Jom Baca

Monday, February 28, 2011

SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA

Meh bersantai bersama Vlog pulakk ......nak tau lanjut KLIK jer kat sini  Ben Ashaari   
Pada sapa2 yang suka buat vlog nie, teruskan  , buat yang ala komedi  , xlaa boring sangat nk tgk. 
1 vlog untuk semua..
Bahulu pun nak jugak buat vlog jugak....
Tungguu yea.

Sunday, February 27, 2011

Bersantai bersama ....Bahulu


 hak nii tak yah cite.......kita masuk mulut jerr

Bahulu sekeluarga memang sllu g Cameron.Dalam setahun tu de gak 3,4 kali.Tapi tahun ni tak berkesempatan lagi..Maklumlah bila anak dah sekolah masa dah rasa cam terhad sangat..Kalau dulu bila ada masa terluang je,isi minyak kereta,jalan je lah....
Apa yang penting Happy ....Cuaca sejuk@dingin too yang best.

itu lah al kisah nya..............
santai bersama Bahulu and family....

Saturday, February 26, 2011

إن شاء الله @ InsyaAllah.......



Hayati makna tersurat dan tersirat.
 Segalanya  telah di tentukan ALLAH  ,  kita manusia hanya mampu merancang....


"Ya Allah, aku berlidung kepada-Mu dari adzab kubur, dan aku berlindung kepada-Mu dari fitnah AlMasih Ad-Dajjal...." . Serta menghafal beberapa ayat dari surah Al-Kahfi, "Barang siapa menghafal sepuluh ayat dari permulaan surah AlKahfi, ia dilindungi dari (fitnah) Dajjal."




Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang kelam
Tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...
InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

Kembalilah....
Kepada yang Esa
Yakin padaNya,panjatkanlah doa..
Oh... Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...











BARCODE UNIK...

 








Setiap barangan yang di jual kat pasar raya,tesco dan lain2 yg setaraf dengan nya  ....mesti ada barcode,
dengan ini setiap barangan dapat di kenal pasti  dengan mudah@dapat elak kecurian.
Tapi kat Malaysia..hanya ada 1 jenis jerr.........

Kat negara matahari terbit@JEPUN  pelbagai jenis Barcode sangat kreatif  .  Bahulu sangat kagum dengan kemajuan negara tersebut .Niii baru bab yang mudah jer ,kalau yang lain2 lagi diorang dah maju 3,4 thn dari kita niii.

Nota Kepala : bak kata bekas PM kita( Tun M)  " DASAR PANDANG KE TIMUR "
      
                             

Wednesday, February 23, 2011

Katak oh Katak...

Hari nii Bahulu  dok merayau-rayau sana- sini ,ku terjumpa katak ais, Sapa ler punya kerja buat katak cam niii...Adakah anda ada terjumpa katak nii, meh kita bantu si katak too keluar dari situ......
hehehe ada jugak lepak kat sini

Jom kita nyanyi Bersama-sama..
one,two,three....

Katak oh Katak
kenapa panggil hujan
macam mana Aku tak panggil
ular nak makan Aku



..

Tolong lah Bahulu wahai Cik Ana Raffali ......




Pantasnyer masa berlalu...Hari Rabu 23 hb...nii time ambik  gaji ,macam selalu lah.....tolak sana-sini , saki baki baru hak kita kan....sekarang nii gaji banyak mana pun tak cukup2...hehehe
anda setuju tak?..apa yang penting belanja berhemat and berjimat.

.Anak2 dah pun ke sekolah,yg tinggal aku,wife and baby .Maka sunyi kejap rumah ku syurga ku hatta Bahulu layan  fb dan blog
.Mengintip,mengintai apa yg patut......rakan2 blogger nak cari berita terkini....
.........ehmmm

 Apa2 pun meh  layan Lagu Cik Ana kita nii,Bahulu kagum ngan Lirik Lagu......berbunga2 CINTA
okey kita Zaaaassss

YAHOOOOO.......GAJI TIME
tarak kerja.tarak gaji kata apek ikan kat market!!!!!!!

