klik2 jaa

Thursday, March 14, 2013

Ranjau sepanjang jalan...ku

Antara bandar paling basah dalam Malaysia ...purata hujan tahunan tertinggi,dengan kata lain..hujan oh hujan.  ""Angkat jemuran...hujan udah turun""

udah sampai yeop..teping nan indah

jalan yang penuh liku-liku 

onak dan duri umpana dalam hidup nii..pelbagai dugaaan dan cabaran salih berganti

Saturday, March 9, 2013

From Taiping With Love

di sini aku di besarkan...segala -galanya buat diri ku.
sekitar tahun 80an...aku masih disekolah rendah,ala kanak2 milo

Thursday, March 7, 2013

Op tukar&ganti

بسم الله الرحمن الرحي

Agak berbaloi juga dalam jangka masa panjang berbakti saban hari kesana kemari .Hari ni time untuk si kuda padi minta di beri sedikit perhatian,nak buat DIY rasa tak berbaloi juga last2 hanto kedai motor senang celita ma.
rupanya teruk juga nak tukar&ganti front depan si kuda padi......jom kita layan apo yang doktor2 buat....Vroooooooooooooooooooooooooom



front kiri/kanan dan tayar harus di buka satu-persatu


operasi bermula

tekan dulu dan klip atas harus dibuka.harus hati-hati yeop

tanggal semua satu-satu dan cuci agar tiada minyak lama

siap untuk di pasang

jumlah kos ::::

servis,minyak baru dan tukar front inner made in taiwan: RM65
lepas nii projek apo pulak si kuda padi niii,cadang2 yea





Thursday, February 28, 2013

Sekilas Ikan di Air

moh ikut rasmi semut.saling bantu dan terus membantu



Seperti yang pepatah Cina menyebut "jiika beri seseorang seekor ikan, ia hanya boleh

 mengenyangkan untuk satu hari,

tetapi ajar bagaimana cara menangkap ikan, ia boleh mengenyangkan seumur hidup.

ringkasannya yang baik jadi tauladan,yang buruk jadikan sempadan.begitulah lumrah hidup

kita.



Monday, February 25, 2013

Penyamun Bin Penyangak



note : sekadar maklumat dan info agar kita lebih berhati-hati,kejujuran kekadang di salah guna oleh pihak lain



Mudah.my adalah tempat penjual dan pembeli maya bertemu dan kemudian berurus niaga. Saya adalah salah seorang pembeli agak taksub dengan pembelian online ini. Telah banyak 'gadget' saya beli secara online dengan urusniaga secara Cash on Delivery atau kurier.

Mudah.my memang satu portal jual beli tidak selamat dan terlalu banyak kelonggaran kepada penjual berbanding Lelong.my (di Malaysia) tetapi pengalaman saya membeli secara online di luar negara menyebabkan saya yakin rakyat Malaysia mempunyai tahap kejujuran tinggi dan boleh dipercayai sama seperti rakyat negara maju.

Urus niaga saya sentiasa memuaskan hati sehinggalah pada tarikh 17 Mei 2012, saya telah berurusniaga dengan seorang penipu. Sejak sebulan lalu saya asyik mengumpul maklumat mengenai kamera DSLR. Saya sentiasa berusaha mencari barang berkualiti pada harga rendah, mana tahu ada penjual dalam kesempitan mahu menjual barangan mereka.

Saya teruja apabila melihat harga Nikon D7000 dijual pada harga RM1599 dan terus menghubungi penjual. Belum sempat saya bertanya panjang, beliau yang mengenalkan dirinya sebagai Paizal menceritakan bahawa beliau adalah pegawai kastam dan barang tersebut adalah rampasan kastam sebab itu beliau jual dengan murah.

Kelabu mata dengan harga murah, beserta desakan supaya saya cepat membuat keputusan kerana ada orang lain juga mahukan barang sama menyebabkan saya akhirnya setuju untuk bank-in ke akaun CIMB beliau - Mohd Paizal bin Japar. Dia juga memberikan saya nombor kad pengenalan 890212-13-5247. Dia meminta saya menyemak dengan pejabat kastam jika tidak percaya dan memaklumkan bahawa nombor akaun itu adalah nombor akaun gajinya. Terpedaya dengan mulut manis dan lagak jujurnya, saya telah 'bank-in' wang sejumlah RM1550 setelah diberi diskaun sedikit. Barang dijanji sampai besoknya dan 'tracking number.' akan diserahkan pada saya.

Oleh kerana hari sudah lewat petang, saya menghubungi semula Mohd Paizal kastam budiman itu untuk meminta 'tracking number' bagi kurier tersebut. Hati begitu seronok kerana akan menerima Nikon D7000 apatah lagi berjaya dibeli dengan harga murah.

Keseronokan mula bertukar mendung apabila nombor yang dihubungi hanya masuk ke peti suara.. sehinggalah pada hari Isnin berikutnya semua panggilan masuk ke peti suara dan CONFIRM SAYA TERTIPU buat kali pertama di mudah.my.

Segalanya saya jadikan ikhtibar untuk tidak mempercayai sesiapa lagi di perniagaan online dan hanya akan melakukan urusniaga secara COD sahaja. 

Tapi harga pengajaran tersebut sangat mahal.

Saya masih lagi melihat iklan seperti itu di mudah.my dan sangat khuatir ada orang lain akan menjadi mangsa kerana tiada ruang untuk saya buat catatan peringatan di iklan tersebut tidak seperti sesetengah laman jual beli cyber yang ada ruangan Q&A dan sebagainya.

 Journalis Maya: Mangsa Mudah.my



Wednesday, February 20, 2013

Ingat-mengingati

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang meminjam harta orang dengan maksud untuk membayarnya, maka ALLAH akan membantu 

membayarnya. Barang siapa yang berhutang harta orang lain, tetapi ia bermaksud utuk membinasakannya, maka 

ALLAH akan membinasakannya pula "


Hadis riwayat Bukhari dan Ibnu Majah



SALAM SAYANG SAHABAT

   Assalamualikum, kejap masa berlalu ,syawal pun dah hujung2 aku masih disini , update vlog yang dah bersawang nie. suka-duka datang dan pe...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

↑ Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...