klik2 jaa

Sunday, July 31, 2011

1 Ogos ...puasa Ramadan bermula...bulan penuh nikmat ALLAH

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa 1 Ogos 
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ogos.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin ini, 1 Ogos 2011, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pada 26 Julai lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Lafaz niat puasa -- ringkas, lengkap dan sebulan
 Lafaz niat ringkas:   نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadan kerana Allah Taala.   Lafaz niat lengkap:   نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku puas...a esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.   Lafaz niat sebulan:   نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Saturday, July 30, 2011

Duit...siling terbaru..

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan.
syiling malaysia
Didakwa lebih selamat..
duit syiling baru
Terdapat dalam dua warna..

  • Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
Denominasi Ikon
50 sen Sulur Kacang
20 sen Bunga Melur
10 sen Orang Asli Motif
5 sen Destar Siga
spec syiling  


note..cantik jugakk..tapi..macam ada yang tak kena jeer niii 

Friday, July 29, 2011

Aku khalifah........

beberapa hari lagi Ramadhan 1432H akan menjelma. InsyaALLAH, 1 Ogos 2011 kita semua akan mula berpuasa.....moga2 segala amalan kita akan di terima ALLAH....ku hanya insan biasa...yang tidak lekang..melakukan dosa2..hanya di sedari atau sedar...

Sunday, July 24, 2011

meh santai ahad...dah lama bebenor tak update blog niii....rasa rindu pulakk...tak lama lagi...Bulan Ramadan bakal tiba, setiba bulan posa...petang2 ada yang sibuk ke bazar ramadan,memasak..di samping rutin harian...As salam dari Bahulu buat semua yang bertandang..
Jom layan.....


sampan ini boleh dilipat dan senang digunakan....
Jika anda ingin berlayar disebuah kolam, tasik dan kat mana2 air ada air ..boleh pakai benda...Nak lagi kalau dah musim banjir...amat sesuai..kan. Sampan ni dapat di  gunakan untuk berlayar.sampan yang direka khusus ini sangatlah praktik , portable dan boleh digulung , mudah proses membuatnya , sehingga sangat pantas apabila disebut sebagai alat pengangkutan air yang sempurna sekaligus melengkapi gaya hidup.







Saturday, July 16, 2011

satu rahsia.......Besar bahulu nak kongsikan...!!!!!!!!!

 Info pemakanan.


daging ikan baik untuk perkembangan otak kerana mempunyai banyak nutrien penting termasuklah sebagaimana yang kita tahu sumber protein utama. Pengambilan ikan sebanyak 100 gram sehari cukup untuk menampung keperluan protein sebanyak 1/3 atau separuh dari keperluan protein harian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh. Spesis ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.

Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber omega-6 yang berlebihan.


sedikit Bahulu  petik mengatakan  kaum Yahudi mengamalkan memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum ke menu utama. Alasan mereka dengan memakan hidangan karbohidrat dahulu diikuti buah-buahan akan membuatkan mereka mengantuk dan sukar untuk bekerja atau menerima pembelajaran di sekolah.

 Amalan memakan buah sudah menjadi sunnah Rasulullah di mana Rasulullah mengajar kita memakan 3 butir kurma sebelum makan ataupun berbuka puasa.

Sewaktu para ibu mengandung, mereka akan menyanyi dan bermain piano. Apakah rasional mendengar alunan piano? Penemuan menakjubkan oleh dua pakar psikologi, Dr. Frances Ruascher dan Dr. Gordon Shawl sekitar akhir tahun 90-an, melalui eksperimen mereka yang mengaitkan muzik dengan kebolehan menggunakan akal fikiran terhadap sekumpulan pelajar.

Hasil kajian selama dua tahun itu mendapati kanak-kanak yang diajar bermain piano dan keyboard mempunyai kebolehan berfikir 34 peratus lebih baik berbanding mereka yang tidak bermain piano. Secara keseluruhan pula, kajian juga menyatakan muzik berupaya meningkatkan fungsi otak yang diperlukan dalam bidang matematik, sains, kejuruteraan dan permainan catur


Pada masa yang sama, si bapa membelikan si ibu buku latihan Matematik untuk dibuat supaya dengan latihan yang dibuat oleh si ibu, otak anak di dalam kandungannya dapat dibentuk dan dilatih sejak awal lagi.

