klik2 jaa

Monday, June 10, 2013

Rahsia di balik BULAN SYAABAN

Kehebatan di Bulan Syaaban


alt
Rejab sudah berlalu. Kini telah pertengahan Syaaban. Lambaian Ramadan 15 hari lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban
1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.

Saturday, June 8, 2013

Aku dan Honda EX5 .

Cerita sana-sini aku dan Honda EX5 .

EX5 baru berwarna emas keluaran Boon Siew Honda.Seingat aku dulu-dulu tak ada warna garang2 macam niii..yang ada merah , biru dan hitam.Hari nii kita di hidangkan dengan warna-warna yang meletop dan garang.Masih menjadi pilhan aku dari dulu hingga hari niii sampai dah ada 4 anak.

seingat aku bermula dengan c70..too bapa aku yang bagi hingga dah kerja aku mampu beli motor . Darah muda katakan sambar Yamaha tzm150 pada too kira paling top lah...he3,ulang-alik kerja kat KL ke Perak...pantang ada cuti pasti balik kampung.
satu iklan yang unik ""' satu untuk  semua """. Serba- guna

pastoo pakai pulak suzuki fx150..fuh hebat jugak motor nii 4stroke terbaik dari  Suzuki...sama hebat ngan Yamaha.jugakkk.Paling last motor honda cup jugak jadi pilihan ,al-maklum dah kawin ada anak2...senang nak angkut pi sekolah dan bersama-sama dalam tugas2 seharian mencari rezeki.

Hingga hari sudah ada 2 biji ex5 sebagai teman di jalanan aku.Pakai selagi boleh..nanti satu masa akan jadi motor Retro.abiss dah kisah aku.

Apa yang menarik cup niii::::
+motor Honda EX5 ni merupakan antara motor yang terlaris di pasaran. Tapi Awas jika silap parking,tak sampai 5 minit,motor ni akan lesap tanpa kesan oo. begitulah aura Honda EX5 ini. walaubagaimanapun,motor yang pernah dikategorikan sebagai motor paling hot  in the house * 
(hingga hari ini  menjadi kegilaan semua peringkat sehingga sering menjadi mangsa rakus manusia bernama Penyamun Tarbus ) 


ciri-ciri nya...bentuk asal masih dikekalkan dengan sedikit perubahan grafik, emas jadi pilihan kedua aku..(1.5M) di sisi kanan weh



Di tampilkan dengan kemajuan pada ciri-ciri keselamatan dan reka bentuk mesra-alam untuk memberi lebih keselesaan kepada pengguna pelbagai fungsi dalam tugas-tugas seharian..paling ketara kegunaannya  posmen,paper man and uncle jual roti..pon,pon,pon  ,gamak kalo tak pakai e5 motor apa depa guna ??? chooo jawab..



*Beserta jaminan dari honda...ikut pengalaman selama hampir 7 tahun guna tiada masalah besaq..cuma perlu tukar keperluan asas minyak 4T,plug ,rantai, tayar dan lain2.Yang paling menarik rantai kecik,o-ring,klas plat,auto klas  baru 1 kali tukar.Harga masa beli dulu RM3900 termasuk insuran t/part ada starter lagi."' tiada masalah yang membolehkan aku lepak lama kat kedai motor""

** tak ada rezeki dah jumpa ex5 keluaran PERTAMA siap kat enjin tulis MADE IN JAPAN..tapi udah dijual kat org lain...melepas yeop !!!! hari tengah server ex5 high power tahun 1995--1998.sebagai koleksi ke3..fuhhh banyak tooo

iklan Retro...zaman aku sekolah dulu, Honda Rider  paling aku suka.Vroooooom




iklan era tahun 2000 keatas, tak pasti tahun bila?




Sunday, June 2, 2013

Indahnya dunia...hargailah



 10 Air Terjun Menarik Dunia.



Kawasan air terjun sememangnya merupakan antara kawasan yang menjadi tempat tumpuan ramai dan sentiasa menjadi kawasan perkelahan

memukau dan terpukau mata !! ayaq2...

Kaieteur

Terletak di Potaro River, Guyana, ianya sebuah air terjun yang unik sebab berbentuk segi empat tepat dan merupakan salah satu air terjun tertinggi di dunia, Ianya setinggi 741 kaki dengan kelebaran mencecah 370 kaki.
 air terjun  terletak di kawasan yang masih lagi terpelihara dari sebarang penerokaan, masih mengekalkan keadaan asli dan semulajadi.

