klik2 jaa

Showing posts with label Sejarah Am. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Am. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Memori tinggal memori...

 4/7/2011 ..
4 hari sudah berlalu...Bahulu coretkan kisah ini sebagai memori daun pisang di bawah hujan gerimis.
jom kita ikuti kisah nya.....jeng,jeng,trenn.....pon.pin....!!!!!


SUASANA dan pemandangan di sekitar stesen Keretapi Tanjong Pagar pada pagi itu agak luar biasa. Lazimnya, sebaik penumpang kereta api dari Kuala Lumpur yang bertolak pada waktu malam sebelumnya tiba di stesen tersebut, kawasan itu tenang seketika selepas orang ramai menuju ke destinasi masing-masing.
Namun, pada pagi itu hampir kebanyakan meja makan di kedua-dua buah restoran di stesen tersebut dipenuhi pelanggan yang menikmati sarapan pagi sambil berbual kosong bersama teman-teman.
Bahkan, stesen berusia 79 tahun yang menghubungkan dua buah negara jiran Malaysia dengan Singapura itu dibanjiri oleh pihak media,orang ramai dan pelancong yang mahu mengabadikan setiap inci sudut yang ada di stesen tersebut.

Ketika membuat tinjauan di stesen tersebut dua minggu lalu, penulis dapat menyelami kesedihan yang dirasai oleh rakyat kedua-dua negara apabila tren terakhir meninggalkan stesen Keretapi Tanjong Pagar malam ini pukul 10.30. Stesen Keretapi Tanjong Pagar bakal dipindahkan ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) mulai esok.
Keputusan memindahkan stesen Tanjung Pagar itu dicapai pada pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, di Hotel Shangri-La Hotel pada Mei 2010.
Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Kedua-dua pemimpin itu bersetuju tanah yang akan dikosongkan itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat usaha sama Malaysia-Singapura dikenali M-S Pte. Ltd.
Selain tanah KTMB di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands tiga bidang tanah tambahan di Bukit Timah yang kesemuanya berjumlah 271 hektar dan membabitkan landasan sepanjang 20 hingga 30 kilometer (km) akan diserahkan kepada syarikat berkenaan untuk dimajukan.
Antara individu yang paling terkesan dengan penutupan stesen ini adalah Ketua Stesen Tanjong Pagar, Mohd. Ayoub Embong, 49. Sudah enam tahun Mohd. Ayoub berkhidmat di stesen yang dulunya dipanggil Stesen Keretapi Keppel Road.


MOHD. AYOUB mengimbas kad pekerjanya sebelum dia meninggalkan stesen penuh nostalgia ini buat selama-lamanya.


Lelaki berkaca mata yang berdiri di tingkat tiga bangunan stesen tersebut sambil melemparkan pandangan ke arah kaunter tiket berkata :
Selepas 80 tahun, bangunan ini tak berpenghuni lagi. Stesen ini adalah kebanggaan Malaysia di Singapura. Kami telah sebati dengan aura negara ini di Kota Singa.
Emosi terpancar
Kita rasa rugi tapi mungkin ada keuntungannya, ada yang boleh terima (keputusan) tapi ada juga yang tak dapat terima, saya sendiri tak dapat menelah perasaan saya pada hari-hari terakhir nanti.
Beliau termangu di kala diajak bercerita tentang memori berkhidmat di sebuah stesen yang penuh sejarah. Emosinya jelas terpancar pada wajah dan suaranya.
Dalam tempoh enam bulan ini orang yang datang mahu membeli tiket bertali arus. Jika selama ini, ada yang tak ada hati nak naik kereta api, tapi pada hari-hari terakhir, mereka mahukan pengalaman menaiki kereta api, ujar Mohd. Ayoub dengan lontaran wajah penuh kesyahduan.
Petugas kaunter juga lelah melayani barisan pelanggan yang beratur panjang sejak pukul 8 pagi setiap hari tanpa henti.
Hubungan keluarga
Ketika melewati lot kedai makanan dalam bangunan stesen, kami terdengar suara tangisan seorang wanita ketika diwawancara krew televisyen.
Dengar tak, ada orang menangis tadi?, kata seorang peniaga, Noraini Said Paiman, 53. Dia yang terkenal dengan menu signaturnya soto baseball memberitahu, Stesen Tanjong Pagar sangat erat dengan keluarganya.
Sejak kecil, ayah bawa saya ke sini hinggalah saya sendiri buka kedai sejak lapan tahun lalu dan beroperasi selama 24 jam, katanya.

