klik2 jaa

Tuesday, November 29, 2011

Bukit Larut..Part 1

Sedikit Sejarah Lalu.....Catitan perjalanan ku  29/11/2011


Bukit Larut bukit stesen tertua di Malaysia dan di buka
pada tahun 1884. Ia terletak hanya sepuluh kilometer dari kaki bukit
Taiping di Perak. Dahulu ia dikenali sebagai Bukit Maxwell.
Bukit Larut adalah kira-kira ketinggian 1250 meter di atas paras laut.
Ia terletak di bahagian paling basah di negara ini,
stesen bukit ini mengalami hujan tertinggi
di negara ini.


 William Edward Maxwell
(1846 -1897), selepas siapa Bukit Maxwell dinamakanBeliau adalah seorang Penolong Residen British di Perak.

Bukit Larut tidak dibangunkan sebagai pusat peranginan bukit seperti Cameron atau Genting Highlands. Walau bagaimanapun, ia mengekalkan lebih atmosfera stesen bukit penjajah, dengan sederhana, banglo  dan mengekalkan  suasana  kesunyian alam sekitar.
Untuk sampai ke atas bukit memerlukan menaiki jip pacuan empat roda.
Waktu perjalanan  dari  jam 07:00pg -05:00 ptg. 30 minit masa perjalanan dengan  liku curam hingga ke puncak. Waktu malam tiada perjalanan kecuali kes-kes kecemasan..











nota kaki: mengikut maklumat Bunga Tulip tidak lagi di tanam di bukit larut berikutan alami kerugian,kita tengok gambo je lah..jijit-jari aku.

bersambung........................lagi,tuan blog tak upload lagi gambar.

Sunday, November 27, 2011

Hijrah itu pengorbanan...


hijrah-2011
 1 Muharram 1433H.permulaan tahun buat umat islam  ,pelbagai niat,impian dan harapan
 telah bahulu letak kan di awal tahun.Dengan harapan agar membawa seribu rahmat 
di dunia & akhirat kelak.
Hingga kini dah 2 bulan lebih aku lalui satu penghijrahan..buat kali pertama.kini aku terpaksa bertugas di tempat yang baru serta suasana yang baru, banyak yang perlu aku belajar dan lalui kelak,setiap hari bakal berdepan dengan cabaran dan dugaan .


semoga ALLAH mempermudahkan segala -galanya """AMIN ""

Saturday, November 26, 2011

Bukit Fraser....tersimpan nilai-nilai alam


 Sejarah ikut buku cerita....
Bukit Fraser mendapat nama sempena kehilangan seorang saudagar Scotland di bukit ini pada tahun 1916 iaitu Louis James Fraser. Beliau dikatakan telah berhijrah dari Australia ke Tanah Melayu pada tahun 1890an akibat kecewa dengan jaminan kekayaan perlombongan emas di sana. Berikut adalah rentetan peristiwa sejarah Bukit Fraser.

HUJUNG 1890an Perlombongan bijih timah pesat membangun di kaki Bukit Fraser L.J. Fraser membuat laluan kuda dari Gap ke atas bukit dan seterusnya berpindah ke atas bukit dan menjadikan bukit ini tapak untuk perniagaan bijih timahnya.

NOVEMBER 1899
Pajakan pertama lombong bijih timah diberikan oleh pihak British kepada British kepada orang melayu iaitu Abu B. Suradi di Pahang di Pamah Lebar (padang golf sekarang).

1906
Pajakan terakhir lombong di Bukit Fraser kepada Robert Lewis dan Sempam Mining Company Limited.

1916
Louis James Fraser telah hilang secara misteri.

1917
Reverend C.J. Ferguson-Davie Bishop Singapore pada masa itu telah masa itu telah menjumpai Bukit Fraser secara tidak sengaja semasa bercuti bersama Paderi Selangor Reverend A.B. Champion di rumah rehat Gap. Beliau mendapati kawasan tersebut mempunyai udara yang nyaman dan sejuk sangat sesuai dijadikan stesen bukit.Beliau kemudiannya menulis surat kepada Kerajaan Negeri-negeri Bersekutu untuk menjadikannya sebagai stesen bukit ekoran dari permintaan dari kalangan warga Eropah supaya lebih banyak stesen bukit dibina di Malaya. Ini kerana mereka tidak dapat pulang ke Eropah akibat peperangan dunia I oleh itu mereka memerlukan kawasan dingin untuk melarikan diri dari suasana panas di tanah rendah.

OGOS 1919
Pengesahan kesesuaian Bukit Fraser sebagai stesen bukit oleh R.C.M. Kindersly, pegawai tidak rasmi Majlis Bersekutu.

OKTOBER 1919
Pembinaan jalan dari Gap ke puncak Bukit Fraser dimulakan.

