hak niii tak berapa nak cantik versi lama ,ala2 cup70 kenapa tak di satu bersama-sama lampu brek dan signal...seperti versi wave110 sebelum niii. |
sisi tepi pun okey...menarik |
pandangan depan okey |
Boon Siew Honda Sdn Bhd hari ini melancarkan Wave 110 serba baru yang menawarkan standard lebih tinggi, berkuasa dan cekap bahan api. Sekali gus menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih baik kepada penunggang motosikal. Ia dibina berdasarkan kepada nilai-nilai Honda dan kejayaan Honda Wave 100 yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 dengan jumlah jualan mengagumkan mencecah 274,000 unit. Wave 110 serba baru direka untuk menggembirakan pengguna motosikal yang semakin bijak memilih. Di samping mereka yang mengutamakan nilai tambah dari segi prestasi, penjimatan petrol serta bergaya.
Wave 110 serba baru padat dengan ciri-ciri bernilai tinggi yang menjadikannya motosikal ÒSatu Untuk SemuaÓ. Ia juga menawarkan keseronokan menunggang kepada lebih ramai pengguna. Berucap pada majlis perasmian, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada berkata, “Dengan slogan iklan “Satu Untuk Semua” atau “One for All”, Wave 110 serba baru memenuhi kehendak penunggang hari ini yang mahukan lebih nilai. Kami yakin bahawa Wave 110 serba baharu mampu menawan hati pengguna dengan kualiti pengendalian terbaik. Di samping ciri-ciri dengan nilai tambah yang baru.”
Sejak diperkenalkan ke pasaran tempatan, Wave terus popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana praktikaliti, penjimatan bahan api dan prestasinya yang dinamik. Kunci kepada kejayaan kami adalah kepuasan pelanggan. Di Boon Siew Honda, kami sentiasa menawarkan para pelanggan dengan keseronokan dan kepuasan terhadap produk kualiti global. Pelancaran Wave 110 serba baru membuktikan usaha berterusan kami untuk meningkatkan kualiti produk kami. Menerusi Wave 110 serba baru, kami telah meningkatkan aspek inovasi dan teknologi sebuah motosikal. Wave 110 serba baru merupakan pilihan ideal untuk semua orang yang mahukan lebih daripada sebuah motosikal. Ia hadir dengan enjin yang telah ditambah baik, ciri keselamatan termaju, serta lebih tahan lasak dan berpenampilan moden.
Wave 110 serba baru dikuasakan oleh enjin empat lejang dengan kuasa maksimum 5.64kW (7.67PS) pada 7500rpm dan tork maksimum 8.32N.m (0.85kgf.m) pada 3500rpm. Memenuhi piawaian emisi Euro-2, enjin Wave 110 serba baru menawarkan emisi lebih bersih dan prestasi lebih baik. Enjin yang telah dipertingkatkan ini juga memberikan penjimatan petrol lebih tinggi iaitu pada kadar 52.5km/l. Dalam erti kata lain, ia mampu bergerak 3.1km lebih jauh berbanding Wave 100 generasi sebelum ini yang menawarkan penjimatan sebanyak 49.4km/l. Keputusan ini diuji menggunakan Mod ECE 40.
Demi keselamatan para penunggangnya, aspek keselamatan Wave 110 serba baru diberi penekanan. Lampu belakang serta lampu utama telah direka semula bagi membolehkan penunggang lebih mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain terutama pada waktu malam dan dalam keadaan gelap. Maka, lampu belakangnya kini mampu memberikan cahaya lebih terang dan tajam dengan isyarat membelok yang jelas. Lampu utama yang terdiri daripada lampu halogen multi-reflektor memantulkan cahaya yang jelas dan terang bagi menawarkan pencahayaan lebih baik terutama ketika keadaan semakin gelap. Semua lampu ini telah diuji serta menepati piawaian pemasangan Lampu UN R53, Reflektor R3, prestasi Lampu R50 dan Lampu Utama R112/R113.
Keselamatan ketika membrek juga telah dipertingkatkan. Tugas membrek Wave 110 serba baru diserahkan kepada Brek Cakera Hadapan (hanya pada varian DX) demi tunggangan yang selamat sepanjang masa. Bagi menawarkan tunggangan yang lebih senyap dan selesa, bunyi bising telah dikurangkan. Paip ekzos baharu dengan pelindung haba pula menghilangkan rasa panas. Ekzos baharu ini juga menawarkan perlindungan tambahan daripada haba. Bagi memberi lebih keselesaan, suis-suis pada hendal disusun secara ergonomik agar mudah dioperasi dan lebih mesra pengguna.
Penunggang akan mendapati Kebuk-U pada Wave 110 serba baru adalah cukup luas untuk menyimpan barangan peribadi mereka. Ruang itu juga memudahkan pengguna untuk menyimpan barang dengan selamat. Roda acuan yang lasak itu bukan sahaja kukuh, malah tahan lama untuk menempuh kebanyakan laluan di bandar. Melengkapkan penampilan baharu motosikal kesukaan ramai ini ialah jalur tubuh moden bersama pilihan warna menarik yang menjadikannya semakin bergaya.
Wave 110 serba baru hadir dalam dua varian. Wave DX110 didatangkan dengan warna Hitam Mutiara Magelanik, Merah Euforia Metalik dan Jingga Karang Metalik pada harga di atas jalan RM4,498.00. Sementara Wave S110 pula hadir dengan warna Hitam Mutiara Magelanik, Merah Euforia Metalik dan Biru Vital Metalik. Ia ditawarkan pada harga di atas jalan RM3,898.00. Kedua-dua varian ini didatangkan bersama insurans komprehensif untuk penunggang tunggal, jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km. Model ini boleh didapati di semua pengedar sah Boon Siew Honda mulai sekarang.
Boon Siew Honda percaya bahawa Wave 110 serba baru ialah motosikal yang segar dan amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kerana kualitinya. Syarikat meletakkan sasaran untuk menjual 30,000 unit Wave 110 serba baru menjelang akhir tahun ini. Boon Siew Honda juga mensasarkan jualan keseluruhan sebanyak 260,000 unit pada tahun 2013 yang meliputi model kapcai, serta model CKD dan CBU.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.boonsiewhonda.com.my
1 comment:
salam kenal :)
kami tunggu kunjungan baliknya sobat :)
Post a Comment