Tuesday, February 22, 2011

Kehilangan mu sukar di cari Ganti......

22 Februari 1992 kita telah kehilangan Penghibur No 1 ASIA iaitu ...Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Seorang Penghibur ASLI yang bukan sahaja boleh menyanyi, menari mahupun melukis.
...cuba kita sama2 renungan setiap karya yang Allahyarham
yang di tinggalkan buat kita amat BerMakna....
Hayati Bersama-sama ......


LAGU :Di Manakah Nilai Cintamu

Di manakah nilai cintamu oh kasih terhadap diriku
Mengapakah kau bercumbu dengan dia itu di depan mataku
Tak ku sangka sanggup hati mu menduakan diriku
Setelah ku beri cinta serta jiwa raga engkau musnahkannya
Di manakah nilai cinta mu oh kasih
Engkau musnahkan
 
 
 
LAGU : Salam Terakhir
Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang
Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah
 
 
Yang Lain2 ....cari sendiri yea.
AL FATIHAH BUAT....  . .Allahyarham Sudirman Haji Arshad
 
 
Nota kaki: Tahun 80 an,Bahulu masih kat sekolah Rendah lagii..
Ala2 kanak Milo masa too..tapi jiwa nii amat tersentuh setiap kali terdengar lagu2
Allahyarham yang di main kat Radio@Tv


 

Meh kita layan jer...




Lokasi : Ban Pecah ,Kerian Perak

Edisi kali Bahulu hanya pamer gambor aja...tak ada story nak  terbitkan lagii
hayatilah .......sedalam-dalam dan seluas-luas bagai lautan tooo

Sunday, February 20, 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !

As Salam...kali nii Bahulu nak join Segmen SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !
Boleh di katakan mana2  Blogger yang Bahulu singgah mesti ada link Nii Ben Ashaari dan  header nii jugakk 
 Termasuk Bahulu.com  sebagai Blogger Baru


untuk minggu nii dah banyak segmen   En Ben Ashaari 
buat Bahulu pun ada join jugakk .Ini dah memberi  kemajuan  dah  ala2 wartawan tv pulakk
Apa lagi kita Zaaasss jer......

Saturday, February 19, 2011

Segmen Bloglist Jom Kejar Tok Esah



As Salam..kali  ni Bahulu join bloglist dari Tok Esah,
1 time   Bahulu.com   terjebat dalam dunia blogger
masuk merayau-rayau ,maka tersesat  kat blog Tok Esah,
apa lagi dah terpikat dan tertarik.
@dapat jugak tambahkan ilmu2 untuk memantapkan


Bahulu.com
 
Nak disimpulkan blog tok Esah nii  baik dan amat sesuai untuk buat bahan-bahan rujukan..hehehe 
dah macam library pulakk
Apa tunggu lagi KLiK jer  Tok Esah..
ada PerCaya ka??
Vroooommm

Pemakan kuih bahulu + karipap telur

Tajuk :karipap telur
Tuan@Puan empunya : deeja
 


Catatan kedua tuk ari nie....Ari nie nak citer pasal masak memasak je.Bukanlah rajin sangat pon memasak tapi memng dah kena masak.Buat camne pon,memasak tu dah jadi satu tanggungjawab buat aku.Sedap ke tak sedap tu belakang citer.Tapi,percayalah...anak2 mesti cakap apa yg mama diorg masak tu sedap meskipon owng len cakap...huh,cmni kata sedap.Air tangan ibu tu satu anugerah,sentiasa sedap je meskipun masak telur goreng....

 sedapkan....kalau nak sesedap lagi KLIK jer DeEJa

Friday, February 18, 2011

SEGMEN KHAS BAWAH 100 FOLLOWER ?



jom kita tengok apa cerita Ben Ashaari
Vrooom,ping,pong

DOA NABI ALLAH YUNUS


DOA INI AFDALNYA DIBACA 11 KALI KETIKA SUJUD SEBAIK SELESAI SALAM SEMBAHYANG FARDHU. KEMUDIAN MOHON DOA KEPADA ALLAH.
INSYA'ALLAH. TAWAKKAL... BUKANKAH ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGASIHANI.