Dettifoss

Merupakan sebuah air terjun unik dari Iceland. Ianya adalah antara air terjun di Eropah yang paling berkuasa. Ianya mampu mengalirkan salji yang cair atau glasier. Ianya jugak macam air terjun Kaieteur iaitu masih lagi terpelihara keasliannya.
merupakan gabungan dari 3 air terjun yang mengalir dari sebuah sungai yang sama dan dianggap sebagai Grand Canyon Iceland. Hmm.. Dengar Grand Canyon pun dah tau memang sangat besar dan dalam.

Gullfoss

Betul, ianya terletak kat Iceland di sebuah wilayah bernama Haukadalur.
bersaiz luar biasa besarnya dan merupakan salah satu kebanggaan rakyat Iceland.
Airnya adalah dari sungai Hvita dan menariknya, pelangi mudah terbentuk di setiap sudut air terjun

Sutherland

Air terjun dengan ketinggian 580 meter nie terletak di Fiordland National Park, New Zealand dan turut tersenarai dalam World Heritage Area dari UNESCO kerana keindahan semulajadinya.
terletak di Milford Track, iaitu kawasan penjelajahan pejalan kaki terbaik di dunia. Sesiapa yang berkunjung di New Zealand wajib lawat
Air terjun Yosemite, Amerika Syarikat nie adalah antara air terjun yang ikut mood dia. .. Sebabnya bukan selalu ianya mengalir cantik dan mengikut pengalaman mereka-mereka yang melawat kawasan 

pada musim bunga barulah air terjun Yosemite nie akan mengalir dengan baik dan aliran airnya adalah setinggi 2,425 kaki dan kalau korang pergi melawat masa musim salji.
Ianya terletak di California dan merupakan tarikan pelancong .

Angel

Dengan namanya yang curlass , ianya jugak melambangkan beberapa misteri di sebalik air terjun .
 Yang pertamanya, air terjun mengalir tanpa gangguan dan keduanya ia mengalir dengan ketinggian setinggi 807 meter dari sebuah gunung dengan permukaan rata.
Ada sesetengah pihak beranggapan hal tak logik namun ianya adalah realiti dan tidak senang untuk meneroka air terjun . 
Tambahan pulak kawasan air terjun nie selalu ditutupi awan yang dikenali sebagai Tepuy.  Menarik, kan?

Plitvice

Sebuah kawasan air terjun yang tersangat la cantik terletak di utara Dalmatia, Croatia. 
Apa yang menarik adalah air terjun nie bukan mengalir tunggal tapi terdiri dari beberapa air terjun yang mengalir dari tempat dan ketinggian yang berbeza. Air-air terjun menghasilkan beberapa kolam yang airnya cukup jernih dan berwarna-warni.
Ianya terkenal sebagai destinasi pelancongan dan kerajaan Croatia mengambil inisiatif membina ruang pejalan kaki yang membolehkan para pengunjung berjalan di bawah, di tepi dan di atas kawasan air terjun. Terbaekk!!

Niagara

Air terjun nie sape yang tak pernah dengar memang pelik la. Terletak di Ontario, Amerika Syarikat, ianya merupakan air terjun terbesar di dunia dengan kekuatan air mencecah 2.8 juta liter sesaat!!
Walaupun kawasan sekelilingnya cantik manapun tapi dengan kehebatan air terjun,
ianya dahpun melayakkan air terjun nie sebagai salah satu kawasan paling menarik di dunia.

Victoria

Air terjun tunggal terbesar di dunia dengan luas bidang sejauh 1.7 kilometer dan setinggi 108 meter terletak di Zambia.
Ianya mengalirkan 1 juta gelen air sesaat secara purata dan juga merupakan kawasan semulajadi yang diiktiraf oleh UNESCO.

Iguazu

Air terjun yang terletak di Argentina mengalir selaju 1.3 juta liter sesaat dengan kecuraman sejauh 2 kilometer dan terbentuk dari 275 air terjun kecil.
Kawasan air terjun memang menakjubkan dan menarik untuk dikunjungi .

pejam celik dah Sywal

 tot2 dah Syawal 2024 .... masa bergerak pantas sungguh ku coretkan  salam Syawal 2024 dar saya buat semua yang sudi singgah.

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...