Lukisan kapur oleh seorang artis pada tahun 1980-an ini memberikan
firasat yang menakutkan terhadap peristiwa 9/11. Karya seni yang
menyeramkan ini menggambarkan kesepian seorang gadis muda yang diapit
oleh dua pesawat jet dan Menara Berkembar yang tumbang di dalam sebuah
kebakaran.
Tetapi pada hakikatnya lukisan dilukis lebih awal, iaitu 10 tahun
sebelum tragedi yang mengerikan itu terjadi. Artis Willie Gardner telah
meninggal dunia pada bulan November tahun lepas pada usia 78 tahun, dan
telah dikuburkan dia tanah perkuburan yang sama ketika ia mendapat
ilhamkan melahirkan karya beliau ini.
Lukisan itu menunjukkan gambaran rambut seorang gadis yang berjuntai.
Kelihatan juga seperti api dan asap naik ke langit dari salah satu
menara tersebut.
"pada asal tiada makna pun...hingga terjadi 9/11"..titik kehancuran dunia Islam...pihak barat menjadi ia lesan untuk menyerang negara2 Islam...semua nya kita telah lihat !
Gambaran Masa kini
Ramai pelawat yang menyangkakan bahawa gambaran atau tujuan lukisan itu
dihasilkan sebagai satu penghormatan kepada warga yang terkorban di
dalam serangan di New York pada 9/11 itu.
Cook Lex yang bertugas sebagai Penyelaras Unit Pendidikan di pusat itu
pada akhir 1980-an berkata: "Ia mungkin antara 1988 atau 1989 ketika
saya mula-mula melihat lukisan Willie ini. Ketua di pusat sini pada masa
itu suka kepada karya itu dan Willie telah memberikannya untuk
dipaparkan di pusat tersebut.
"Setakat yang saya tahu Willie melukisnya semasa ia menjadi ahli Kelab
Seni di sini. Saya masih ingat pada itu ketika saya melihat lukisan ini
dan cuba untuk memahami apa yang ia cuba tunjukkan. Ia agak mencuri
perhatian tetapi juga aneh dalam masa yang sama.
Saya tidak sangka ia dikaitkan dengan serangan terhadap Menara Berkembar
kerana saya telah melihatnya untuk sekian lama. Sehinggalah kemudian
datang seseorang yang baru pertama kali melihatnya, dan bertanyakan sama
ada ianya merupakan satu penghormatan kepada mangsa-mangsa 9/11."
Memorial
Unit Pengurus Jody Cannon berkata beliau menyangkakan ia adalah antara
memorial seni. Beliau berkata: "Lelaki yang pertama kali menunjukkan
kepada saya menafikannya dan kemudian memberitahu saya bahawa ia dicat
sebelum 9/11.
Sekarang apabila saya menunjukkannya kepada seseorang yang baru, saya
tidak berkata apa-apa dan mereka biasanya akan berkata ia adalah karya
penghormatan 9/11. Apabila saya memberitahu mereka ianya dilukis sebelum
kejadian itu berlaku mereka tidak percaya."
Anak perempuan pelukis, Aileen Currie, 53, berkata: "Saya tahu ia telah
dilukis bertahun-tahun sebelum Menara Berkembar dimusnahkan. Dia selalu
berminat pada seni dan lukisan sejak masih kecil. Dia adalah seorang
ahli kumpulan seni di dalam Unit Pendidikan. Ia hanyalah satu lukisan
beliau dan saya fikir ia telah lama diletakkan di belakang pejabat
selama bertahun-tahun sebelum mereka meletakkannya ke bahagian penyambut
tetamu."
Lukisan ini
telah digantung di Pendidikan Komuniti Grangemouth di Stirlingshire.
sumber : fail sulit Bahulu.com