DOA NABI YUNUS... memang AJAIB

Assalamualaikum,

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat..saya memang rajin membaca ayat ni malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. sesapa yg susah hati, tkena buatan atau apa
penyakit sekalipun, bagitau ayat ini dan rajin2 ler baca ayat ni setiap masa.. memang miracle...saya dah test..bukan tipu tau..tapi memang betul. Disebabkan saya tak tau banyak ayat yang power, saya hanya hafal ayat ini sahaja. Alhamdulillah..memang power ayat ni. Sangat2 miracle.

Doa Nabi Allah Yunus semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun...

"LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN"

(Surah Anbiyak)

 artikel ambil dari Blog Tok Wan,terima kasih daun keladi..




Thursday, February 17, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa.....

 Ahaaa...ada ingat ke??


video

..layan sikt ajer..buat penambah perisa



Salah satu dialog yang popular dan penuh pengertian dari filem Seniman Bujang Lapok lakonan Aziz Satar, S.Samsuddin dan P.Ramlee;
“Nama saja orang Melayu, sikit adab pun tak tau. Orang ada ke panggil hoi, hoi, hoi. Saya ni apa? Batu ke, kayu ke?”
“Alamak, Benggali tu bahasakan kita da…”
“Memang betul dia cakap, engkau tu mana ada bahasa, panggil orang hoi, hoi, hoi. Bahasa menunjukkan bangsa tau!”

orang melayu kaya dengan budi bahasa,sopan dan banyak lagi...oleh  jangan kita mudah lupa..dengan  sedikit pujian yang di terima
bak kata Tun ( bekas PM) "melayu mudah lupa"
...kekadang Bahulu pun jadi pelupa juga...hehehehe

Wednesday, February 16, 2011

Menarik ,Tertarik and Boom....










Dah Pandang@Jeling bagaimana......Sebenar Bahulu sangat terpesona  dengan teknik  kertas dan fotografi
di cantum menjadi 1.
nak tahu banyak lagi , klik cisdel
Vrooomm ,ping,pong

Tuesday, February 15, 2011

Err .. Hye .. Saya Blogger Baru.....


Ni  berita baik untuk Blogger Baru.....macam Bahulu,
bukan apa untuk tambah teman-teman ....untuk maklumat lanjut
klik jer kat sini   Ben Ashaari...
senang kan...apa tunggu lagi.
Zasssssss



1 Malaysia 1 Ummah.....Tema Maulidur Rasul 1432

As Salam   Maulidur Rasul 1432
 Bahulu bersyukur negara kita  masih  aman makmur jika  dibandingkan dengan negara-negara yang lain,kian bergolak @rakyat dah tak tentukan arah tujuan,ekonomi,politik dan yang sekutu nya, pun jatuh..siapa yang susah.....Fikirkan sendiri yer!!!!
 Marilah kita bersama  memperbanyak kan
selawat keatas
Nabi Muhammad s.a.w..



Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam

Tola'al Badru 'Alainaa
Min Thaniyaatil Wadaa'ii
Wajabas Shukru 'Alainaa
Maa Da'aa Lillaahi Daa"ii
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Ayyuhal Mab'uthu Fiinaa
Jiktabil Amril Mutoo'i

Anta Ghauthuuna Jamii'a
Yaa Mujammal Lattibaa'i
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nuurun Fauqo Nuuri
Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nuurn Fauqo Nuuri
Anta Ikthiiruw Waaghooli
Anta Misbaahus Suduuri
Anta Ikthiiruw Waaghooli
Anta Misbaahus Suduuri
 

Monday, February 14, 2011

Friday, February 11, 2011

Bahulu dan Lontong.....