13 DISEMBER 1921
Pembinaan tersebut selesai dan Majlis Bersekutu dengan rasminya menemakan bukit ini ‘Bukit Fraser’.


Kini 25 Nov 2011 -Bahulu and family
Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki satu perjalanan  yang penuh cabaran @berliku-liku dan dugaan.


 penuh dengan keindahan alam ciptaan ALLAH


 kini sudah 2 hala naik dan turun ,tidak perlu tunggu lagi amat jimatkan masa kita


 boleh terus ke genting jika mahu


 laluan berliku sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak fraser,lihat gambar 
dan pandai-pandailah kaji ,sepanjang aku mendaki tiada langsung bas kelihatan



 8 km,tapi penuh berliku dengan cabaran dan dugaan..penat tak terkata weh!!!!




 bersambung lagi untuk lagi koleksi Bahulu ....

Sunday, November 20, 2011

Istana Negara 2011

Kompleks Istana Negara Jalan Duta dibina dengan ciri-ciri Islam dan melayu tradisional di kawasan seluas 96.52 hektar berbanding Istana lama hanya 11.34 hektar.


flag at Istana Negara Upacara Pemindahan Istana Negara Baru di Jalan Duta


Istana Negara yang baru ini bakal menyaksikan Upacara Pertabalan Yang Dipertuan Agung ke-14, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Sultan Kedah) pada bulan disember ini.













Friday, November 18, 2011

Rahsia yang tiada bandingan..

Mahkota dewa dan khasiatnya



Tumbuhan dengan nama ilmiah Phaleria macrocarpa di kenal juga dengan nama simalakama (Melayu/Sumater), Makuto Dewo (Jawa). Tanaman ini berasal dari Papua.
Pohon Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) dikenal sebagai salah satu tanaman ubat di Indonesia. Asalnya dari Papua/Irian Jaya.
Mengetahui khasiat tumbuhan satu ini, mungkin Anda segera berminat menanamnya. Betapa tidak. Tanaman ini ternyata punya khasiat luar biasa. Ia mampu  menyembuhkan gangguan kesihatan dari  yang ringan hingga yang berat.


Berdasarkan pengalaman beberapa orang, tanaman ini mampu melawannya, termasuk yang merasa sembuh dari penyakit pada organ hati atau jantung, hipertensi, rematik, serta asam urat.
Buah mahkota dewa mengandung beberapa zat aktif seperti:
  • Alkoid, bersifat detokfikasi yang dapat menetralisir racun di dalam tubuh
  • Saponin, yang bermanfaat sebagai:
    • sumber anti bakteri dan anti virus
    • meningkatkan sistem kekebalan tubuh
    • meningkatkan vitalitas
    • mengurangi kadar gula dalam darah
    • mengurangi penggumpalan darah
  • Flavanoid
    • melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah
    • mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penumbunan lemak pada dinding pembuluh darah
    • mengurangi kadar resiko penyakit jantung koroner
    • mengandung antiinflamasi (antiradang)
    • berfungsi sebagai anti-oksidan
    • membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan
  • Polifenol
    • berfungsi sebagai anti histamin (antialergi )
Tanaman atau pohon mahkota dewa seringkali ditanam sebagai tanaman peneduh. Ukurannya tidak terlalu besar dengan tinggi mencapai 3 meter, mempunyai buah yang berwarna merah menyala yang tumbuh dari batang utama hingga ke ranting.






Friday, November 11, 2011

Bila Jari-jari berkata ?



:..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang



Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua'lam..

Thursday, November 10, 2011

pada suatu hari !!!!

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sunday, November 6, 2011

otak !!!

10 Amalan Yang Boleh Merosakkan Otak!


1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita

Saturday, November 5, 2011



 Salam Aidiladha 1432 Hijrah/2011 untuk semua yang sudi santai disini.
ketupat ,lemang..rendang hidangan utama buat pagi raya.


Friday, November 4, 2011

""makan hati berulam jantung".



Antara tanggugjawab dan kasih sayang !!




Ramai yg berkasih lebih menjaga hati kekasihnya , dari menjaga hati ibu dan 
ayah yg memelihara dan berkorban untuknya..
Berapa ramai suami yg melebihkan isterinya meraka sehingga menghiris hati
ibu dan ayahnya sendiri?

 ada juga dikalangan anak2 yg lebih menjaga hati kawan2 lebih dari hati ibu dan
ayah nya sendiri...

ramai yg berkerja lebih masa semata-mata nak cari rezeki lebih kerana nak
menyara keluarganya, tetapi tidak punya masa nak bertanya khbar ibu dan
ayahnya yg jauh.

ramai orang call kekasihnya 8-10 kali sehari kerana nak menjaga hati
kekasihnya(tanda care yg sesangatlah tu kononya) , tapi nak call ibu dan ayah
seminggu sekali pun susah.

ramai org yg sanggup belanja beribu ringgit utk kepentingan diri ,anak, dan
isteri tapi, merungut apabila ibu dan ayah minta bantuan keewangan utk
keperluan mereka yg kadang-kala terdesak seprti perubatan hosp.cthnya.

 ramai yg berdoa untuk diri dan keluarga, tapi tak terlintas nak doa' untuk ibu
dan ayahnya..

Redha ibu dan ayah adalah redha Allah buat kita..
bagaimana cara kita melayan dan hormati ibu dan ayah kita , maka begitu
jugalah anak2 kita akan melayan kita di suatu ketika nanti...

Salam Terakhir...

Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan ibu mertua meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa ha...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...