Kerancakan perbualan tergendala tatkala diajukan pertanyaan tentang hala tujunya selepas ini. Memang dah dapat tempat tapi rentaknya tidak sama seperti di sini, ujarnya.
Sambil membancuh teh tarik, Rosnah Mamat, 45, berkata, dia seperti tidak percaya deruan bunyi semboyan kereta api Tanjong Pagar akan berakhir.
Bayangkan kedai M.Hasan dah berusia 40 tahun, staf sudah bagaikan keluarga, pelanggan dah macam kawan, ujarnya yang menghidangkan masakan Melayu seperti soto, lontong, tauhu bakar, laksa Singapura dan nasi lemak.
Akui wanita ini, sehingga kini kedainya masih belum bertemu dengan lokasi baharu. Dakwanya, notis yang diberikan kepada peniaga terlalu singkat.


MOHD. AYOUB mengakui kesedihannya sukar diungkapkan dengan kata-kata kerana Stesen Keretapi Tanjong Pagar ibarat rumah kedua baginya.


Pengusaha Habib Railway Book Store, Seenishahul Hamid, 36, lebih terkesan. Sudah 75 tahun perniagaannya bertapak di pintu masuk stesen. Dia adalah generasi ketiga yang mengurus kedai itu.
Saya ingatkan tak jadi (pindah) dan berita ini ternyata mengejutkan kami semua, sedih tak terkata, ujarnya yang bakal berpindah ke WTCP.
Secara keseluruhan terdapat lebih 10 buah lot kedai yang menghidangkan masakan Melayu dan mamak.
Di sinilah tempat kami melepak dan makan makanan Melayu, lepas ni, mungkin kita boleh lihat bangunan ini dari celah-celah pagar saja, kata seorang rakyat Singapura dikenali sebagai Pak Ya, 50-an kepada penulis.
Selama sembilan tahun, kerani kaunter Stesen Tanjong Pagar, Norhaiza Hadis, 37, menunggu pelanggan untuk membeli tiket.

Bagaimanapun, atmosfera itu berubah selepas pengumuman penutupan operasi kereta api di stesen ini.
Kami dihujani panggilan telefon dan setiap masa kaunter dipenuhi orang ramai, purata jualan sehari mencecah 20,000 tiket, kata Norhaiza yang sudah sedekad bertugas di stesen Tanjong Pagar.
Rakan setugas, Wan Adli Wan Sulaiman, 27, sependapat dengan Norhaiza.
Orang marah-marah pasal tiket satu perkara normal, kami tetap melayan mereka dengan baik, katanya.
Bangunan tiga tingkat yang mendapat sentuhan pengarca tersohor Itali, Angelino Vanette sememangnya sarat dengan penataan seni yang memukau.
Bidikan lensa kamera banyak terarah kepada empat arca figura manusia setinggi 22 meter, menara jam dan lukisan mural yang gah dalam bangunan.
Kita berharap janji untuk menjadikan bangunan ini sebagai warisan kebangsaan ditunaikan, kata seorang jurufoto amatur, Rahmat Raslan, 39.

Hari terakhir di stesen itu cukup merengsakan perasaan. Seakan enggan berpisah dengan stesen yang penuh nostalgia itu kepada rakyat kedua-dua negara, seboleh-bolehnya penulis berharap berdenyut waktu terhenti seketika.
Kereta api merajuk
Bagaikan memahami apa yang terbuku di hati, kereta api Senandung Sutera yang sepatutnya berlepas tepat pukul 10.30 malam itu tertangguh selama dua jam.