Kaum Yahudi juga menganggap merokok itu satu sumpahan atau taboo walaupun mereka Merupakan pengeluar rokok terbesar dunia. Ini adalah kerana dengan merokok, akan merencatkan sel2 otak. Nikotin yang terdapat di dalam rokok akan melekat pada otak dan melekat pada gen dan keturunan perokok bakal berhadapan dengan generasi cacat otak. 


                             kandungan rokok

Nikotin Ini adalah komponen adiktif tembakau. Hal ini diserap ke dalam darah dan mempengaruhi otak dalam waktu 10 saat. Hal ini menyebabkan perokok merasa selesa kerana neurotransmitter. Akibatnya, sifat ketagihan nikotin pada otak dan tubuh untuk sementara hilang. Perokok merasa tidak tentu arah jika mereka tidak merokok. Ini yang memperkuat keinginan mereka untuk merokok lagi.

kerajaan malaysia sudah pun mengatakan "merokok bahaya kesihatan"
tapi dalam bab-bab ini perokok yang dapat nikmat ...penghidu asap dapat penyakit..Jom fikir-fikirkan ...


sumber: Fail sulit aku

Friday, July 15, 2011

Hang Tuah dan Taming Sari nya.....



JIKA tidak dipamerkan, keris Taming Sari hanya boleh dijaga oleh Sultan Perak atau Tok Nara Diraja.


DALAM sejarah ketamadunan Melayu, pendapat umum sepakat mengatakan tiada keris lebih terkenal dan teragung selain keris taming sari
Kisah keris yang digambarkan penuh sakti hingga menjadikan pemiliknya tidak lut ditujah senjata tajam itu seiring dengan legenda pendekar Melayu terulung, Hang Tuah.

Mengambil nama sempena pemilik asalnya, seorang pahlawan Jawa dalam kerajaan Majapahit, fungsi asal Taming Sari adalah sebagai keris kerajaan bagi jawatan Laksamana semasa Kesultanan Melayu Melaka.
Sebagaimana misterinya kehilangan Hang Tuah selepas dia gagal meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka, begitu juga riwayat keris Taming Sari selepas era pendekar Melayu itu.

Pelbagai versi mengenai Taming Sari diperturunkan secara lisan dan yang paling terkenal ialah keris sakti berkenaan telah dicampak Hang Tuah ke dalam Sungai Duyung di Melaka.
Namun, mitos tidak semestinya selari dengan realiti. Kenyataannya, keris Taming Sari yang dipercayai berusia lebih 500 tahun itu telah menjadi sebahagian daripada alat kebesaran Kesultanan Melayu Perak sejak tahun 1528 lagi.

Pengarah Muzium Perak, Nor Janati Ibrahim berkata, mengikut sejarah, episod kegagalan meminang Puteri Gunung Ledang telah menjatuhkan air muka Hang Tuah lantas beliau menyerahkan Taming Sari kepada Tun Mamat untuk dibawa balik menghadap Sultan Mahmud Shah.
Setelah empayar Melaka runtuh ditawan Portugis pada tahun 1511, keris keramat itu turut dibawa bersama rombongan Sultan Mahmud yang berundur ke Kampar, Sumatera.
Kemudian atas pemintaan pembesar Perak diketuai Tun Saban, baginda mengirimkan anakandanya, Raja Muzaffar Shah untuk berangkat ke Perak bagi mengasaskan kesultanan Melayu di negeri itu.

Keris kuasa
Baginda turut mengurniakan beberapa peralatan termasuk keris Taming Sari untuk dijadikan alat kebesaran negeri Perak yang baru ditubuhkan itu, jelas Janati kepada Jurnal ketika ditemui pada Pameran Taming Sari di Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak minggu ini.
Ditebak dengan versi yang mengatakan Taming Sari masih terbenam di dasar Sungai Duyung, Janati berpendapat dakwaan itu sekadar legenda.

