As-salam, cuti2 Sabtu/Ahad santai di rumah ajelah...anak2 pun kejap deman,kejap okey.BS pula sakit urat kaki lepas main futsall..he3 gatal sangat kata wife. Bila di rumah biasalah makan.kemas apa yang patut2 ,itulah rutin hidup sebagai insan bernama manusia. Tercari-cari menu , hattta terjumpa yang ini dari Hj Mamak Penang..dengan kata lain mudah,cepat rasa2 kaum Adam pun boleh buat jika ikuti langkah yang disertakan.
Terima Kasih ALLAH atas rezeki yang berikan....Aminn
Resepi NASI AYAM HAINAN ialah hidangan menu yang berasal dari negara Cina. Hidangan Nasi Ayam Hainan
yang kini terdapat di negara kita dan Singapura atau di Thailand adalah versi yang telah mengalami proses
pengubah-suaian mengikut selera masyarakat di negara masing-masing. Asal-usul Menu Nasi Ayam Hainan
berasal dari negara Cina adalah dari hidangan Daerah Hainan di negeri Cina yang membawa maksud ayam tua
atau "Ayam Weng Chang". Nasi Ayam Hainan yang kini terdapat di Malaysia dan Singapura adalah
hidangan gabungan dua suku masyarakat Cina, Hainan dan Kantonis. kelazatan sebenar Nasi Ayam Hainan ini
terletak pada cara dan proses penyediaan stok ayam (air rebusan ayam segar).
Dalam menu ini "Stok Ayam" adalah bahan asas yang digunakan untuk masak nasi, sup dan juga cicah sos cili yang lazat. Cara masakan tradisi Hainan, ayam yang digunakan adalah dipilih ayam yg lebih tua untuk mendapatkan minyak ayam yang lebih sedikit dari gunakan ayam yang muda tetapi pengaruh suku kaum Cina kantonis telah mengubah resepi asal ayam tua kepada ayam muda yang punyai lebih padat isi ayam dari ayam tua.
Resepi hidangan ini sekali lagi bertukar bila orang Melayu minat masakan nasi ayam. Berbagai-bagai cara masakan nasi ayam telah menjadikan hidangan ini sentiasa berubah mengikut cita-rasa penggemar hidangan Nasi Ayam. Tak salah Resepi masakan sentiasa berubah mengikut peredaran masa.
Apa yang penting ialah, resepi yang diubah perlu disukai ramai dan punyai nilai-nilai kesenian kulnari, mudah, berzat dan sesuai untuk semua golongan. Hidangan Nasi Ayam Hainan ini biasanya dihidangkan dengan sup kosong, pencicah-pencicah sos seperti cili, halia dan kicap. Hirisan tomato dan timun juga dihidangkan untuk 'diet seimbang'. Maka hidangan "Nasi Ayam Hainan" adalah satu hidangan yang amat baik dari segi nutrisi dan juga kelazatan.
RESEPI NASI AYAM HAINAN. ( 6-8 HIDANGAN)
PENYEDIAAN AYAM:
- 1 ekor Ayam segar yang telah dibersihkan berat 1.8 - 2.0kg. Bersihkan bahagian dalaman ayam mengikut dari arah belakang ayam. Singkirkan bahagian leher yang dipenuhi lemak. (asingkan semua lemak ayam dan simpan untuk kegunaan masak nasi kelak). Toskan air basuhan, masukkan mengikut rongga belakang ayam:
- 1 sudu besar hirisan halia.
- 1 btg daun bawang putih (scallions/ leek) dihiris 1".
- 1 btg celery dihiris.
- 1/2 btg karot yg telah dihiris.
- 1+2 sudu garam, lumurkan keseluruhan badan ayam.
- 10 cawan air stok ayam, jika tiada stok ayam masukkan pati ayam knorr/maggie 2 kiub.
- 1 sudu kecil serbuk lada putih dimasukan pada air stok.