STESEN Tanjong Pagar menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan kereta api di kota Singa ini.


Sudah tiga hari berturut-turut kereta api buat perangai, mungkin dia pun merajuk macam kita, kata pemandu pada malam itu yang mahu dikenali sebagai Khairi bertungkus-lumus membaiki enjin yang meragam. Khabarnya, sejak 22 Julai lalu stesen tersebut sudah mulai sunyi sepi selepas masing-masing diarahkan berpindah.

Bahkan, pemandangan pelanggan setia dan penumpang kereta api menjamu selera sambil bergelak ketawa bersama teman-teman melepas lelah selepas waktu kerja di restoran-restoran di tanah Malaysia itu kini tinggal memori. Ketika kereta api terakhir yang membawa penulis dan penumpang dari Tanjong Pagar meninggalkan stesen terasa sebak yang menggamit hati.

Penulis masih berdiri di tangga kereta api sehingga wajah stesen lenyap daripada pandangan. Selepas Pulau Batu Putih, pelabuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Woodlands dan Istana Kampung Gelam di tengah bandar Singapura yang pesat, kita kehilangan Tanjong Pagar. Seperti harapan rakyat negara ini semoga Singapura tidak memadamkan sejarah stesen Tanjong Pagar seperti terpadamnya sejarah Temasik.

kredit : kosmo.news

 
"kita mengejar impian yang tak pasti,maruah sudah tergadai ...demi kejar wang ringgit..segalanya...sudah berakhir ....buat selama-lamanya"

"bila tersedar dari tidur yang panjang...tiada guna nya lagi,biar pun air mata darah sekali pun"

Friday, July 1, 2011

Sejarah tak akan...dapat di ubah

Batu Kerikil landasan Tanjong Pagar jadi cendera hati

SINGAPURA: Pengunjung ke Stesen Kereta Api Tanjong Pagar yang menamatkan operasinya tengah malam tadi, tidak melepaskan peluang mendapatkan apa sahaja barangan di stesen itu bagi dijadikan bahan kenang-kenangan termasuk batu kerikil landasan di situ.


Sejurus selepas tren terakhir yang dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail berlepas, ratusan pengunjung ke stesen itu berdiri di landasan di situ untuk bergambar.
Tidak kurang juga yang yang membawa balik papan tanda, kertas dan barangan lain di stesen berkenaan.
Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut mendirikan beberapa gerai bagi menjual cendera hati rasmi seperti kemeja-t, pemegang kunci, buku, cawan dam poster.

Suasana di stesen terbabit yang memulakan operasinya pada 1932 itu meriah dengan ribuan pengunjung masih enggan meninggalkan kawasan berkenaan walaupun kereta api terakhir berlepas.

Segelintir kakitangan KTMB yang masih berada di stesen itu menjadi tumpuan pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama-sama mereka.

Walaupun tren terakhir sudah lama berlepas, pengunjung masih enggan meninggalkan kawasan stesen kereta api bersejarah itu bagi menunggu detik 12 tengah malam apabila pintu stesen itu ditutup buat selama-lamanya oleh kakitangan KTMB.
Selepas itu barulah mereka meninggalkan stesen berkenaan selepas bangunan, yang sebelum ini sentiasa diterangi oleh pelbagai lampu, buat pertama kali dalam sejarah 80 tahun operasinya, menjadi gelap-gelita buat selama-lamanya.......
'kini bertuan kan orang lain"
.rujukan :BERNAMA news

Thursday, June 30, 2011

Berakhir nya...satu perjalanan....

