diesel juga mengalami kenaikan harga sebanyak RM 1.00 kepada RM2.58 berbanding RM1.58 sekarang. Kenaikan harga minyak memang dijangka apabila melihat kepada situasi semasa harga minyak dunia yang mencecah USD135 setong.

Namun kenaikan harga minyak sebanyak 41% sememangnya agak mengejutkan, langkah ini adalah sebagai salah satu bentuk usaha kerajaan dalam mengawal subsidi minyak, diesel dan gas yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini. Namun menurut PM lagi, bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api yang dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi baru kerajaan.

Bagi pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'truck pick up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan. Pengguna motorsikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap kenderaan. Bayaran ini akan diberikan apabila pemilik kenderaan memperbaharui lesen kederaan bermotor dalam bentuk kiriman wang dan boleh ditunaikan dipejabat pos.

Bagi pemilik kenderaan yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan berdasarkan kadar yang ditetapkan. Bagi pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200. Bagi pemilik motorsikal berkapasiti enjin melebihi 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2.

Pendapat peribadi penulis, walaupun rebat tunai diberikan, kenaikan harga ini pastinya amat dirasai kepada pemilik kenderaan yang sering berulang alik ke tempat kerja yang agak jauh dari rumah. Adakah memadai kadar rebat tunai tetap kepada semua rakyat dengan tidak mengambil kira kadar penggunaan minyak pemilik kenderaan terbabit. Pastinya berbeza penggunaan minyak kenderaan pengguna yang berulang alik ke tempat kerja setiap hari dengan pengguna yang sekadar menggerakkan kereta mereka sesekali sahaja. Itu pun sekadar ke kedai berhampiran untuk membeli keperluan rumah.

Yang pastinya, apabila minyak mengalami kenaikan harga, secara automatiknya harga barang-barang keperluan serta pengangkutan awam akan turut mengalami kenaikan. Sememangnya kenaikan harga minyak akan menjadi pemula kepada rantaian kenaikan harga barang.

Graf Kenaikan Harga Minyak di Malaysia

Sunday, March 27, 2011

Cola-cola & Jarum Halus nya...

Satu iklan coke yang telah di tayangkan di Eropah.. perhatikan...
tak ada cara lain  ker !!!!  mengapa ,kenapa harus buat begini

                                             semua niii manusia ..

Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti.. yang di 'saf' belakang tu manusia sebenarnya. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian  seperti  ini ,siap berkupiah tertulis  "coca-cola "



Belakang tu sebijik macam botol air yang disusun cantik dan  rapi... 



Perhatikan word 'coca-cola'. Cube beli 1 botol coca-cola dan koyak plastik cover dan kita terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan  akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH.


Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam.


Terdapat gerakan untuk menghancurkan ISLAM dalam pelbagai cara melalui Makanan ,Minuman ,Pakaian dll . Sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. .......terutaman generasi muda kini yang akan menjadi pewaris negara kelak.



Fikir2 apa baik nya barangan BARAT

SALAM SAYANG SAHABAT

   Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan pe...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...