Katanya lagi, seperti pembikinan sebuah filem, penceritaan kisah lisan dan hikayat tidak semestinya selari dengan fakta sebenar malah boleh ditokok tambah.
Kajian Muzium Perak mendapati keris Taming Sari yang menjadi alat kebesaran Kesultanan Melayu Perak menepati ciri-ciri termasuk gambar rajah yang terdapat pada Manuskrip Taming Sari bertulisan jawi kuno yang dipercayai ditulis pada abad ke-15.

Manuskrip terbabit turut mengandungi zikir dan amalan perang yang diamalkan Tariqat al-Shazilliah yang berkembang sekitar abad berkenaan, ujarnya.
Pengurus Pameran Taming Sari itu berkata, Taming Sari merupakan keris kuasa atau bawar yang menjadi lambang kedaulatan Kesultanan Melayu Perak.
Sehubungan itu, keris terbabit disimpan rapi bersama 26 alat kebesaran Perak lain di dalam sebuah peti besi khas di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Seingat beliau, cuma empat kali keris Taming Sari dipamerkan kepada khalayak atas perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah termasuk yang terbaru selama seminggu sehingga hari ini.

Bersilat

Penganjuran pameran ini bukan bertujuan untuk membuktikan ketulenan keris Taming Sari kerana tiada keperluan untuk itu.
Ia lebih kepada untuk memberi ruang kepada rakyat menyaksikan sendiri keris kuasa terbabit yang begitu eksklusif sebelum ini sempena ulang tahun sambutan keputeraan baginda, jelasnya.
Penganjuran Pameran Taming Sari kali ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung pelbagai kaum. Dianggarkan lebih 7,000 orang melawat Galeri Sultan Azlan Shah bagi melihat keris terbabit.
Panglima Perang Kiri Istana Perak, Muhammad Dzulkanain Osman pula berkata, ada pantang larang yang perlu dipatuhi sepanjang Pameran Taming Sari di galeri berkenaan.

Menurutnya, keris keramat itu tidak dipamerkan di dalam kotak kaca di ruang legar galeri terbabit bersendirian sebaliknya disertakan dengan keris Seri Gading sebagai peneman.
Dikatakan, keris Seri Gading yang juga salah satu alat kebesaran Kesultanan Melayu Perak itu diletakkan di hadapan Taming Sari sebagai penawar dan pendinding kepada keris terbabit daripada anasir yang berniat buruk terhadapnya.

Sepanjang penganjuran pameran kali ini, pernah sekali berlaku kejadian lima lelaki dewasa tiba-tiba bersilat serentak di hadapan ruang Pameran Taming Sari.
Saya percaya tindakan mistik itu berpunca daripada perbuatan mereka menggunakan ilmu untuk menguji kekuatan Taming Sari namun tertewas, ujar beliau yang merupakan antara pegawai Istana Perak yang bertugas memantau perjalanan pameran terbabit.
Kejadian selama beberapa minit pada petang Selasa lalu itu menggemparkan pengunjung yang berada di dalam galeri itu.
Menurut Janati pula, kelima-lima lelaki dipercayai keturunan Jawa terbabit ditenangkan oleh seorang rakan mereka sebelum masing-masing segera angkat kaki dari premis terbabit.
Selain itu, keris Taming Sari dan Seri Gading tidak disimpan di dalam galeri selepas waktu lawatan yang berakhir pukul 5 petang.
Sebaliknya, kedua-dua keris kebesaran Perak tersebut dibawa pulang oleh Tok Nara Diraja yang bertugas sebagai Ketua Istiadat dan Penyimpan Alat Kebesaran Perak ke Istana Iskadariah yang terletak kira-kira 500 meter dari situ.

Pegawai istana terbabit juga yang bertanggungjawab mengeluarkan Taming Sari dan Seri Gading dari simpanan untuk dipamerkan ke dalam Galeri Sultan Azlan Shah pada 10 pagi sepanjang tempoh tersebut.
Sewaktu kedua-dua proses tersebut berlangsung, kenderaan yang membawa bekas khas kedua-dua keris itu akan diiringi oleh beberapa kereta peronda polis bagi menjamin keselamatannya, jelas Janati.
Biarpun tidak mengiyakan mahupun menidakkan dakwaan Taming Sari mampu menjadikan pemiliknya kebal, Dzulkanain menjelaskan bukan calang-calang individu mampu menyentuhnya.
Selain Sultan Azlan sebagai pemilik mutlak, keris itu hanya tunduk di bawah jagaan Tok Nara Diraja.
Katanya, walaupun Taming Sari sudah lama tidak diasap dan dilimau, ada zikir khusus dibaca Tok Nara Diraja sebelum memegangnya.

Sekalung budi buat:: kosmo.com.my

Tuesday, July 12, 2011

al-jazeera + Bersih Kuala Lumpur

Anda nilai dan perhatikan dari segala aspek...."ada udang di sebilik mee"   kekadang media asing ini ada motif tertentu..
Jom kita layan......bab pepatah "Tepuk dada,tanya selera "

Sunday, July 10, 2011

sekitar perhimpunan ....kuning+merah=biru


































Jom kita layan gambar aksi-aksi sekitar perhimpunan....ada yang senyum,glamor,marah ,suka-hati,ikut kawan2 ,happy sabtu,rempit, suka-duka,semangat berjuang,..dan ada yang berbayar....ehmm pelbagai watak manusia.
Anda sendiri nilai ..apa yang tersirat dan tersurat...

Tarikh kejadian:9/7/2011
Tempat : Sekitar Kuala Lumpur,Malaysia

foto kredit:Rakan FB dan berita harian,agenda daily &mstar

Friday, July 8, 2011

Setiap Manusia Telah Ada Rezeki Untuknya

Yakinilah Janji Allah Bahawa Setiap Manusia Telah Ada Rezeki Untuknya


Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap kali kita menghadapi makanan dan minuman, kita berdoa kepada Allah agar di berikan barakah dari rezeki yang akan kita santapi. Setiap kanak-kanak muslim juga di didik sejak dari tadika lagi untuk berdoa sebelum makan. Barakah dari rezeki itulah yang kita hajatkan.
Setiap manusia menghabiskan sebahagian besar dari waktu dan umur untuk mencari rezeki. Berusaha mencari rezeki, apabila ikhlas niat dan dilaksanakan dengan mengikut jalan-jalan yang halal adalah ibadah kepada Allah. Dalam mencari rezeki juga , dapat menguatkan akidah seorang muslim, Allah S.W.T. adalah pemberi rezeki. Salah satu nama Allah adalah al-Razzak… iaitu Pemberi Rezeki. Banyak perkara di dunia ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T.  untuk manusia, agar di gunakan dalam usaha mencari rezeki. Oleh itu jangan sampai kita lupa kepada Allah S.W.T. apabila kita telah mendapat nikmat dari-Nya.
Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum.
Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke dalamnya).
Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.
Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?
Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.
Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan jadi padanya?
Pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah ini adalah semut lebih yakin  jaminan rezeki daripada Allah S.W.T.(bertawakal kepada Allah) ketika di luar botol berbanding “jaminan” manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat, supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.
Kenapa kita yang berada di dunia ini yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. tetapi masih ragu-ragu tentang jaminan rezeki dari Allah S.W.T? Oleh itu yakinilah dengan sepenuh hati bahawa setiap anak yang lahir ke dunia, Allah S.W.T. telah menjamin rezeki untuknya, samaada ibu-bapanya merancang atau tidak merancang untuk anak tersebut.
Sahabat yang dimuliakan,
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T. telah ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah S.W.T. yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya (ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.
Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disedaikan oleh Allah S.W.T. dimuka bumi ini.
Firman Allah s.w.t.yang bermsksud :
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
Takwa adalah merupakan kriteria atau ukuran sesaorang yang paling hampir dengan Allah S.W.T.  Sesiapa saja dikalangan hamba-hamba Allah yang paling tinggi takwanya maka dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang bertakwa adalah orang mukmin yang cukup berhati-hati didalam menjalani kehidupan didunia ini, amat takut kalau-kalau dia terjerumus didalam kehidupan yang mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T.
Ia bukan saja telah meninggalkan yang haram dan melaksanakan yang wajib tetapi ia telah meninggalkan perkara-perkara syubhah dan makruh. Dalam amalan ibadahnya diperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam rangka merapatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T, malahan semua yang harus pula di niatkan kerana Allah supaya ianya menjadi ibadah.