KAKITANGAN Keretapi Tanah Melayu (KTM), menampal poster pemberitahuan pemindahan Stesen KTM Tanjong Pagar Singapura ditamatkan perkhidmatannya pada malam 30 Jun2011dan akan berpindah ke Woodlands. Orang ramai dilihat mengambil kesempatan mengabadikan kenangan disaat akhir pemindahan tersebut
 
 Gambar-gambar buat santapan minda...tiada kisah selepas ini








detik 30/6/2011 telah pun tiba...maka berakhirnya satu perjalanan yang panjang.....tiada lagi kisah ini yang akan bahulu coret nanti  ....kita hanya merelakan ia pergi buat selama-lamanya..Hanya gambar ini di abadikan buat....coretan sejarah mendatang..... .....
 "Berat mata terpandang, berat lagi bahu memikulnya"

Tuesday, June 28, 2011

Studio Jalan Ampas .......

Studio Jalan Ampas di Singapura yang pada masa satu ketika dahulu tempat paling dikenali . Masa begitu pantas  , maka studio ini akhirnya ditinggalkan dan di biarkan begitu kosong dengan barang lamanya disimpan disana . Keadaan tidak ubah seperti  di negara kita. Studio ini membawa kita mengingati mengenai filem 'Seniman Bujang Lapok' lakonan Allayarham Tan Sri P. Ramlee, Aziz Satar dan juga Samsuddin.
kini segala..hanya dalam lipatan sejarah buat peminat filem2 melayu...............filem melayu era itu kini bagai permata berharga buat kita semua........
Jom kita hayati gambar2 nya........"kau lah satu,satunya..diantara berjuta "


foto:pakcik google

Sunday, June 5, 2011

Malayan Railway at Bukit Timah, Singapura

Part of Singapore and Malaysia's joint heritage is soon to become history. The trains stop in July 2011, and the Malaysian railway land, an oasis of nature and birdsong, will be taken over by Singapore.

hanya tinggal memori.....dalam lipatan masa,kebanyakkan corak kehidupan di stesen KTMB adalah sama  kira di mana tempatnya contoh ipoh,kl,taiping ,johor .....








selepas ini tiada lagi  kibaran Jalur Gemilang di sini
jika Anda mahu merasa makanan  Malaysia di bumi yang pernah di langgar Ikan Todak...cepat sementara masih belum ditutup,kelak jijit jari kaki dan tangan jea..Bahulu tak merasa ler nak ke sana.......



Tanah Melayu last Heritage.....part2

Tanjong Pagar - Tanah Melayu last Heritage

 A lot about this place and we want to be the witness of the existence of this building...after July 2011 this building will be demolished and redeveloped. For whatever reasons, I simply can't think of any reasons why it was decided and concluded in such manner. The pride that will be forgotten by the world and mainly Malaysian who don't even have the opportunity to step in Singapore just yet and what more to see this building located at the end of 2 rails connecting two countries. 
Tanjong Pagar Warisan Terakhir Tanah Melayu
Extracted from an article written by Ku Seman Ku Hussain

- Mulai Julai 2011 stesen Tanjong Pagar tidak lagi beroperasi. Perjalanan keretapi dari negara ini akan berakhir di Woodlands yang jaraknya lebih kurang 30 minit perjalanan dengan keretapi ke Tanjong Pagar.

- Sepasang landasan dibina melunjur membelah Singapura dari utara ke selatan.

- Tapak Stesen Tanjong Pagar mempunyai keluasan 32 hektar milik KTMB. Terletak di Keppel Road, dibina pada 1932 dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.

- Stesen Tanjong Pagar ini dibina untuk menggantikan stesen keretapi Tank Road yang dibina pada tahun 1903 dan merupakan terminal keratpi pertama di Singapura.

- Keunikan Tanjong Pagar adalah hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi dihujung benua Asia. Walaupun berada di tengah-tengah negara Singapura, stesen Tanjong Pagar adalah pintu masuk ke negara Malaysia bagi mereka yang memilih menggunakan perkhidmatan keretapi.

