31 ogos 1957 tarikh keramat buat Rakyat Malaysia dan telah memasuki usia 56 tahun..BS berbangga menjadi Warganegara Malaysia yang cintai kan keamanan . Perpecahan yang telah berlaku di Negara Arab* hari ini memberi gambaran jelas bahawa perbalahan akan mengundang malapetaka pada negera yang sekian lama terbina. Merdeka lah kita pada zahirnya...tapi jiwa2 generasi hari ini kian tersasar Dari nilai2 erti sebuah kemerdekaan! Merdeka...merdeka
"Sayangi Malaysia"
AS-salam, Terima kasih ALLAH
Melayu itu tenang, mencintai kedamaian, menyukai kecantikan.
Melayu itu bertunjangkan Islam, berpohonkan Sunnah, berbuahkan akhlak.
Melayu itu adil, pemegang kebenaran berpegang kepada kesatuan.
Melayu itu pandai, berilmu, rajin, gemalai berbahasa.
Melayu itu kerana santunnya, budi pekertinya, budayanya, adatnya.
Melayu itu bertindak, pantang dicabar, menghapus musuh, mengkeji keburukan.
Melayu itu pejuang, melayu itu pedagang, melayu itu gigih di bendang.
Melayu itu berkata, “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah. Daulat Tuanku.
Melayu itu penyabar, pantang dicabar.
Melayu itu beradab, jangan disentap.
Melayu itu bangsa dan negara.
Melayu itu dalam setiap kita, mengalir darah pejuang mengalir darah perwira,
Jangan lemah diri dijajah persepsi minda menikam jiwa bangsa.
Melayu itu jangan lupa, jangan sejarah lama berulang serupa.
filem2013 ogos 29@Tanda Putera
nota kaki
* Negara Arab terbabit Mesir yang bergolak tiada kesudahan ,Syria di hantui Senjata kimia yang mengakibatkan kematian dalam jumlah yang besar tanpa di sedari.Iraq yang telah hancur di anasir barat.
Palestin umpama penjara dunia terbesar segala genap aspek di kawal oleh Zionis .
*hari ini anasir luar kian ingin menghampiri Malaysia , tanda2 yang telah kelihatan..hak2 kebebasan Asasi slogan yang di laungkan umpana jarum2 halus buat rakyat malaysia yang berbilang bangsa dan memerlukan antara satu sama lain.
2 comments:
Alhamdulillah negara kita ni aman kn =) Salam Kemerdekaan..
terimakasih bro..
kerana post sebelum ini.
terimakasih..
salam merdeka..
Post a Comment