Allah S.W.T. akan membantu orang-orang yang bertakwa, segala kesusahannya, kemiskinannya dan apa-apa saja permasaalaan hidup yang dihadapinya, akan terbentang luas jalan keluar diberikan oleh Allah S.W.T. Bukan setakat ini saja, malahan Allah S.W.T.akan memberikan rezeki yang tiada disangka-sangka samaada rezeki datang dari langit, bumi, lautan, malahan yang jauh didekatkan, yang sedikit diperbanyakkan dan yang banyak dipermudahkan.
Kadangkala seseorang pernah bertanya pada diri sendiri, “Kenapa rezekiku  sempit?  Buat berbagai usaha tetapi masih gagal mencapai matlamatnya?Berniaga merosot, puas aku berdoa dan minta pertolongan Allah tetapi masih tidak dimakbulkan-Nya?”
Perlu di ingat bahawa Allah S.W.T. Maha Mengetahui apa akan berlaku kepada para hamba-Nya dilambatkan permohonannya adalah untuk kebaikan hambanya sendiri. Kerana takwanya belum mantap, maka diuji lagi supaya semakin banyak ia berusaha, berdoa dan bertawakal maka akan melahirkan hubungan yang erat hatinya dengan Allah S.W.T. dan Dia ingin memberikan pahala yang besar kepadanya diatas kesabarannya. Oleh itu kita kena berbaik sangka dengan Allah S.W.T. berdoa dan terus berdoa jangan putus asa. Cepat atau lambat dikabulkan doa kita adalah urusan Allah S.W.T.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud : “Allah S.W.T. berfirman, ‘Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku’.”
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)
Rasulullah S.A.W.  bersabda, maksudnya : “Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap.
Sahabat yang dikasihi,
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :
“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.”
Orang-orang yang bertawakal ialah mereka yang  yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah S.W.T. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.
Kunci rezeki dan perbendaharaan Allah S.W.T. hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak beristighfar, bersedekah, sentiasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, solat duha, solat tahajjud , berzikir dan membaca al-Quran. Amalan-amalan soleh ini jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan Allah S.W.T. dan apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.
Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mangingati Allah. Oleh itu, kita perlu bertawakal kepada Allah dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat.
Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang sementara ini. Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat, ia tidak akan dapat mengatasi takdir Allah.

Wednesday, July 6, 2011

Merdeka kah kita ??..jom ikuti kisah nya..

 Maka bermula...segala-galanya....Tanah Melayu bebas dari penjajah ...buat selama-lamanya..
kita kini bebas .....menentukan masa depan negara

 FAKTA.
Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.




Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.




Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.
Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!
 
Perdana Menteri Malaysia Pertama - BAPA KEMERDEKAAN
 
 
 
 
 

Monday, July 4, 2011

Memori tinggal memori...

 4/7/2011 ..
4 hari sudah berlalu...Bahulu coretkan kisah ini sebagai memori daun pisang di bawah hujan gerimis.
jom kita ikuti kisah nya.....jeng,jeng,trenn.....pon.pin....!!!!!


SUASANA dan pemandangan di sekitar stesen Keretapi Tanjong Pagar pada pagi itu agak luar biasa. Lazimnya, sebaik penumpang kereta api dari Kuala Lumpur yang bertolak pada waktu malam sebelumnya tiba di stesen tersebut, kawasan itu tenang seketika selepas orang ramai menuju ke destinasi masing-masing.
Namun, pada pagi itu hampir kebanyakan meja makan di kedua-dua buah restoran di stesen tersebut dipenuhi pelanggan yang menikmati sarapan pagi sambil berbual kosong bersama teman-teman.
Bahkan, stesen berusia 79 tahun yang menghubungkan dua buah negara jiran Malaysia dengan Singapura itu dibanjiri oleh pihak media,orang ramai dan pelancong yang mahu mengabadikan setiap inci sudut yang ada di stesen tersebut.