- Stesen ini juga menjadi kelangsungan pada sejarah awal perkhidmatan keretapi ke Singapura. Ia bermula apabila Sultan Johor ketika itu, Sultan Abu Bakar menerima permintaan British untuk membina laluan kereta api dan pembinaanya dirasmikan pada 1909. Apabila berakhirnya riwayat Tanjong Pagar sebagai sebuah stesen, ini bermakna Tanjong Pagar juga menjadi penutup perkhidmatan kereta api di Singapura.

- Pembukaan Tambak Johor pada 28 Jun 1924 menjadi pemangkin kepada perkhidmatan kertapi yang menghubungkan Singapura dengan negara ini. Stesen penuh sejarah ini menjadi suatu yang sering mengusik "keamanan dan persefahaman" Malaysia dan Singpura. Akhirnya terusir juga sebuah stesen kereta api milik Malaysia yang membelah republik itu.
- end of article-

Kebiasaanya, apabila sesuatu tempat itu dikatakan sebagai peninggalan sejarah, tentu ada sesuatu yang menjadi tanda ingatan untuk tatapan kunjungan ramai sebagai contoh muzium, bangunan, tugu/monumen dll. Namun tidak bagi stesen Tanjong Pagar dimana ianya akan diroboh sama sekali. Tiada apa lagi yang dapat disaksikan melainkan penbangunan baru yang tentunya tidak mempunyai ciri-ciri senibina yang membawa identiti Melayu. Secara peribadi, walaupun perjanjian dan persefahaman telah dimeterai, namun setiap rakyat Malaysia tentunya akan terasa kehilangan sesuatu yang sangat sukar digambarkan.

Setibanya kami di stesen Tanjong Pagar, kelihatan satu bangunan yang kelihatan masih kukuh dan tersergam dengan senibina bercirikan identiti Melayu. Namun suasana sekeliling agak suram dan ibarat retak menanti belah. melihat bangunan yang mencatatkan pelbagai sejarah dan nostalgia.

                                           kekal sebagi bahan sejarah ,kata pihak singapura



Actually here... it's located outside the building.

I ate the mee rebus




note :foto dan artikel dari pemilik  nurlinidris ,terima kasih ,foto2 yang amat berharga kelak...dah jadi milik orang.Seni bina sangat unik dan menarik dan sedutan dari segmen di berita tv3 semalam 4/6/2011 salah seorang petugas KTMB nyatakan bahawa hati menangis bila terkenangkan stesen tersebut....tiada nilai yang mampu di bayar .
Bahulu rasa bagai permata yang hilang selepas Pulau Batu Putih ,satu persatu milik kita terlepas ke tangan lain ,tangan lain itu sentiasa guna,ambil dan cari peluang tanpa kita sedar.

Sunday, May 29, 2011

Pangkalan TUDM Sg. Besi..Permata Negara

Pangkalan TUDM Sg. Besi

   
             Saat Manis pada Ogos 1956 oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Rentetan Sejarah yang Panjang
FAKTA  

Ia merupakan sebuah pengkalan tentera udara yang agak strategik kerana terletak hampir dengan Kuala Lumpur. Selain Sungai Besi, ibunegara juga dihimpit dengan lapangan terbang tentera di kawasan Kampung Melayu, Subang.
salah satu dari landasan udara ini mesti dikekalkan kerana dalam peperangan atau bencana, ia akan menjadi “life line” kepada penduduk warga ibukota

Walaupun ia strategik pada satu ketika dahulu tetapi kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan lebuh raya dan ibunegara bakal membenarkan macam-macam perkara untuk berlaku seperti sabotaj dan hal-hal kecemasan lain yang mungkin membahayakan kedudukan penempatan disekitarnya.


Kedudukan lapangan terbang yang terbuka, hampir dengan masyarakat am serta laluan utama negara membolehkan sebarang aktiviti pemantauan terhadap lapangan terbang tersebut dibuat dengan mudah

Dipercayai terdapat bunker atau terowong bawah tanah yang menghubungkan Istana Negara dengan pengkalan udara tersebut.