Jumaat penghulu segala hari ..  apa nak Bahulu contengkan...............hari nii ,
Ahaa ni dia ..Lontong@Sayur Lodeh kata org2 seberang selat melaka.
Sejarah nya bermula....Selepas Bahulu ber rumahtangga sejak 12 tahun yang lalu ,berbagai-bagi cabaran dan dugaan di lalui sepanjang masa lepas....jeng,jeng,

Dulu2 Bahulu  tak berapa nak makan lontong ni...Tapi disebabkan  kekasih hatiku dia rajin dok wat lontong akhirnya dah jadi feveret bahulu sekarang ni.Ni pun di buat atas permintaan Bahulu ,too yang si isteri masakkan buat si suaminya. ..hehehe.Resipi ni dapat dari Tokngah belah isteri yg dok kat Tanjung Karang, Selangor tu.Lontong yg dia wat memang sedap.tapi yg isteri buat lagi sedapp@ ori  hihihi....Tak  sama macam yang jual kat kedai-kedai.
Sayur Lodeh buatan kekasih hati ku


Resepi nya...Bahulu kongsikan bak kata pepatah  "

..ilmu hak Allah, buat apa kita nak kedekut kan. Jika ditakdirkan esok atau lusa kita mati adakah ilmu tu nak kita bawa kelubang kubur? Tentu tidakkan...jadi memang benarlah ilmu itu hak Allah dan kita semua boleh kongsi...ni.. pepatah Bahulu ambil dari blog Tok Wan.

Bahan2 nya ...


1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 2 biji buah keras dan jintan manis / putih (dlm 2 sudu besar-Deeja suka rasa jintan yg lebih) diblender.Sukatannya ikut kesedapan masing2, ni contoh wat ni untuk dlm seperiuk sedang
 
Kemudian, tumis bahan blender tadi.Kalau tak tumis pun boleh.Lepas tu masukkan air dan bahan sayur sprt ... tempe, tauhu, fucuk, suun, kobis, bunga kubis, carot, kacang pin dan sekutu dengannya. (Ikut suka kita le nak letak apa pun boleh .tak jadi hal ). Kemudian masukkan udang atau ikan bilis.Masukkan santan, garam dan sedikit serbuk kunyit.Biar sampai mendidih.Kemudian leh angkat .....


Yang ni nasi impit beli  je.kalau Tokngah, dia wat sendiri balut ngan daun pisang. lagi kaww .Di zaman nii kita nak cepat dan mudah ,, beli je yg segera, balik rebus....kemudian telan.








Macam tulah cara2 nak wat lontong.Nak lebih kow ..... kenalah ader sambal kicap.Kalau xde sambal ni, rasa cam tak cukup sempurna rasanya.




Lepas too apa nak tunggu lagi....Makan Time
Zaaaassssssssssss

Thursday, February 10, 2011

Bahulu dan Semut Api....

 Semut..oh semut ,  Bahulu snapkan beberapa  keping gambar,meh kita layan fenomena alam ciptaan Allah.   Setiap makhluk ada fungsi@tugas masing-masing.Kita manusia sebagai pentadbir alam nii harus peka pada setiap makhluk....







Wednesday, February 9, 2011

Bahulu dan Kerinduan

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

RINDU.....??????


Apa ada dengan rindu???

Rindu...pada siapa????

Sesiapa saja pasti rindu,rindu pada kekasih,rindu kepada ibu bapa,rindu pada keluarga,rindu pada kampung halaman,rindu pada sahabat handai....

TAPI......

Adakah kita pernah rindu pada Allah dan juga Nabi junjungan kita????

Siratun Nabi


Sungguh mulianya pekertimu
Sinar bercahaya di wajahmu
Kaulah Nabi kekasih Allah
Kau jadi insan pilihan

Demi umat rela berkorban
Jiwa dan raga kau taruhkan
Demi Tuhan kau tempuhi
Dugaan dan cabaran

Ya Rasulullah?