Ketika membuat tinjauan di stesen tersebut dua minggu lalu, penulis dapat menyelami kesedihan yang dirasai oleh rakyat kedua-dua negara apabila tren terakhir meninggalkan stesen Keretapi Tanjong Pagar malam ini pukul 10.30. Stesen Keretapi Tanjong Pagar bakal dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) mulai esok.
Keputusan memindahkan stesen Tanjung Pagar itu dicapai pada pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, di Hotel Shangri-La Hotel pada Mei 2010.
Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Kedua-dua pemimpin itu bersetuju tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte. Ltd.
Selain tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands tiga bidang tanah tambahan di Bukit Timah yang kesemuanya berjumlah 271 hektar dan membabitkan landasan sepanjang 20 hingga 30 kilometer (km) akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.
Antara individu yang paling terkesan dengan penutupan stesen ini adalah Ketua Stesen Tanjong Pagar, Mohd. Ayoub Embong, 49. Sudah enam tahun Mohd. Ayoub berkhidmat di stesen yang dulunya dipanggil Stesen Keretapi Keppel Road.


MOHD. AYOUB mengimbas kad pekerjanya sebelum dia meninggalkan stesen penuh nostalgia ini buat selama-lamanya.


Lelaki berkaca mata yang berdiri di tingkat tiga bangunan stesen tersebut sambil melemparkan pandangan ke arah kaunter tiket berkata :
Selepas 80 tahun, bangunan ini tak berpenghuni lagi. Stesen ini adalah kebanggaan Malaysia di Singapura. Kami telah sebati dengan aura negara ini di Kota Singa.
Emosi terpancar
Kita rasa rugi tapi mungkin ada keuntungannya, ada yang boleh terima (keputusan) tapi ada juga yang tak dapat terima, saya sendiri tak dapat menelah perasaan saya pada hari-hari terakhir nanti.
Beliau termangu di kala diajak bercerita tentang memori berkhidmat di sebuah stesen yang penuh sejarah. Emosinya jelas terpancar pada wajah dan suaranya.
Dalam tempoh enam bulan ini orang yang datang mahu membeli tiket bertali arus. Jika selama ini, ada yang tak ada hati nak naik kereta api, tapi pada hari-hari terakhir, mereka mahukan pengalaman menaiki kereta api, ujar Mohd. Ayoub dengan lontaran wajah penuh kesyahduan.
Petugas kaunter juga lelah melayani barisan pelanggan yang beratur panjang sejak pukul 8 pagi setiap hari tanpa henti.
Hubungan keluarga
Ketika melewati lot kedai makanan dalam bangunan stesen, kami terdengar suara tangisan seorang wanita ketika diwawancara krew televisyen.
Dengar tak, ada orang menangis tadi?, kata seorang peniaga, Noraini Said Paiman, 53. Dia yang terkenal dengan menu signaturnya soto baseball memberitahu, Stesen Tanjong Pagar sangat erat dengan keluarganya.
Sejak kecil, ayah bawa saya ke sini hinggalah saya sendiri buka kedai sejak lapan tahun lalu dan beroperasi selama 24 jam, katanya.

Kerancakan perbualan tergendala tatkala diajukan pertanyaan tentang hala tujunya selepas ini. Memang dah dapat tempat tapi rentaknya tidak sama seperti di sini, ujarnya.
Sambil membancuh teh tarik, Rosnah Mamat, 45, berkata, dia seperti tidak percaya deruan bunyi semboyan kereta api Tanjong Pagar akan berakhir.
Bayangkan kedai M.Hasan dah berusia 40 tahun, staf sudah bagaikan keluarga, pelanggan dah macam kawan, ujarnya yang menghidangkan masakan Melayu seperti soto, lontong, tauhu bakar, laksa Singapura dan nasi lemak.
Akui wanita ini, sehingga kini kedainya masih belum bertemu dengan lokasi baharu. Dakwanya, notis yang diberikan kepada peniaga terlalu singkat.


MOHD. AYOUB mengakui kesedihannya sukar diungkapkan dengan kata-kata kerana Stesen Keretapi Tanjong Pagar ibarat rumah kedua baginya.


