klik2 jaa

Sunday, January 26, 2014

Dibalik satu kegagalan

##satu kejayaan tidak seindah yang disangkakan



“Success is 99 percent failure.” 

When you are learning how to succeed at something, you fail until you don’t. Rarely do we get something exactly right the first time.


24 Rabiul awal 1435H

Thursday, January 23, 2014

dulu lain sekarang lain...

SEBELUM KLCC DAN MENARA BERKEMBAR PETRONAS DIBINA | Kawasan KLCC,


GAMBAR PEMANDANGAN SEBELUM KLCC DAN MENARA BERKEMBAR PETRONAS DIBINA | Kawasan KLCC, tempat di mana berdiri megah Menara Berkembar Petronas dahulunya merupakan kawasan padang rumput hijau yang dijadikan track untuk perlumbaan kuda. Kawasan ini dikenali sebagai Selangor Turf Club.

Siapa sangka, kawasan yang dahulunya hanya padang rumput, kini berubah menjadi kawasan paling elit dan pesat di KL.


Dalam gambar di atas, anda boleh lihat pada latar belakang di sebelah kiri gambar adalah Hotel Hilton KL (sekarang Crowne Plaza Mutiara Hotel), di sebelah kanan letaknya Holiday Inn On-The-Park Hotel (diubahsuai sebagai Impiana KLCC Hotel)  dan Hotel  Equatorial sebahagiannya tersembunyi  (kini sudah dirobohkan).

Untuk lebih jelas sila lihat perbandingan di bawah...


Lagi gambar-gambar: 




Kawasan parking Selangor Turf Club



sekalung perhargaan buat  mazeermohamad.

Monday, January 20, 2014

Sebuah Perjalanan Dan Satu Penjajah



As-salam.......18 Rabiul Awal 1435 H



HARI INI DALAM SEJARAH - Perjanjian Pangkor Ditandatangani

Pada hari ini dalam tahun 1874, Raja Muda Abdullah, yang menguasai kawasan di Hilir Perak telah menandatangani Perjanjian Pangkor bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda, iaitu Bendahara, Temenggong, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor di hadapan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Andrew Clarke. Perjanjian ini mengandungi 14 perkara dan antara yang penting ialah:-

- Raja Muda Abdullah diiktiraf oleh British sebagai Sultan Perak
- Raja Bendahara Ismail yang sekarang diiktiraf sebagai Pemangku Sultan diakui sebagai Sultan Muda dan diberi pencen serta sebuah wilayah kecil
- Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut tetapi tidak lagi sebagai pemerintah yang bebas.
- Menteri Larut adalah bertanggungjawab membiayai segala usaha mengawal ketenteraman Negeri Perak.

Bagaimanapun peruntukan yang paling penting dalam perjanjian ini ialah yang berkaitan dengan perlantikan Residen. Dalam peruntukan ini Residen berkuasa penuh keatas pemungutan dan pengawalan hasil mahsul dan pentadbiran. Sultan dikehendaki meminta dan bertindak mengikut nasihat-nasihat Residen dalam urusan pentadbiran negeri. Melalui perjanjian ini walaupun Sultan masih berkuasa ke atas negeri Baginda, kuasa itu dibatasi oleh pihak lain iaitu pegawai-pegawai British dimana Baginda terikat untuk mematuhinya. Tegasnya, sultan tidak lagi merupakan pemerintah yang mutlak dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri, melainkan yang berkaitan dengan agama dan adat orang-orang Melayu.

Sumber : Arkib Negara


##mahu lanjut rujuklah buku sejarah..Jangan kita lalai dek masa,sejarah telah menbuktikan segalanya

Tuesday, January 14, 2014

##secebis ingatan sebagai tanda .

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

##secebis ingatan sebagai tanda .

Ayat-ayat Ruqyah

1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 )
2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )
3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )
5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )
6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )
7. Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 )
8. Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 )
9. Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
10. Surah Al-A'raf ( ayat 120 ) di ulangi sebanyak 30 kali secara bersendirian
11. Surah Yunus ( ayat 81-82 ) di ulangi sebanyak 7 kali

12.Kemudian baca ayat ini:-
إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ
Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya

13. Surah Thaha ( ayat 69 ) di ulangi sebanyak 7 kali
14. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )
15. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 )
16. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 )

17. Kemudian baca ayat ini sebanyak 7 kali:-
يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ

18. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 )
19. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 )
20. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 )
21. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 )
22. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) di ulangi sebanyak 9 kali
23. Surah An-Nas ( ayat 1-6 )

InsyaAllah kalau ada gangguan akan ada respon2 pada pesakit.


sekalung penghargaan buat Ustaz Sharhan Shafie

12 Rabiul Awal ..Kelahiran Nabi Muhammad SAW

12 Rabiul Awal 1435 H





Nabi Muhammad saw dilahirkan di Makkah, kira-kira 200 M dari Masjidil Haram, pada senin menjelang terbitnya fajar 12 Rabi’ul Awal tahun Gajah bertepatan dengan 20 April 571 M. Dinamakan tahun Gajah karena pada waktu itu bala tentara Abrahah dari Yaman menyerang Ka’bah dengan maksud akan meruntuhkannya. Mereka datang dengan mengendarai Gajah. Namun penyerangan itu gagal kerana Allah mengirim burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu dari neraka kepada mereka. Seperti yg diceritakan Allah swt pada surat Al Fiil.

Monday, January 13, 2014


Bismilahirrahmanirrahiim "

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم  ## bukan  sekadar cuti 
hayati makna tersurat dan tersirat buat semua  dan juga ingatan buat diri ku ini  yang sering  alpa 
dalam kesibukan dunia..

As-salam.......11 Rabiul Awal 1435 H




Salam Maulidur Rasul kepada semua - Tema Maulidur Rasul 1435H / 2014M : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.  Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

pejam celik dah Sywal

 tot2 dah Syawal 2024 .... masa bergerak pantas sungguh ku coretkan  salam Syawal 2024 dar saya buat semua yang sudi singgah.

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...