Sejarah ikut buku cerita....
Bukit Fraser mendapat nama sempena kehilangan seorang saudagar Scotland
di bukit ini pada tahun 1916 iaitu Louis James Fraser. Beliau
dikatakan telah berhijrah dari Australia ke Tanah Melayu pada tahun
1890an akibat kecewa dengan jaminan kekayaan perlombongan emas di sana.
Berikut adalah rentetan peristiwa sejarah Bukit Fraser.
HUJUNG
1890an Perlombongan bijih timah pesat membangun di kaki Bukit Fraser
L.J. Fraser membuat laluan kuda dari Gap ke atas bukit
dan seterusnya berpindah ke atas bukit dan menjadikan bukit ini tapak
untuk perniagaan bijih timahnya.
NOVEMBER 1899
Pajakan
pertama lombong bijih timah diberikan oleh pihak British kepada
British kepada orang melayu iaitu Abu B. Suradi di Pahang di Pamah Lebar
(padang golf sekarang).
1906
Pajakan terakhir lombong di Bukit Fraser kepada Robert Lewis dan Sempam Mining Company Limited.
1916
Louis James Fraser telah hilang secara misteri.
1917
Reverend C.J. Ferguson-Davie Bishop Singapore pada masa itu telah masa
itu telah menjumpai Bukit Fraser secara tidak sengaja semasa bercuti
bersama Paderi Selangor Reverend A.B. Champion di rumah rehat Gap.
Beliau mendapati kawasan tersebut mempunyai udara yang nyaman dan
sejuk sangat sesuai dijadikan stesen bukit.Beliau kemudiannya menulis
surat kepada Kerajaan Negeri-negeri Bersekutu untuk menjadikannya
sebagai stesen bukit ekoran dari permintaan dari kalangan warga Eropah
supaya lebih banyak stesen bukit dibina di Malaya. Ini kerana mereka
tidak dapat pulang ke Eropah akibat peperangan dunia I oleh itu mereka
memerlukan kawasan dingin untuk melarikan diri dari suasana panas di
tanah rendah.
OGOS 1919
Pengesahan kesesuaian Bukit Fraser sebagai stesen bukit oleh R.C.M. Kindersly, pegawai tidak rasmi Majlis Bersekutu.
OKTOBER 1919
Pembinaan jalan dari Gap ke puncak Bukit Fraser dimulakan.
13 DISEMBER 1921
Pembinaan tersebut selesai dan Majlis Bersekutu dengan rasminya menemakan bukit ini ‘Bukit Fraser’.
Kini 25 Nov 2011 -Bahulu and family
Banyak bangunan dan banglo
dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu
konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih
dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat
daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya
dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke
Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan
curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain
plastik berbelang atau sedang diperbaiki satu perjalanan yang penuh cabaran @berliku-liku dan dugaan.
penuh dengan keindahan alam ciptaan ALLAH
kini sudah 2 hala naik dan turun ,tidak perlu tunggu lagi amat jimatkan masa kita
boleh terus ke genting jika mahu
laluan berliku sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak fraser,lihat gambar
dan pandai-pandailah kaji ,sepanjang aku mendaki tiada langsung bas kelihatan
8 km,tapi penuh berliku dengan cabaran dan dugaan..penat tak terkata weh!!!!
bersambung lagi untuk lagi koleksi Bahulu ....
No comments:
Post a Comment