 


NOTA

Pangkalan TUDM adalah lapangan terbang pertama di negara ini diisytiharkan bertaraf antarabangsa pada 1 Ogos 1956 oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nilai sejarah yang amat bermakna pada Negara Malaysia.
Bahulu amat cintai sejarah..Selepas Pulau Batu Putih,Stesan KTMB Tanjung Pagar Singapura..kini bakal menyusul  TUDM sg besi pula,lepas ini apa lagi nilai-nilai sejarah bakal hilang di BUMI MALAYSIA.

                                       

                                       PANGKALAN  TUDM Sungai Besi  bakal dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan.
Kata PM:
 Datuk Seri Najib Razak hari ini menamakan kawasan Sendayan di Negeri Sembilan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan pangkalan TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
 
Kata Menteri  :
Di MUAR, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan akan memajukan semula pangkalan TUDM Sungai Besi, sebagai pusat komersial termasuk pembinaan perumahan golongan berpendapatan rendah selepas pangkalan itu dipindahkan ke Sendayan.









Saturday, May 14, 2011

Khazanah yang Hilang,Stesen Kereta Api di Tanjung Pagar,Singapura




Kini segala-galanya..hanya kenangan,dulu kita lah tuan tanah...kini sudah berpindah milik pada Singapura.
Mereka telah lama impikan tanah tersebut.Tapi apakah daya .....sejarah tak akan dapat di ubah
Bahulu sebagai rakyat biasa hanya mampu...meratapi kehilangan nya..





STESEN KTMB Tanjung Pagar di Singapura dikekalkan sebagai monumen kebangsaan.




Kerajaan Singapura akan mengekal dan memelihara bangunan stesen kereta api di Tanjung Pagar dan Bukit Timah di sini kerana kedua-duanya mempunyai unsur sejarah yang signifikan.
Untuk tujuan itu, Majlis Pemeliharaan Monumen (PMB) mewartakan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tanjung Pagar sebagai monumen kebangsaan manakala Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mewartakan Stesen Kereta Api Bukit Timah sebagai bangunan yang dipulihara, kata pihak berkuasa terbabit dalam satu kenyataan semalam.
Ketika pemukiman pada 24 Mei tahun lepas, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan rakan sejawatan dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjung Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.
Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju agar bangunan stesen kereta api di Tanjung Pagar dan Bukit Timah dipulihara atas faktor sejarah.
Dengan perpindahan Stesen KTMB Tanjung Pagar ke WTCP pada 1 Julai ini, kedua-dua stesen terbabit akan berhenti beroperasi sebagai stesen kereta api.
Pengarah PMB, Jean Wee berkata, pewartaan stesen kereta api itu adalah untuk mengiktiraf keunikan struktur dan kewujudannya sebagai stesen kereta api utama di Singapura.
Beliau berkata, sejak 80 tahun lepas, Stesen KTMB Tanjung Pagar menjadi satu-satunya nadi pengangkutan kereta api yang menghubungkan Singapura dan Malaysia.


“Stesen itu akan terus menjadi mercu tanda sekalipun penggunaannya berbeza, sebagai mencerminkan keutuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan juga rakyatnya


note : gambar2  Stesen KTMB,singapura akan di pamerkan  kelak..tungguu

Thursday, May 5, 2011

Khazanah terindah buatan manusia abad lalu



Senarai 12 Kota Bertembok Tercantik Di Dunia


Sepanjang sejarah tembok kota dibuat sebagai perlindungan dari musuh.kota-kota bertembok hanya boleh dimasuki melalui pintu gerbang kota yang selalu ditutup setelah jam tertentu setiap malam.Hari ini tembok kota tersebut menggamit seluruh pelancong untuk melawatnya.berikut senarai 12 kota bertembok tercantik di dunia....lihat dan hayati bersama memorinya.




