Jom Baca

Tuesday, November 5, 2013

Maal Hijrah 1435

“Peristiwa hijrah memperlihatkan contoh betapa pentingnya dilakukan anjakan pemikiran dan menerokai idea baru dalam mencipta kejayaan lebih gemilang.
“Sesungguhnya dalam peristiwa hijrah itu, Rasulullah SAW telah mempamerkan satu contoh pemikiran lateral, anjakan paradigma yang mampu menampakkan momentum perubahan yang dilaksanakan,” 
01 muharram 1435H....
As-salam Maal Hijrah 1435 dan hari ini ulangtahun perkahwinan Aku dan Isteri selama 14thn layari rumahtangga .Tanggal 05 november membawa perubahan dan tanggungjawab dunia dan akhirat kelak.

***  “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 


Bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang diharapkan ingatlah dan senyumlah, manusia merancang dengan cita-cita tapi Allah merancang dengan cinta-Nya.Hijrah memerlukan seribu satu pengorbanan .





No comments: