klik2 jaa

Wednesday, April 11, 2012

Cuti Agong


As-salam penuh dengan kesyukuran ..setelah sekian lama tak menulis.masa&waktu serta tugasan tak mengizinkan.Satu Sejarah telah tercipta.....Daulat Tunku !!
hari niii pertabalan Agong buat kita rakyat Malaysia..
Artikel Kosmo online sebagai rujukan Sejarah buat masa depan...

Istiadat Pertabalan Yang diPertuan Agung ke-14






LELAKI berpakaian kemas dengan sut persalinan hitam dan bersongkok itu pantas mengatur langkahnya ke satu arah. Dari jauh, permaidani berwarna kuning yang dihiasi corak keemasan seakan-akan menyambut kedatangan beliau.
Sebaik tiba ke destinasi yang dituju, matanya meliar memerhatikan seluruh kawasan tersebut. Apabila melihat cahaya lampu agak samar-samar, beliau lantas mengarahkan seorang petugas yang berada berhampiran menyalakan kesemua lampu yang ada.
Dalam sekelip mata, dewan besar itu diterangi dengan kilauan lampu yang memantulkan cahaya kekuningan termasuk yang terhasil daripada sembilan buah lampu candelier mewah.
"Inilah Balairong Seri yang menjadi lokasi berlangsungnya istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah," Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini membuka bicara dalam satu temu bual bersama Kosmo! di Istana Negara Jalan Duta, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Azuan, istiadat pertabalan kali ini begitu istimewa dan mencatat dua sejarah tersendiri bagi pihak istana khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Pertama, ia melibatkan baginda sultan yang diangkat menjadi pemerintah tertinggi negara buat kali kedua yang merupakan sejarah dalam perlantikan Yang di-Pertuan Agong.
"Pencapaian ini merupakan satu sejarah penting negara. Selain itu, pertabalan ini juga mencipta rekod tersendiri kerana buat julung-julung kalinya diadakan di sebuah istana yang dibina oleh kerajaan daripada asasnya sehinggalah siap.
"Istana Negara yang lama, walaupun ia dibina oleh kerajaan tetapi dalam bentuk tambahan.

ISTANA Negara Jalan Duta mencatatkan sejarah tersendiri apabilaTuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah buat julung-julung kalinya ditabalkan di istana ini.



"Ia telah diubahsuai kerana bangunan itu asalnya merupakan sebuah banglo dan kediaman milik seorang jutawan dari China, Chan Wing," jelas Azuan.
Bagaimanapun, segala perancangan di Istana Jalan Duta yang membabitkan majlis pecah tanah, kerja-kerja seni bina, semuanya dibina khusus sebagai tempat persemayaman Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun. Azuan telah berkhidmat di Istana Negara selama tujuh tahun termasuk di bawah pemerintahan Sultan Mizan Zainal Abidin Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Sebagai Datuk Paduka Maharajalela, Azuan juga memikul peranan penting dalam mengetuai istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim.
Menyedari hakikat itu, Azuan sedaya upaya memastikan kelangsungan istiadat pertabalan berjalan lancar.
"Tiada hari yang cukup besar bagi seorang Yang di-Pertuan Agong melainkan ketika hari pertabalan baginda sebagai payung kedaulatan negara.
"Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, saya fikir kita patut rasa bangga kerana masih lagi berupaya meneruskan satu tradisi kenegaraan yang cukup tinggi melalui istiadat pertabalan ini. Tambahan pula, Malaysia merupakan satu-satu negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan melalui penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh lima tahun sekali," jelas Azuan.
Ditanya tentang persiapan yang dilakukan sempena istiadat pertabalan itu, anak kelahiran Perak tersebut memberitahu, kemudahan moden yang terdapat di istana baharu itu secara tidak langsung menjadikan persediaan lebih teratur dan lancar.
Persiapan majlis
"Sebagai contoh, jika dahulu Balairong Seri istana lama hanya boleh memuatkan maksimum 500 tetamu, tetapi kini ia boleh menampung kapasiti tetamu seramai 1,000 orang. Peningkatan sekali ganda ini kerana binaan di dalamnya yang tidak banyak tiang dan lebih besar dengan keluasan 2,304 meter persegi," katanya.
Di samping itu, banyak lagi kemudahan lain yang disediakan seperti bilik yang dikhususkan untuk media yang akan menayangkan siaran langsung istiadat pertabalan.
Secara keseluruhan, pihaknya mengambil masa selama enam bulan untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada persiapan istiadat pertabalan ini. Namun, perincian terhadap kerja-kerja yang dibuat mengambil masa tiga bulan sebelum ia berlangsung.
Dalam aspek persiapan seramai 5,000 orang daripada pelbagai sektor terlibat dalam menjayakan upacara penuh tradisi itu.
"Antaranya termasuklah mereka yang bertindak memasang banting berupa kata-kata sembah ucapan kepada agong, mereka yang membuat kerja-kerja pengubahsuaian di luar kawasan istana.


ANGGOTA kumpulan Nobat Diraja Kedah berlatih sebagai persiapan menjelang istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.




"Di peringkat Istana Negara pula, ada kakitangan yang terlibat dalam memastikan kebersihan di dalam Balairong Seri, penyusunan kerusi dan hiasan dalaman," ujar beliau.
Sementara itu, anggota polis pula yang bertugas untuk menjaga keselamatan para tetamu kehormat termasuk Duli Yang Maha Mulia raja-raja Melayu, Tuan Yang Terutama negeri-negeri, menteri-menteri kabinet dan ketua-ketua perkhidmatan yang akan menghadiri istiadat ini.
Apa yang pasti, walaupun zaman semakin moden dan istiadat itu dibuat di tempat baharu, Azuan menegaskan mereka masih mengekalkan tradisi dan istiadat yang diagungkan sejak zaman berzaman.
Sementara itu, Ketua Bentara Istana Negara, Ahmad Awang, 54, turut melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang penuh gilang-gemilang itu.
Sebagai individu yang pernah berkhidmat dengan empat Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dan kelima bersama Tuanku Abdul Halim, sewajarnya Ahmad merasai keistimewaan itu.
"Sepanjang 25 tahun berkhidmat, saya dapat menyaksikan bagaimana perjalanan upacara istiadat pertabalan ini disempurnakan. Memang ia satu pengalaman yang sukar diperoleh bagi mana-mana individu biasa dan ia akan tersemat kukuh dalam ingatan saya hingga ke akhir hayat.
"Kini, apabila istiadat pertabalan berlangsung di sebuah istana baharu, sudah tentu perasaan itu lebih berkobar-kobar untuk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin," luah Ahmad sambil tangannya ligat mengelap Cogan Agama. Cogan Agama merupakan salah satu daripada alat kebesaran diraja yang digunakan sewaktu istiadat pertabalan.
Selain Cogan Agama, alat-alat kebesaran diraja yang lain termasuklah Cogan Alam, Cokmar, Nobat, Keris Panjang Diraja, Panji-Panji Diraja, Kalung Diraja, Gandik Diraja, Pending Diraja, Muskat, Tengkolok Diraja, Tombak Berambu dan Payung Ubur-Ubur Kuning.
Alat kebesaran
Tambah Ahmad, semua peralatan tersebut merupakan alat kebesaran warisan sejak pelantikan Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad yang disimpan dan dijaga dengan rapi.
Ini diakui Bentara Istana, Fathir Shah Kamarul, 36, yang turut memainkan peranan dalam membersih dan menjaga alat-alat kebesaran diraja.
"Setiap peralatan perlu dikendalikan dengan penuh hati-hati. Walaupun ia diperbuat daripada logam yang bermutu, namun kita tidak boleh menjaganya dengan sambil lewa," tutur Fathir yang juga bertugas sebagai penyambut tetamu, membuka pintu kenderaan dan memegang payung Yang di-Pertuan Agong.
Bagi seorang tukang besi, Zailani Mohamad, 37, pula, tanggungjawab yang diberi pihak istana untuk menyiapkan 40 batang tombak yang akan digunakan pada hari istiadat pertabalan, dianggap satu penghormatan pada dirinya.


AZUAN memikul tanggungjawab mengetuai istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim.




"Kepercayaan yang diberikan pihak istana amat saya hargai," ringkas ucapan Zailani dari Kampung Morten, Melaka yang mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan kesemua 40 batang tombak tersebut.
Sementara itu, polis istana, Koperal Mohd. Faizal Mustapha yang telah berkhidmat sebagai polis Istana Negara sejak 12 tahun lalu bersama tiga Yang di-Pertuan Agong dari Perlis, Terengganu dan kini Kedah mengakui jika dibandingkan dengan istana lama, kawalan keselamatan di Istana Negara Jalan Duta lebih ketat dan sistematik.
"Saya berharap dan sentiasa mendoakan agar Tuanku berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah negara dengan adil dan saksama agar seluruh rakyat mendapat kebaikannya," kata anak muda yang berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan itu.

Saturday, March 3, 2012

Disleksia..apa tu !!


" Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir.