Pengusaha Habib Railway Book Store, Seenishahul Hamid, 36, lebih terkesan. Sudah 75 tahun perniagaannya bertapak di pintu masuk stesen. Dia adalah generasi ketiga yang mengurus kedai itu.
Saya ingatkan tak jadi (pindah) dan berita ini ternyata mengejutkan kami semua, sedih tak terkata, ujarnya yang bakal berpindah ke WTCP.
Secara keseluruhan terdapat lebih 10 buah lot kedai yang menghidangkan masakan Melayu dan mamak.
Di sinilah tempat kami melepak dan makan makanan Melayu, lepas ni, mungkin kita boleh lihat bangunan ini dari celah-celah pagar saja, kata seorang rakyat Singapura dikenali sebagai Pak Ya, 50-an kepada penulis.
Selama sembilan tahun, kerani kaunter Stesen Tanjong Pagar, Norhaiza Hadis, 37, menunggu pelanggan untuk membeli tiket.

Bagaimanapun, atmosfera itu berubah selepas pengumuman penutupan operasi kereta api di stesen ini.
Kami dihujani panggilan telefon dan setiap masa kaunter dipenuhi orang ramai, purata jualan sehari mencecah 20,000 tiket, kata Norhaiza yang sudah sedekad bertugas di stesen Tanjong Pagar.
Rakan setugas, Wan Adli Wan Sulaiman, 27, sependapat dengan Norhaiza.
Orang marah-marah pasal tiket satu perkara normal, kami tetap melayan mereka dengan baik, katanya.
Bangunan tiga tingkat yang mendapat sentuhan pengarca tersohor Itali, Angelino Vanette sememangnya sarat dengan penataan seni yang memukau.
Bidikan lensa kamera banyak terarah kepada empat arca figura manusia setinggi 22 meter, menara jam dan lukisan mural yang gah dalam bangunan.
Kita berharap janji untuk menjadikan bangunan ini sebagai warisan kebangsaan ditunaikan, kata seorang jurufoto amatur, Rahmat Raslan, 39.

Hari terakhir di stesen itu cukup merengsakan perasaan. Seakan enggan berpisah dengan stesen yang penuh nostalgia itu kepada rakyat kedua-dua negara, seboleh-bolehnya penulis berharap berdenyut waktu terhenti seketika.
Kereta api merajuk
Bagaikan memahami apa yang terbuku di hati, kereta api Senandung Sutera yang sepatutnya berlepas tepat pukul 10.30 malam itu tertangguh selama dua jam.


STESEN Tanjong Pagar menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan kereta api di kota Singa ini.


Sudah tiga hari berturut-turut kereta api buat perangai, mungkin dia pun merajuk macam kita, kata pemandu pada malam itu yang mahu dikenali sebagai Khairi bertungkus-lumus membaiki enjin yang meragam. Khabarnya, sejak 22 Julai lalu stesen tersebut sudah mulai sunyi sepi selepas masing-masing diarahkan berpindah.

Bahkan, pemandangan pelanggan setia dan penumpang kereta api menjamu selera sambil bergelak ketawa bersama teman-teman melepas lelah selepas waktu kerja di restoran-restoran di tanah Malaysia itu kini tinggal memori. Ketika kereta api terakhir yang membawa penulis dan penumpang dari Tanjong Pagar meninggalkan stesen terasa sebak yang menggamit hati.

Penulis masih berdiri di tangga kereta api sehingga wajah stesen lenyap daripada pandangan. Selepas Pulau Batu Putih, pelabuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Woodlands dan Istana Kampung Gelam di tengah bandar Singapura yang pesat, kita kehilangan Tanjong Pagar. Seperti harapan rakyat negara ini semoga Singapura tidak memadamkan sejarah stesen Tanjong Pagar seperti terpadamnya sejarah Temasik.

kredit : kosmo.news

 
"kita mengejar impian yang tak pasti,maruah sudah tergadai ...demi kejar wang ringgit..segalanya...sudah berakhir ....buat selama-lamanya"

"bila tersedar dari tidur yang panjang...tiada guna nya lagi,biar pun air mata darah sekali pun"

Salam Terakhir...

Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan ibu mertua meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa ha...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...