Batu Kerikil landasan Tanjong Pagar jadi cendera hati
SINGAPURA: Pengunjung ke Stesen Kereta Api Tanjong Pagar yang menamatkan operasinya tengah malam tadi, tidak melepaskan peluang mendapatkan apa sahaja barangan di stesen itu bagi dijadikan bahan kenang-kenangan termasuk batu kerikil landasan di situ.
Sejurus selepas tren terakhir yang dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail berlepas, ratusan pengunjung ke stesen itu berdiri di landasan di situ untuk bergambar.
Tidak kurang juga yang yang membawa balik papan tanda, kertas dan barangan lain di stesen berkenaan.
Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut mendirikan beberapa gerai bagi menjual cendera hati rasmi seperti kemeja-t, pemegang kunci, buku, cawan dam poster.
Suasana di stesen terbabit yang memulakan operasinya pada 1932 itu meriah dengan ribuan pengunjung masih enggan meninggalkan kawasan berkenaan walaupun kereta api terakhir berlepas.
Segelintir kakitangan KTMB yang masih berada di stesen itu menjadi tumpuan pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama-sama mereka.
Walaupun tren terakhir sudah lama berlepas, pengunjung masih enggan meninggalkan kawasan stesen kereta api bersejarah itu bagi menunggu detik 12 tengah malam apabila pintu stesen itu ditutup buat selama-lamanya oleh kakitangan KTMB.
Selepas itu barulah mereka meninggalkan stesen berkenaan selepas bangunan, yang sebelum ini sentiasa diterangi oleh pelbagai lampu, buat pertama kali dalam sejarah 80 tahun operasinya, menjadi gelap-gelita buat selama-lamanya.......
'kini bertuan kan orang lain"
.rujukan :BERNAMA news
No comments:
Post a Comment