Assalamualaikum...Seminggu dah berlalu.Jumaat lepas@30/9/2011,hati bagai meronta2,cemas,kegelisahan.Berbagai2 perasaan yg datang dalam diriku.Namun tatkala ini,hati dah lega.Syukur ke hadrat Ilahi kerana pembedahan Uwais dah pun berjaya.Terima kasih kepada semua saudara mara,sahabat handai yg bersama-sama mengirimkan doa buat Uwais tak kira di fb ataupun di blog ini.Sebagai kenangan,aku catatkan rentetan peristiwa kelmarin...
Khamis 29 September 2011
9.50 pagi - Sampai Ipoh
10.00 pagi-Appoinment di klinik pembedahan
10-57 pagi-Dah siap daftar kat kaunter
11-20pagi-'Check in' di wad 5D.Bilik no3,katil no3.
Di wad-rutin biasa,doktor ambik darah,cucuk jarum,ambik tekanan darah
Petang-Doktor bius datang.Bagi penerangan tentang bius dan pembedahan esok.
Jumaat 30 September 2011
3 pagi- Dah start puasa.
8.30 pagi-Segerombolan doktor pakar datang.Check Uwais.Kes ke2 tuk di bedah pada hari tu.
10.37 pagi- Masuk air
11.50 pagi- Bersiap tuk ke dewan bedah am di Tingkat 3.
11.59 pagi- Menunggu giliran di ruang luar dewan bedah
12.30 tengahari- Uwais di bawa masuk ke ruangan dalam dewan bedah oleh aku sendiri.Setelah Uwais di bius dan dah xsedar baru aku keluar.
1.50 tengahari-Pembedahan selesai.Aku dipanggil masuk.Uwais dah melalak,dah sedar.Menunggu di ruang pemantauan.
3.00 petang-Balik ke Wad 5D
Sabtu 1 Oktober 2011
8.30 pagi- Doktor datang.Dia tanya nak balik ke nak stay lagi sehari.Dah tentu,aku nak balik.Tu pun setelah aku tengok Uwais dah boleh minum susu ngn elok wlpun perit nk menelan.Dapat discaj aritu.
1.00 tengahari- 'Check out' dari wad.
Tanda nama Uwais...dah xde pun nk buat kenangan.Dah tercabut masa kat dewan bedah.
Hari pertama di wad.
Hari kedua di wad.Sabar menanti panggilan dari dewan bedah dengan perut yg kosong.
Di ruang menunggu dewan bedah.
Dah selesai bedah.Masa ni dah masuk wad balik
Jutaan terimakasih dan sekalung penghargaan buat semua.Terutama team pembedahan di Dewan Bedah Am Tingkat 3 Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.Semua staff dan doktor di Klinik Pembedahan.Juga buat semua staff yg bertugas di Wad 5D,Wad Pembedahan Kanak-Kanak.Jasa kalian tetap akan ku kenang hingga akhir hayat.Terima kasih kerana sudi melayan karenah kami sekeluarga.Buat adik-adik pelatih,akak happy ngn adik2 semua.Keramahan korang buat akak terlupa masalah yg akak hadapi.3 hari 2 malam kami di Wad 5D...kenangan terindah yg sukar dikikis...Terimakasih semua...
*Aku dah karang cerita penuh 3 hari 2malam di hospital.Tapi entah kenapa,aku rasa terlalu sukar tuk kukongsi bersama di sini..Biarlah cerita itu bersemadi di hati....Hanya kegembiraan yg ingin ku kongsi bersama.Biarlah segala kesukaran hati ,ku pendam saja di lubuk hati...catitan dibuat oleh wife Bahulu dan ku kongsi kan buat renungan hari esok.
catitan Bahulu ::: yang pasti kini uwais kembali ceria dan cergas seperti anak-anak ku yang lain...syukur pada ALLAH kerna Dia Maha Mengetahuai segalanya.
nukilan : deeja-anakdesa.blogspot.com
No comments:
Post a Comment