Ciri-ciri disleksia :
1.Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2.Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3.Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
4.Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
5.Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
6.Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7.Sering berlaku di kalangan lelaki.
8.Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
9.Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
rawatan nya



Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.


nama-nama terkenal yang juga pernah mengalami disleksia. contoh macam Tom Cruise, Orlando Bloom dan Abshiek Bachan. 

Friday, February 24, 2012

Lukisan Alam







"""Bunuhlah setiap waktu kosong dengan 'pisau' kesibukan! Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahawa anda telah mencapai 50% dari kebahagian. Lihatlah para petani mereka ceria mendendang lagu seperti burung bebas. Mereka tidak seperti anda tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dengan air mata"""

Friday, February 17, 2012

Perjanjian Pangkor dan kesudahan nya..!!



“Bahawasanya keadaan huru-hara sedang berlaku dalam Kerajaan Perak disebabkan oleh ketiadaan pemerintah yang tetap di Negeri itu dan tidak wujud kuasa yang berkesan untuk melindungi rakyat dan untuk menjamin hasil usaha mereka, dan,

Bahawasanya sebilangan besar orang China yang diupah dan sejumlah besar wang yang dilaburkan dalam perusahaan bijih timah di Perak oleh rakyat British dan lain-lain yang bermastautin dalam Tanah Jajahan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, dan lombong serta harta tersebut tidak dilindungi secukupnya, dan kegiatan lanun, pembunuhan, pembakaran sengaja berlaku dengan berleluasa di negeri tersebut, dan ini menyebabkan perdagangan dan kepentingan British terjejas teruk dan keamanan serta ketenteraman Petempatan British yang berjiranan dengannya kadang-kadang turut terancam, dan,

Bahawasanya sesetengah Pembesar semasa Kerajaan Perak telah menyatakan ketakmampuan mereka mengawal kacau bilau yang melanda sekarang ini, dan bersama-sama dengan mereka yang berkepentingan dalam perusahaan negeri ini telah memohon bantuan, dan,

Bahawasanya Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen terikat oleh Syarat Persetiaan bagi melindungi Kerajaan tersebut dan membantu pemerintahnya, maka dengan ini,

Tuan Yang Terutama Sir Andrew Clarke, K.C.M.G. C.B., Gabenor Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat, sebagai mematuhi permintaan tersebut, dan dengan tujuan membantu pemerintah tersebut dan bagi mewujudkan penyelesaian yang berkekalan terhadap masalah di Perak, telah mencadangkan Perkara perkiraan yang berikut sebagai yang boleh mendatangkan manfaat bersama kepada Pemerintah Bebas Negeri Perak, rakyatnya, rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan orang lain yang bermastautin atau yang berdagang di Negeri Perak, iaitu:-

Pertama. - Bahawa Raja Muda Abdulah diiktiraf sebagai Sultan Perak.

Kedua - Bahawa Raja Bendahara Ismail, yang sekarang ini menjadi Pemangku Sultan, dibenar mengekalkan gelaran Sultan Muda dengan diberi pencen dan sebuah Wilayah kecil diserahkan hak kepadanya.

Ketiga - Bahawa segala perlantikan Pegawai-pegawai besar lain yang dibuat masa Raja Bendahara Ismail menerima alat kebesaran diraja hendaklah disahkan.

Keempat - Bahawa kuasa yang diberikan kepada Orang Kaya Menteri keatas Larut oleh Al-Marhum Sultan hendaklah disahkan.

Kelima - Bahawa semua hasil negeri hendaklah dikutip dan semua perlantikan hendaklah dibuat atas nama Sultan.

Keenam - Bahawa Sultan menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang sesuai untuk seorang Pegawai British yang dinamakan Residen, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.

Ketujuh - Seorang Penolong Residen, iaitu seorang Pegawai British yang bertindak dibawah Residen Perak, dengan kuasa yang serupa dan tertakluk hanya kepada Residen tersebut hendaklah ditempatkan di istana Gabenor Larut.

Kelapan – Bahawa pembiayaan untuk Residen-Residen ini dan Perjawatan mereka hendaklah ditentukan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat dan menjadi tanggungjawab pertama daripada hasil Negeri Perak.

Kesembilan - Bahawa peruntukan diraja yang mengawal selia pendapatan yang akan diterima oleh Sultan, Bendahara, Menteri, dan Pegawai lain hendaklah menjadi tanggungan seterusnya daripada hasil tersebut.

Kesepuluh - Bahawa pemungutan dan pengawalan segala hasil dan pentadbiran am negeri dikawal selia dibawah nasihat Residen-residen ini.

