klik2 jaa

Sunday, September 9, 2012

My Honda FUTURE Vs My AJA

Honda satu nama motosikal  yang udah di kenali  sekian lama,tanggal 9/8/12 aku sambal sebijik dan  hari nii udah cukup sebulan aku pakai..MY AJA .
Honda Future edisi terbaru ,dengan kata lain berkuasa ,mantap&yang penting jimat kos petrol aku  seharian..
cadang2 nak jugak buat expidesi solo untuk test power moto kapcai aku niii..masa tidak mengizin 
tengok2 nanti jika ada kesempatan...Jom kita VROOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOM
yang penting kualiti perlu diberikan perhatian disamping barang ganti yang mudah di dapati.


niii dia MY Love AJA....



 pohon kari VS MY AJA


 uwais yang suka naik motor petang2... ""ayah naik oto "' kata nya..hehehehe


 MY AJA


berikut sedikit info berkaitan yang aku copy dari Arena Motor:


Salah satu motosikal moped yang paling mendapat perhatian ketika ini ialah Honda Future yang menjadi taruhan terbaru Boon Siew Honda di pasaran tempatan. Antara ciri-ciri menarik yang diperkenalkan melalui Honda Future ini ialah kemampuannya untuk melakukan perjalanan jarak jauh sehingga 338 km dengan hanya sekali isian petrol, terima kasih kepada ruang tangki petrolnya yang luas sehingga 5.6 liter.
Selain itu Honda Future turut memperkenalkan ruang simpanan barang sebesar 19 liter yang mampu memuatkan sebuah helmet muka penuh di bawah pelana tempat duduk. Boleh didapati dalam tiga varian berbeza, Honda Future 125cc serba baharu ini ditawarkan pada harga antaraRM5,578.00 sehingga RM5,998.00 seunit. Saksikan galeri menarik Honda Future, sumber dari Boon Siew Honda Facebook.
*Update pada 27hb. Julai 2012 – Siaran akhbar rasmi Honda Future

.



‘FUTURE’ TARUHAN HONDA KEKAL TERAJU INDUSTRI MOTOSIKAL
Boon Siew Honda Sdn Bhd, peneraju dalam industri motosikal Malaysia sejak beberapa dekad lalu mensasarkan untuk terus kekal sebagai jenama nombor satu dengan memperkenalkan model baru, Honda Future.
Dengan pasaran motosikal Malaysia dijangka berkembang sebanyak 4 hingga 6% pada 2012 dan 2013, Boon Siew Honda memperkenalkan ‘Future’, moped baru yang mampu melakukan perjalanan sejauh 338 kilometer dengan satu tangki penuh (diuji oleh ECE 40 Mode), motosikal pertama seumpamanya di negara ini.
“Di sebalik trend perkembangan transmisi automatik, moped tetap menjadi asas kepada perniagaan motosikal di Malaysia. Permintaan pengguna mungkin telah beralih dengan lebih banyak tumpuan kepada nilai estetika, tetapi asas keselamatan dan keselesaan ketika tunggangan juga berubah selama beberapa dekad ini. Sebab itulah kami percaya di mana ‘Future” sesuai untuk pengguna-pengguna muda dan tua dengan penampilan yang begaya, kecekapan bahan api dan juga ciri-ciri praktikal tersedia,” kata En. Satoshi Okada, Pengarah Urusan Boon Siew Honda Sdn Bhd.
Pada tahun 2011, Boon Siew Honda menguasai 44% pasaran. Dengan pelancaran Honda ‘Future’, mereka mengunjurkan perkembangan pasaran dengan sasaran 3500 unit sebulan. Honda Future dipertingkatkan oleh kebuk-U 19L yang lebih besar untuk penyimpanan topi keledar muka penuh dan barangan peribadi, muatan tangki minyak 5.6 liter (tangki minyak model terdahulu Wave 125 X Ultimo 3.7 liter), dan dijana oleh enjin empat lejang generasi baru 125cc OHC 4 kitaran baru menjanjikan penjimatan minyak sehingga 7.6% (berbanding dengan Wave 125 X Ultimo) disamping kuasa pecutan yang mantap dan berkuasa pada setiap rpm.
Ciri-ciri istimewa lain yang terdapat pada Honda Future ialah tempat duduk lebih lebar, lampu belakang LED dan juga meter laju bermuka jernih yang cukup sporti. Dijual pada harga antara RM5,578 sehingga RM5,998 (cadangan harga atas jalan), Honda Future dijangka dapat meningkatkan populariti Honda sebagaimana yang dibuktikan jenteranya sebelum ini, Honda EX-5.
Bergantung kepada permintaan, Honda Future menawarkan tiga varian pilihan kepada pengguna. Varian 1 dilengkapi penghidup enjin elektrik, roda jejari dan brek cakera depan, Varian 2 dilengkapi dengan roda sporti, penghidup enjin elektrik dan brek cakera depan manakala Varian 3 menggabungkan penghidup enjin elektrik, roda sporti dan brek cakera depan dan belakang. Ketiga-tiga varian didatangkan dengan tiga pilihan warna – Jingga Merjan Metalik, Hitam Mutiara Magelanik dan Merah Euforia Metalik.
CIRI-CIRI UNGGUL :
Menjelajah Lebih Jauh
Honda Future mempunyai beberapa keistimewaan dengan kebuk-U 19liter yang lebih besar untuk memudahkan penyimpanan barangan peribadi dan topi keledar muka penuh.
Tangki minyak lebih besar 5.6 liter juga menjadi ciri-ciri utama Honda Future. Tangki muatan minyak lebih besar membolehkan perjalanan lebih jauh (sehingga 338km, 100km lebih jauh berbanding dengan Wave 125 X Ultimo) tanpa perlu melakukan pengisian semula.
Keutamaan lain yang diberi perhatian termasuklah tempat letak bateri bahagian sisi bagi memudahkan penyelenggaraan, akses pintar pembukaan tempat duduk dan juga peningkatan tahap keselamatan automatik.
Kecekapan Bahan Api dan Mesra Alam
Berdasarkan penyelidikan ECE40 MODE, penggunaan bahan api Honda Future menawarkan kecekapan bahan api sehingga 60.3km seliter, peningkatan sebanyak 0.5km untuk setiap liter berbanding dengan Wave 125 X Ultimo. Dengan peningkatan pembakaran bahan api yang lebih baik, ia menghasilkan pembakaran yang bersih mematuhi standard Euro 2 dan motosikal mesra alam.
Tunggangan Lebih Selesa
Reka bentuk keseluruhan Honda Future disesuaikan mengikut pelbagai saiz pengguna. Selaras dengan fungsi sebagai moped jarak jauh, Honda Future dibina dengan tempat duduk lebih lebar dan ergonomik untuk penunggangan yang selesa sepanjang masa. Dengan acuan reka bentuk bahagian depan yang menghapuskan penggunaan skru dapat mengurangkan bunyi getaran dari penutup depan.
Lebih Selamat
Penggunaan lampu belakang LED Berpadu dapat memastikan pencahayaan yang lebih galak pada sebarang keadaan cuaca. Reka bentuk canggih meter laju bermuka jernih dan juga lampu isyarat dan kabus bergaya menjadi penampilan unik dan meningkatkan tahap ketampakan pada waktu malam.

No comments:

pejam celik dah Sywal

 tot2 dah Syawal 2024 .... masa bergerak pantas sungguh ku coretkan  salam Syawal 2024 dar saya buat semua yang sudi singgah.

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...