12.York,Inggeris
11.Harar,Ethiopia timur-Afrika
10.Toroudant,Maroko
9.Toledo,Sepanyol
8.Pingyao,Cina
7.Obidos,Portugal
6.Xi’an,Cina
5.Itchan Kala,Uzbekistan
4.Avila,Sepanyol
3.Carcassone,Itali
2.Jerusalem,Palestin
1.Duvronik,Crotia
Kredit for : Fcukz.co.cc

Sunday, March 13, 2011

Banana Island @ PULAU PISANG..........the siri

 Pulau pisang..bukan lah banyak pokok pisang kat sini....tapi sebuah pulau yang terletak di NEGERI  JOHOR










 kini masih lagi di bawah  jagaan Singapura...siap ada senjata api
 Hak orang pun Singa too buat macam hak sendiri...nak tumpang jeti pun jangan harap @apa tah lagi nak masuk dalam kawasan too....alamat berperang besar!!!!!!









Pulau Pisang

Pulaulah Pisang…
Pulau Pisang Rumahlah Api Sayang
Pedoman Kapal Belayar Malam
Sebelum Ajal Berpantang Mati
Walaupun Tercampak Dalam Lautan Dalam
Pedomanlah Kapal
Pedomanlah Kapal Belayar Malam Sayang
Sarat Bermuat Buah Keranji
Walau Tercampak Lautan Yang Dalam
Tidakku Lupa Segala Janji






.pulau yang unik, Hatta tak hairanlah   Jiran kita@singapura...amat berminat untuk mendapatkan pulau itu.....

Pernah beberapa tahun yang lepas...singapura kibarkan BENDERA singapura di Pulau itu..Pihak malaysia telah meminta mereka turunkan bendera mereka..



ikuti....laporan ini.


 


Dalam BHarian 10/03/2011 - Warga asing ceroboh Pulau Pisang, saya berkesempatan membaca berita pencerobohan dan kecurian pokok karas (gaharu) oleh warga asing di Pulau Pisang. Berita penuh:

PONTIAN: Pulau Pisang yang berkeluasan 400 hektar dikesan menjadi tumpuan pencerobohan warga asing untuk menebang pokok karas yang tumbuh meliar di situ, semata-mata mendapatkan gaharu yang dihasilkan tumbuhan itu kerana mempunyai nilai pasaran tinggi sehingga mencecah RM20,000 sekilogram.

Pencerobohan itu disedari penduduk dan nelayan tempatan baru-baru ini dan tinjauan Berita Harian semalam mendapati lebih 10 pokok karas ditebang serta diambil gaharu tumbuhan itu, manakala sisa pokok itu ditinggalkan menyebabkan kerosakan spesies flora dan fauna yang ada di pulau terbabit. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, berkata siasatan mendapati kumpulan lelaki terbabit memasuki kawasan negara ini secara haram.

Awal bulan lalu, polis menahan sekumpulan warga asing berusia 29 hingga 47 tahun ketika cuba mencuri hasil pokok terbabit di Pulau Pisang, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran. Nelayan, Kamal Othman, 39, berkata, tindakan sesetengah pihak menceroboh pulau itu bagi mencuri hasil tumbuhan sesuatu yang merugikan dan perlu dihentikan segera.

“Kesannya akan dilihat dalam tempoh jangka panjang apabila berlaku kepupusan pokok dan hidupan liar.  Pokok karas yang ditebang itu juga boleh menyebabkan hakisan permukaan tanah ketika hujan. Ini secara tidak langsung memusnahkan seluruh ekosistem pulau ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Pontian, Mohamed A Karim berkata, Pulau Pisang tanah milik kerajaan negeri menyebabkan segala khazanah di pulau itu tidak boleh diceroboh. Mohamed mengakui pulau terbabit belum dibangunkan walaupun sudah menerima kunjungan pelancong tempatan dan asing yang mahu berehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Ketika ini ada penduduk tempatan yang mengusahakan kelong di perairan pulau ini serta menanam pokok buah-buahan di pulau terbabit terutama termasuk mangga dan kuini.

Di manakah terletaknya Pulau Pisang?