Kesebelas - Bahawa Persetiaan dimana Pulau Dinding dan pulau-pulau Pangkor telah diserahkan kepada Great Britain telah tersalah faham, dan dengan yang demikian, maka perlulah diselaraskan semula supaya dapat dikuatkuasakan tujuan sebenar para penggubal Persetiaan itu, dan dengan ini maka diisytiharkan bahawa sempadan wilayah yang diserahkan itu hendaklah diperbetulkan seperti berikut: Dari Bukit Segari, seperti yang tertera dalam Lembaran Carta No. 1 Selat Melaka, yang salinannya dilampirkan, dengan bertanda A, merentas lurus hingga kelaut, kemudiannya di sepanjang [antai laut ke selatan, ke Pulau Katta di sebelah Barat, dan dari Pulau Katta merentang ketimur laut kira-kira sepanjang lima batu, dan kemudiannya ke utara, iaitu ke Bukit Segari.

Kedua belas - Bahawa legih selatan Sungai Krian, iaitu bahagian kawasan yang salirannya masuk ke sungai itu dari selatan diisytiharkan sebagai Wilayah British, sebagai membetulkan Sempadan Province Wellesley (Seberang Perai). Sempadan itu hendaklah ditandakan oleh Pesuruhjaya, seorang yang dinamakan oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat, dan seorang lagi dinamakan oleh Sultan Perak.

Ketiga belas - Bahawa apabila keadaan kacau-bilau sekarang ini sudah terhenti di Negeri Perak dan keamanan dan ketenteraman telah kembali pulih dalam kalangan puak-puak yang berbalah di Negeri itu, maka langkah-langkah segara dibawah kawalan dan seliaan seorang atau lebih daripada seorang Pegawai British hendaklah dilaksanakan bagi memulihkan sejauh mana yang boleh dilakukan kerja-kerja perlombongan dan pemilikan alat jentera, dll., seperti keadaan sebelum berlaku kacau-bilau, serta bagi menguruskan pembayaran pampasan kerana kerosakan, dan keputusan pegawai atau pegawai-pegawai itu dalam hal sedemikian adalah muktamad

Keempat belas - Menteri Larut berjanji mengaku sebagai hutangnya kepada Kerajaan Negeri-Negeri Selat untuk segala caj dan perbelanjaan yang ditanggung atas penyiasatan ini, dan juga atas caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Tanah Jajahan Negeri-Negeri Selat dan Great Britain dalam usaha mereka bagi mewujudkan ketenteraan di Negeri Perak dan keselamatan perdagangan.

Perkara diatas telah dibaca dan telah dijelaskan kepada mereka yang berkenaan yang telah memahami perkara-perkara itu dan masing-masing bersetuju dan menerimanya sebagai mengikat diri mereka dan Waris serta Pengganti mereka.

Perjanjian ini dibuat dan diikat di Pulau Pangkor dalam Tanah Jajahan British pada dua puluh hari bulan Januari tahun Masihi satu ribu lapan ratus tujuh puluh empat.

Disempurnakan dihadapan saya

ANDREW CLARKE,
Gabenor, Panglima Besar dan Laksamana Madya
Negeri-Negeri Selat”






up:Surat asal perjanjian kini di simpan ARKID NEGARA

Monday, February 13, 2012

Arah Yang Satu



Kelebihan Kaabah Dari Sudut Saintifik. 

Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Thursday, February 9, 2012

Taiping Gaol


Penjara Taiping atau lebih dikenali sebagai "Taiping Gaol", yang merupakan penjara terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu telah dibangunkan pada tahun 1879. Pentadbiran penjara ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menimbulkan kesengsaraan dalam hidup banduan dengan harapan kesengsaraan ini dapat menghindarkan orang-orang melakukan jenayah. Dalam tahun 1881, wadar Sikh dibawa masuk untuk membantu wadar Melayu dan pengajar pertukangan dari Hong Kong digunakan dalam usaha memperkenalkan perusahaan dalam penjara. Antara perusahaan awal adalah seperti pecah batu dan pertukangan kayu. Pada tahun 1882, satu percubaan pengkategorian banduan dilakukan dan pada tahun 1889 wadar berbangsa Eropah telah dilantik di sesetengah penjara. Dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Penjara Taiping dijadikan pusat penahanan banduan hukuman lama bagi negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor. Pada tahun 1923, Sistem Hakim Pelawat telah diperkenalkan. Perusahaan penjara telah diperkembangkan dan meliputi kerja-kerja percetakan, menenun kain, jahitan, perusahaan rotan dan besi. Pada tahun 1924, pekerjaan pecah batu dihapuskan dan diganti dengan kerja pukul sabut kelapa. 



