1958 Honda Super Cub
Tan Sri Dato' Loh Boon Siew (1915-1995) atau dikenali sebagai “Mr Honda” merupakan pengasas Boon Siew Honda. Loh dilahirkan di Hui-An, Daerah Fujian, China. Dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis babi yang berguna sebagai bahan bakar untuk mendapatkan duit. Ketika berusia 12 tahun, dia tiba di Pulau Pinang menaiki sebuah bot kecil dari China. Dia hanya mampu bertutur dalam bahasa Hokkien. Ketika baru tiba dia bekerja sebagai pelatih mekanik kereta dengan upah 3 ringgit sebulan. Dia tinggal dalam kuarters pekerja ‘kolie keng’ di 4, Katz Street, Pulau Pinang dan dia menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah.
Ketika berusia 18 tahun, Loh membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunakan simpanan 2,000 ringgit. Dia membaiki bas tersebut dan menjualnya dengan harga 12,000 ringgit. Kemudiannya dia membeli 39 unit bas yang lain. Pada tahun 1942, kesemua wang hasil keringatnya dirampas oleh tentera penjajah Jepun semasa Perang Dunia ke 2. Tetapi Loh tidak berputus asa, selepas 1945 setelah Jepun kalah, dia mula menjual basikal dan peralatan motorsikal, kemudian dia mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta terpakai dan juga bas. Pada tahun 1950-an, Loh membuat langkah pertama dalam pembangunan hartanah dengan membina vila di Taman Saw Kit dan Jalan Loh Boon Siew di Pulau Pinang.
Pada tahun 1958, ketika bercuti di Jepun Loh melihat motosikal Honda Super Cub sangat mendapat sambutan. Dia percaya bahawa mesin berkos rendah pasti akan mendapat pasaran yang meluas di Malaysia yang sedang membangun. Loh mengatur perjumpaan dengan Mr. Soichiro Honda kerana menyedari potensi besar Honda. Sebagai tanda ikatan kepercayaan dan hormat yang semakin mendalam, Japanese Honda Motor Co Ltd kemudian melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal motorsikal Honda di negara ini pada ketika 50 unit Honda 4-stroke cub dibawa masuk ke Malaysia.
Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motosikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motosikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bermaksud motosikal kecil.
Beberapa tahun kemudian kilang dibuka di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motosikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motosikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bermaksud motosikal kecil.
jentera nii..Bahulu gunakan untuk menjalankan tugas2 harian....mantap@Vrooooom
1 comment:
kalau la saya ada honda 50sen tue, saya tak malu nak bawak mai kampus... bangga lagi sebab ada honda tue....
Post a Comment