Sedikit masa dulu, pulau ini pernah disiarkan dalam Majalah 3 di TV3. Pulau Pisang adalah pulau yang tidak dihuni, di mana penduduk asalnya telah berpindah ketanah besar di Pontian, yang tinggal hanya dusun dan perkuburan yang tidak terjaga, ia terletak di perairan Pontian Johor dan jauh daripada Singapura.

Menurut sumber , anggota TLDM pernah ditugaskan untuk memantau kehadiran petugas rumah api warga Singapura di Pulau Pisang. Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut?


Adakah Jabatan Laut tidak berupaya untuk mengawal selianya?

Menurut salah seorang anggota TLDM itu, selama penugasannya di pulau itu, anggota TLDM tidak dibenarkan memasuki persekitaran rumah api, malah menggunakan jetinya juga dilarang apatah lagi memasuki ke dalam rumah api. Maka sepanjang tugasan mereka di sana, mereka hanya memerhatikan dari jauh warga Singapura keluar masuk secara bebas ke pulau tersebut.

Sedikit masa dulu, kemenangan Malaysia ke atas kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan adalah atas dasar pembangunan dan kawal selia Malaysia di pulau tersebut, begitu juga kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura juga atas alasan yang sama.

Tidakkah kerajaan Malaysia berasa risau dengan kedudukan Pulau Pisang yang mungkin akan dituntut haknya oleh Singapura pada masa akan datang? 


Jika tidak dituntutnya sekarang, siapa tahu 50 tahun akan datang mereka akan menuntut hak ke atas pulau itu?


Tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh pun dilakukan setelah puluhan tahun ia mengawal selia pulau tersebut. Ada atau tidak perjanjian antara Malaysia dan Singapura yang jelas menyatakan bahawa kehadiran Singapura di Pulau Pisang hanya mengawal selia rumah api sahaja?

Apa perlunya mereka mengawal selia rumah api di atas tanah yang bukan milik negara itu?


Jika mereka dilantik untuk mengawal selia rumah api berkenaan semasa Tanah Melayu di bawah jajahan Inggeris, apa perlunya kita terus benarkan mereka berada di dalam kawasan kita setelah merdeka?

Tidak adakah para penasihat Kementerian Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera tidak sedar akan perkara ini?


Tidakkah ada yang terfikir, sekiranya berlaku konflik antara Malaysia dan Singapura, dengan mudah mereka boleh menempatkan pasukan elitnya di pulau ini.

Mahukah kita melihat sebuah lagi pulau terlepas ke tangan orang lain?


Harap-harap tidak ada kejadian pisang berbuah dua kali. Kita pernah menggadaikan kedaulatan wilayah kepada pihak yang berada jauh dua kali ganda jaraknya daripada kita, perlukah kita melihat sejarah berulang kembali


 Fakta ::


Nearest Town or City:Pontian Kechil, Johor Malaysia
Location:Island in the Strait of Malacca.
Managing Organization:Maritime and Port Authority of Singapore
Notes:The
island is in Malaysian territory, but under an agreement signed in 1900
with the Sultan of Johor, the Government of the Straits Settlements was
granted the right in perpetuity to the plot of land on which the
lighthouse stands and to the roadway leading to it, as long as the
Straits Settlements operated the lighthouse. Today, that responsibility
falls to the Maritime and Port Authority of Singapore. The access of
Singaporean workers to the lighthouse has been a subject of contention
in recent years.
Tower Height:53
Description Tower:White, circular metal tower.
Operational:Yes
Date Established:1914
Date Present Tower Built:1914
Current Use:Active aid to navigation.
Characteristic Range:White flash every 10 seconds, visible for 20 nautical miles.
Height Focal Plane:493
National Register:No
Alternate Name1:Banana Island Light
Country:Malaysia









SUMBER : berita harian &Badan Peguam

laporan  dari  Bahulu.com 

note otak : bahulu...amat minat Sejarah
tanpa sejarah dulu...tiadalah kini @SEJARAH LALU TAK DAPAT DI UBAH..

SALAM SAYANG SAHABAT

   Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan pe...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...