PENJARA TAIPING TERTUA DI TANAH MELAYU
                                             


 


Semasa pemerintahan Jepun (1941-1945), penjara telah digunakan sebagai penjara awam dan juga tawanan perang oleh Tentera Jepun. Dalam tempoh peperangan inilah, semua rekod mengenai penjara dan banduan dimusnahkan.


Selepas Perang Dunia Kedua, Ibu Pejabat Penjara ditubuhkan dan mentadbir semua penjara-penjara di Tanah Melayu. Era selepas perang menyaksikan keadaan kembali tenang dan kaedah pentadbiran moden diperkenalkan. Keadaan darurat pada tahun 1948 menyebabkan bilangan tahanan meningkat dan berlaku kesesakan dalam penjara. Ini menyebabkan pembangunan penjara terbantut dan hanya ketika akhir tahun 1949, keadaan kembali tenang dan tumpuan kepada pembangunan sistem penjara dapat dijalankan sepenuhnya.

Pada tahun 1952, Undang-Undang Penjara telah digubal dan diikuti penggubalan Peraturan Penjara Persekutuan pada 1953 yang berdasarkan konsep layanan moden diperkenalkan bagi menggantikan undang-undang penjara lama. Dalam tahun itu juga, Rang Undang-Undang Keadilan Jenayah (Criminal Justice Bill) telah diluluskan dan undang-undang ini telah memansuhkan penyeksaan dengan cemeti (cat of nine tails) dan penggunaan istilah "penjara" bagi perkataan-perkataan "penal servitude". Tahun 1957, merupakan tahun kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dan Pesuruh Jaya Penjara yang pertama telah dilantik untuk mengendalikan pentadbiran semua penjara di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Penjara Malaysia merangkumi pengurusan penjara bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Pada 2 November 1995 telah dikuatkuasakan Akta Penjara 1995 bagi menggantikan Akta Penjara lama. Pada 1 September 2000 pula telah dikuatkuasakan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 bagi menggantikan peraturan-peraturan terdahulu. Akta dan peraturan yang terdahulu telah lama digunakan dan wajar dibuat perubahan dan pembaharuan berdasarkan kepada keperluan dan perubahan semasa bagi memperkemaskan jentera pengurusan dan pentadbiran institusi penjara. Dalam era pembangunan dan permodenan, Jabatan Penjara Malaysia menyedari hakikat bahawa kita tidak seharusnya alpa dengan pencapaian yang lepas dan seharusnya bergerak maju ke hadapan serta berinovasi bagi membantu melicinkan pentadbiran penjara dalam menangani budaya-budaya moden dalam kriminologi, penalogi dan kawalan sosial secara keseluruhannya.





sumber:perpustakaan bergerak

Tuesday, February 7, 2012

Merah nya nyah !


10 Fakta Menarik Warna Merah


1. Dalam Ebers Papyrus (buku perubatan Mesir purba), warna merah digunakan untuk tajuk bab, nama penyakit, berat dan dos ubat.



2. Warna merah bermaksud “cantik” di negara Rusia. Di India warna merah adalah simbol bagi tentera. Bagi bangsa di negara China pula, warna merah dikaitkan dengan musim panas, api dan arah selatan.



3. Perkataan “ruby” berasal dari kata Latin Rubens yang membawa maksud “merah”.



4. Terdapat sekurang-kurangnya 23 warna berbeza (shades) daripada krayon merah.



5. Melihat warna merah boleh membuat jantung anda berdegup lebih cepat.



6. Warna merah membawa maksud kekuatan, ghairah, keberanian, penting, keinginan yang tinggi, kekuatan, kelajuan, cinta, hati dan kehangatan.



7. Warna merah boleh menyebabkan kegelisahan dan insomnia jika digunakan di bilik tidur tetapi bagus digunakan di dalam bilik latihan atau tempat permainan.



8. Ahli fesyen mengesyorkan mereka yang ingin menghadiri temuduga atau pertemuan penting supaya memakai pakaian yang mempunyai  sedikit percikan warna merah. Ini kerana warna merah melambangkan personaliti kekuatan, ketegasan dan kepimpinan.



9. Cahaya merah adalah cahaya yang pertama diserap oleh air laut sehingga banyak ikan dan hidupan invertebrata di dalam laut berwarna merah.



10. Warna merah terdapat dalam semua bendera negara Asia Tenggara kecuali Vietnam.


sumber::perpustakaan bergerak 

SALAM SAYANG SAHABAT

   Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan pe...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...