CARA-CARA:
1. Didihkan air.
2. Masukan ayam dengan bahagian dada ke arah bawah. Air rebusan ini perlu lebih tinggi 1 inci dari paras ayam yang sedang direbus. Tambahkan air jika perlu. Rendahkan api dapur untuk air tidak lagi mendidih tapi dalam keadaan renehan supaya kulit daging ayam tidak terkopek semasa rebusan ini. Rebusan perlu dilakukan secara perlahan sehingga kesemua bahagian daging ayam itu masak secukup. Jangan terlalu lama memasak. Masa yang diambil untuk rebusan lebih kurang 45 minit.
3. Sediakan air ais dalam sebuah besin. Apabila ayam telah masak, segera keluarkan ayam dan masukkan segera ke dalam besin air ais atau air biasa yang telah disediakan. Rendam ayam dalam 10-15 minit untuk mematikan haba terpendam tidak masak lagi isi ayam.
4. Keluarkan ayam dari rendaman ais dan keluarkan semua bahan-bahan seperti hirisan halia dan daun bawang dari rongga ayam. Gantung ayam-ayam itu supaya air berlebihan dapat ditoskan. Biarkan ayam-ayam itu sejuk. Anda boleh lihat minyak ayam akan keluar dari rongga kulit ayam, dengan menggunakan brus spread sapukan minyak lapisan kulit ayam supaya kelihatan permukaan ayam itu kilat dan menarik. Biarkan ayam-ayam itu untuk dipotong.
5. Air rebusan ayam (Jangan Dibuang) perlu ditapis dan simpan untuk digunakan penyediaan Nasi, Sup dan juga sos.
CARA-CARA MASAK NASI AYAM.
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras. Kalau boleh dapatkan beras yang panjang sedikit (beras Siam).
- 1 sudu besar halia dihiris halus.
- 3 ulas bawang putih dihiris halus.
- 3 cawan air rebusan ayam tadi.
- 1 sudu besar lemak ayam yg berlebihan semasa pembersihan.
- 5 sudu besar minyak masak.
- 1 sudu besar minyak bijan/seasame oil.
- 1 sudu kecil garamgGaram secukup rasa.
- 4 helai daun pandan disimpul.
CARA-CARA MEMASAK NASI:
1. Basuh beras sehingga air basuhan jernih. Toskan beras dengan penapis (plastik).
2. Panaskan kuali, masukkan lemak ayam dari pembersihan ayam awal tadi.
3. Masukkan hirisan halia dan bawang putih, goreng sehingga bau naik (jangan sampai hangit). Masukkan beras yang telah tos dan goreng sehingga beras seperti keputihan sedikit. Tujuannya ialah untuk matikan kanji beras dan nasi menjadi peroi sebiji-sebiji. Masa gorengan 10 minit sudah memadai. Awas jangan beras hangit, perlu sentiasa terbalik-balikan menggunakan sudip.
4. Pindahkan beras yang telah digoreng kedalam periok nasi. Masukkan nisbah air telah diukur. Masukkan daun pandan dan 1 kiub stok ayam. Tutup tudung dan biarkan nasi masak. Jangan buka tudung nasi sehingga airnya mula kering. Bila nasi mula kering, buka tudung nasi dan gemburkan nasi dengan garpu kayu. Tutup kembali tudung periok. Tutup api dapur. Nasi anda telah sedia.
SOS SEBAGAI PENCICAH:
Sos Kicap:
- 2 sudu besar kicap pekat.
- 1 cawan air rebusan ayam/stok ayam.
- 1 sudu besar minyak bijan.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 4 ulas bawang putih dikopek dan diketuk.
Panaskan adunan ini dlm 5 minit, Tambahkan gula dan garam ikut rasa anda. Sos anda sedia.
Sos Cili:
- 100gm cili merah hidup.
- 5 tangkai cili padi.
- 1 sudu besar halia.
- 2 ulas bawang putih.
- 1 sudu besar gula.
- 1/4 cawan air limau kasturi.
- 1/4 cawan air rebusan ayam tadi.
Dikisar semua bahan-bahan ini.
Untuk Hidangan:
Timun dihiris, Tomato dihiris dan daun salad bunga.
sekalung penghargaan buat Hajj Mamak-Original
No comments:
Post a Comment