klik2 jaa

Tuesday, September 1, 2015

Malaysia Sehati,sejiwa


Assalamu'alaikum warahmatullah
BismillahirRahmanirRahiiim..
17Zulkaedah1436
edisi Anak ku di Tadika..semangat Sayangkan Negara disemai sejak di alam Tadika untuk mereka menghayatinya bak pepatah"melentur buluh,biar dari rebungnya"dah jadi buluh tak guna dah.
Anak-anak hari ini adalah pelapis untuk Generasi akan datang Malaysia, bermula di sini kita pupuk nilai-nilai cintakan Negara...Moga2 menjadi insan berguna pada Agama,Bangsa dan Negara
Amin....


I LOVE MALAYSIA

Sambutan Kemerdekaan ke58 tahun
sehati,sejiwa 


merdeka..merdeka..merdeka !!!!
walaupun tidak setanding peringkat kebangsaaan
yang penting semangatnya..

kiri,kanan.....kiri,kanan..
uwais bersama kawan2nya...muka konpius nak buat apa nieeee            

Sunday, August 30, 2015

MERDEKA..MERDEKA,MERDEKA

Assalamu'alaikum warahmatullah
BismillahirRahmanirRahiiim..
15Zulkaedah1436

tinggal berjam lagi Malaysia bakal menyambut kemerdekaan 58thn, mengekalkan kemerdekaan paling Penting pada kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan
 
Ahad 30 Ogos 2015 / 15 Zulkaedah 1436
Ahad 30 Ogos 2015 / 15 Zulkaedah 143
Ahad 30 Ogos 2015 / 15 Zulkaedah 143
 Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Ahad 30 Ogos 2015 / 15 Zulkaedah 1436
Ahad 30 Ogos 2015 / 15 Zulkaedah 143

Wednesday, August 26, 2015

#sehatisejiwa

Assalamu'alaikum warahmatullah
BismillahirRahmanirRahiiim....

pejam-celik kita dah hujung ogos..tanggal 31 ogos niee Malaysia bakal menyambut kemerdekaan ke58thn..tema kali niee "sehati,sejiwa' memiliki makna tersendiri pada BS sebagai rakyat. sejak akhir kadar tukaran nilai ringgit banding US dollar kian menurun
pelbagai impilikasi pada kita ,moga2 ada sinar kenaikkan kelak.


sambung lagii lerr....* mood malas nak menulis

SALAM KEMERDEKAAN....MALAYSIAKU    

Wednesday, May 6, 2015

Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35

Rabu 6 Mei 2015 / 17 Rejab 1436

Assalamu'alaikum warahmatullah
Rabu 6 Mei 2015 / 17 Rejab 1436.
hari yang bermakna sebagai Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.


KUALA KANGSAR: “Sebagai sultan yang baru diamanahkan menakhodai bahtera negeri, masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan pelayaran yang panjang ini tidak mungkin dapat dilakukan secara berseorangan,”.
Begitu titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sejurus selepas ditabalkan sebagai Sultan Perak ke-35 dalam Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV yang berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini sebentar tadi.
Titah Baginda, bagi mengalas tugas bergelar seorang Sultan merupakan amanah besar yang sarat dengan pelbagai tanggungjawab perlu digalas.
“Era kegemilangan sesuatu pemerintahan merupakan sesuatu pemerintahan tercipta apabila pemimpin menghormati ulama dan menghargai ilmuan, ulama, ilmuwan yang berani menyuarakan hak dan tegas menentang yang batil,” titahnya lagi.
Tambah baginda lagi, istiadat pagi ini melambangkan citra untuk terus mendaulatkan institusi Raja, satu pelanjutan adat, kesinambungan budaya, kekayaan budaya, sekali gus mengekalkan identiti sesuatu tamadun pemerintahan negeri Beraja.
“Pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak mencapai kata sepakat menamakan Beta sebagai Sultan Perak ke-35 dengan membawa gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bermaksud ‘pemerkasa agama’..sesungguhnya Islam itu adalah identiti yang tidak dapat dipisahkan dengan Raja Melayu,” titah Baginda.
Titah Nazrin lagi, kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja juga tidak boleh mengingkari tuntuan syarak serta kemuliaan Raja turut dinilai dari sudut amal makruf dalam menyempurnakan tanggungjawab.
“Kuasa Raja tidak dipertikaikan, selagi Raja tidak memperlihatkan sifat menyeleweng dan selagi tidak mematuhi hukum yang termaktub,” baginda bertitah.
Nazrin bertitah, bahawa Raja pemerintah merupakan payung kedaulatan negara, serta wajib memberi naungan saksama kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
“Semestinya takhta pada setiap ketika tidak bersifat partisan, malah wajib mencuar tinggi di atas segala polemik politik kepartian, demi memastikan peranan takhta diterima baik dan diperlukan bagi penimbang tara mendamaikan sebarang persengketaan,” titahnya.
Titah Baginda lagi, kekuatan sesebuah negara amat dipengaruhi oleh tahap amal makruf yang dilakukan dengan ketegasan negara memerangi kemungkaran bagi menentu kerukunan dan kemakmuran.
“Berpegang dan yakinlah kepada rahmat Ilahi untuk melakukan amal makruf dan yakinlah akan perlindungan Ilahi untuk memerangi kemungkaran… tegapkan iman agar terbina sebuah negara yang kukuh bersatu, teguh, aman dan makmur,” titah baginda lagi.

artikel dari peraktoday
Foto Ihsan Jabatan Penerangan Malaysia











Sunday, March 22, 2015

apa cerita, takdak mood .

Assalamu'alaikum warahmatullah

BismillahirRahmanirRahiiim. .Ahad22/3/15 & 1 Jamadil Akhir 1436


entah lah, mood tak berapa nak stabil dengan kata lain kemalasan melanda..banyak peristiwa dah berlaku baik dalam hidup nie dan sekitar kampung&negara.Suka duka 
silih berganti datang dan pergi.
itulah hakikat kehidupan nieee.. masa dan waktu pergi tanpa kembali hanya melakar detik kenangan terpahat di memori kehidupan .

" hidup bak umpama api pelita, bila-bila boleh terpadam"

sekian.....

Salam Terakhir...

Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan ibu mertua meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa ha...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...