klik2 jaa

Saturday, October 29, 2011

Air oh air..

Fakta Kesihatan
MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR.

Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur

Wednesday, October 26, 2011

aku ada kuku.....!!!

sayangilah kuku kita..!!

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat... dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih


sumber:
Mufakkiratul Mukmin 2009

Monday, October 24, 2011

ring,ring,ring....telefon berbunyi

RAHSIA DI SEBALIK TELEFON
kini terdapat pelbagai jenis telefon di pasaran.,harga murah ,mahal,sederhana.

pastikan membeli yang berkualiti agar tidak bermasalah di kemudian hari.
sila ikut langkah-langkah berikut

Untuk mengetahui status...
keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA


"pilihan di tangan kita,elak cetak -rompak" 

Saturday, October 15, 2011

cola - cola..banyak guna nya



 KELEBIHAN COCA COLA cara halus kepada kemusnahan

Fakta seperti yang tersenarai
dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke .



1. Masukkan tulang
dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2.
Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta
jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan
'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6.
Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/
melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8.
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para
pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori dan trak mereka sejak 20 tahun. Jimat belanja

10.
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba  bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah...boleh dapat kencing manis dalam masa singkat


""sudah terang lagi bersuluh""

nota otak :::: kalau nak cuba buat,okey jugakkk jimat sikit belanja bahan2 pencuci

sumber : fail sulit bawah meja Bahulu studio.com

saujana mata memandang


indah nya..alam ciptaan ALLAH

Saturday, October 8, 2011

Kau lah segalanya..buat ku

Assalamualaikum...Seminggu dah berlalu.Jumaat lepas@30/9/2011,hati bagai meronta2,cemas,kegelisahan.Berbagai2 perasaan yg datang dalam diriku.Namun tatkala ini,hati dah lega.Syukur ke hadrat Ilahi kerana pembedahan Uwais dah pun berjaya.Terima kasih kepada semua saudara mara,sahabat handai yg bersama-sama mengirimkan doa buat Uwais tak kira di fb ataupun di blog ini.Sebagai kenangan,aku catatkan rentetan peristiwa kelmarin...

Khamis 29 September 2011
9.50 pagi - Sampai Ipoh
10.00 pagi-Appoinment di klinik pembedahan
10-57 pagi-Dah siap daftar kat kaunter
11-20pagi-'Check in' di wad 5D.Bilik no3,katil no3.
Di wad-rutin biasa,doktor ambik darah,cucuk jarum,ambik tekanan darah
Petang-Doktor bius datang.Bagi penerangan tentang bius dan pembedahan esok.

Jumaat 30 September 2011
3 pagi- Dah start puasa.
8.30 pagi-Segerombolan doktor pakar datang.Check Uwais.Kes ke2 tuk di bedah pada hari tu.
10.37 pagi- Masuk air
11.50 pagi- Bersiap tuk ke dewan bedah am di Tingkat 3.
11.59 pagi- Menunggu giliran di ruang luar dewan bedah
12.30 tengahari- Uwais di bawa masuk ke ruangan dalam dewan bedah oleh aku sendiri.Setelah Uwais di bius dan dah xsedar baru aku keluar.
1.50 tengahari-Pembedahan selesai.Aku dipanggil masuk.Uwais dah melalak,dah sedar.Menunggu di ruang pemantauan.
3.00 petang-Balik ke Wad 5D

Sabtu 1 Oktober 2011
8.30 pagi- Doktor datang.Dia tanya nak balik ke nak stay lagi sehari.Dah tentu,aku nak balik.Tu pun setelah aku tengok Uwais dah boleh minum susu ngn elok wlpun perit nk menelan.Dapat discaj aritu.
1.00 tengahari- 'Check out' dari wad.


Tanda nama Uwais...dah xde pun nk buat kenangan.Dah tercabut masa kat dewan bedah.

Hari pertama di wad.
Hari kedua di wad.Sabar menanti panggilan dari dewan bedah dengan perut yg kosong.
Di ruang menunggu dewan bedah.
Dah selesai bedah.Masa ni dah masuk wad balik


Jutaan terimakasih dan sekalung penghargaan buat semua.Terutama team pembedahan di Dewan Bedah Am Tingkat 3 Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.Semua staff dan doktor di Klinik Pembedahan.Juga buat semua staff yg bertugas di Wad 5D,Wad Pembedahan Kanak-Kanak.Jasa kalian tetap akan ku kenang hingga akhir hayat.Terima kasih kerana sudi melayan karenah kami sekeluarga.Buat adik-adik pelatih,akak happy ngn adik2 semua.Keramahan korang buat akak terlupa masalah yg akak hadapi.3 hari 2 malam kami di Wad 5D...kenangan terindah yg sukar dikikis...Terimakasih semua...

*Aku dah karang cerita penuh 3 hari 2malam di hospital.Tapi entah kenapa,aku rasa terlalu sukar tuk kukongsi bersama di sini..Biarlah cerita itu bersemadi di hati....Hanya kegembiraan yg ingin ku kongsi bersama.Biarlah segala kesukaran hati ,ku pendam saja di lubuk hati...catitan dibuat oleh wife Bahulu dan ku kongsi kan buat renungan hari esok.

catitan Bahulu ::: yang pasti kini uwais kembali ceria dan cergas seperti anak-anak ku yang lain...syukur pada ALLAH kerna Dia Maha Mengetahuai segalanya.

nukilan : deeja-anakdesa.blogspot.com

Sunday, October 2, 2011

Tanggal 30 Sept....

Tanggal 29 sept aku  tempuhi satu pengalaman baru ,anak ku Uwais bakal menjalani 1 pembedahan klef  di hospital ipoh,Perak pada tanggal 30 sept.Perasaan ketakutan dan kerisauan bermain di kotak hati ku,sayu terkenangkan anak ku.Hari yang tiba telah pun tiba jam 12.30 tgh anak ku bakal menjalani 1 pembedahan ,perasaan ku kian kencang menanti saat   nya uwais  melangkah kan kaki  memasuki ruang menunggu menanti giliran .... pada  saat itu tiada kata-kata yang mampu aku katakan ...semua aku serahkan kepada ALLAH ,kerana Dia Maha Mengetahui Nya.ku reda sebagai umat nya..




pejam celik dah Sywal

 tot2 dah Syawal 2024 .... masa bergerak pantas sungguh ku coretkan  salam Syawal 2024 dar saya buat semua yang sudi singgah.

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...