Tika mula kau menerima wahyu
Hatimu resah tiada menentu
Khadijah mengukir kata-kata
Bahwa kau Rasul buat seluruh umat
(Bahwa kau Nabi buat seluruh umat)

Bila kau hampir memejamkan mata
Lidahmu basah menyebut ummati
Kasih sayangmu tak bisa digambar
Hanya selawat pengikat kasih

Sumber http://www.hijjaz.com.my

Monday, February 7, 2011

Bahulu dan Gula

Bah pepatah melayu "semut mati kerana Gula "....cuba kita lihat gula-gula yang tersembunyi , nampak kan....@kuih bahulu tak leh  makan lebih-lebih banyak Gula jugakk ,  too yang naik gebu......hehehe

moral off story :  kurangkan gula , seperti dalam  iklan dalam tv  cakap   "1 sudu dah cukup"
Zaaaasssssssssss


Sunday, February 6, 2011

Bahulu dan gambar klasik

Lokasi : Stesen keretapi Bukit Merah




            Nii gambar Bahulu ambil sebagai koleksi ,bukan aper stesen nii dah tak di gunakan lagi nak bagi laluan pada projek landasan berkembar ke Padang Besar.Kemungkinan bakal di runtuhkan tak lama lagi....
dulu..tempat menang sibuk ala-ala pekan koboi....masa berlalu terlalu pantas,kini semua tinggal kenangan jerr.

Saturday, February 5, 2011

Bahulu pergi meronda.....

Sabtu.....
Tempat....Sekitar Taiping

Suasana pagi ni cerah dan terang.Pe aktiviti..???Asyik kat hotel,boring gak kan....Jom ikut Bahulu g jalan2 sekitar Taiping,area Kuala Sepetang.Kuala Sepetang sebuah perkampungan nelayan.Terkenal dengan pokok kayu bakau.Di situ jugak terdirinya sebuah kota lama iaitu,Kota Ngah Ibrahim.Lagi...lagi...???Bab makan,dah tentu Mee Udang...pernah masuk majalah3..too yg ramai bebenor orang maii pekene..




Taraaa...inilah Mee Banjir Udang tu.....rasa ok lah..boleh tahan.Bahalu.. order mee yg udang laut.Rege dalam rm10 je.Yg rm12 pun de.kalo udang biasa dalam rm6 je...
notis..kalau time cuti-cuti  servis dia orang lambat bebenor..coz ramai pelanggan kata kan..lupa pulak nama gerai niii gerai mak teh mee udang.sekarang semua gerai2 kat situ dah tukar nama semua berasas kan udang......Vroooooom,meh Bahulu bawa pi muzium pulak




pemandangan sekitar Kota Ngah Ibrahim




mahkamah  British dimana Ngah Ibrahim di bicara kan


pemandangan dari muka pintu...sambut pelawat ,Selamat Datang Ke Kota kuu



semasa era bijih timah.....too yang tercetus nama TAIPING@dlm bahasa cina keamanan



 Replika  Bilik pegawai British,semasa pemerintahan British.



 Replika  Bilik pegawai Nippon,semasa pemerintahan jepun lerr



Ok....sambung citer tadi....Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4Feb 1895,kota ni diletak di bawah pentadbiran Inggeris sehingga dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang(1913-1922).Lepas tu dijadikan Sekolah Melayu(1923-1941).Semasa zaman pemerintahan Jepun(1942-1945)dijadikan sebagai Markas Tentera Jepun.Bila Jepun menyerah kalah ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu.Kini dijadikan Muzium Matang....masuk free jer siap bole snap gambor lagii....





ni pulak kat hutan paya bakau matang...boleh lihat pokok2 bakau jerr..bagi yang minat bole booking bot,leh ronda2 .






Ok .lah,..meh lawat taiping kot2 teringat..nanti Bahulu sambung ngan story lain pulakk...Zassssssss