Wajah Baharu Kawasaki KSR110
edisi terjah..patut ler BS tengok motor niii banya jugak yang guna,semua arikel di copy and paste sebagai rujukan .
Oleh Shawkath Azde
shawkath.ashraf@kosmo.com.my
TAHUN 2006 menyaksikan kemasukan motosikal supersport mini jenama Kawasaki. Tiga tahun kemudian, generasi kedua pula diperkenalkan dengan dua warna pilihan iaitu merah dan putih. Itulah model KSR110. Rupanya seperti sebuah scrambler tetapi bersaiz mini.
Mei lalu, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (Kawasaki Motors) memperkenalkan varian terbaharunya. Pembaharuan yang cukup menggoda. Tidak lagi seperti model terdahulu yang nampak tua. Tiada lampu hadapan dan belakang petak. Lampu isyarat membelok dan cermin sisi pula bukannya berbentuk bulat lagi. Model bersesaran 111cc ini sudah ditukar wajahnya.
Kawasaki Motors menempatkan lampu hadapan model KLX150S pada model ini. Lampu belakang dan isyarat tepi pula diambil daripada model Ninja 250R. KSR110 merupakan motosikal empat lejang. Enjin varian 2011 ini ada sedikit kelainan jika dibandingkan dengan model keluaran 2009. Kuasa maksimum ditingkatkan kepada 8.7PS @ 8,500rpm berbanding 7.9PS pada 8,000rpm.
Begitu juga dengan tork maksimumnya iaitu 8.4Nm pada 6,000rpm. Sebelum ini, ia hanya 8.1Nm pada 6,000rpm. Baru-baru ini, saya berpeluang menunggang uji jentera ini. Motosikal yang diberi berwarna kuning terang. Perkara pertama tercetus di fikiran ialah meriah sungguh warnanya. Pasti menarik perhatian pengguna jalan raya lain. Motosikal ini sebenarnya amat sesuai untuk penunggang baharu dan mereka yang mahukan keseronokan.
Untuk menghidupkan motosikal ini, kunci dimasukkan dan butang Engine Stop pada bahagian kanan hendal ditekan. Selepas itu, anda perlu menggunakan penendang kaki. Motosikal ini tidak dilengkapi butang penghidup atau klac tangan. Dengan mudah ia dapat dihidupkan. KSR110 dilengkapi kotak gear empat kelajuan dan menggunakan khidmat sistem karburator jenis Keihin PB18.
Harus diketahui, operasi gearnya berbeza. Untuk memasukkan gear satu sehingga keempat, anda perlu menyungkit tuil gearnya. Kelajuan maksimum yang berjaya diperah ialah 100 kilometer sejam (km/j) di laluan lurus. Motosikal ini bukannya untuk merempit, ia sebuah fun bike. Lebih kepada keseronokan tunggangan. Jadi, saya pun menguji mengikut keseronokan sendiri.
Tiada laluan jalan raya spesifik menjadi litar tunggang uji. Apa sahaja laluan dan halangan yang difikirkan rasional, saya redah.Lampu terangHari pertama tunggangan, beberapa pembahagi jalan raya yang tidak begitu tinggi diharungi. Ternyata sistem suspensi hadapan USD (Upside-down ) dan penyerap hentak tunggal belakang itu memainkan peranannya dengan cukup baik. Begitu juga ketika melalui lubang-lubang dan tompokan tumpahan simen atas jalan.
Sewaktu memecut di MRR2 pada hari kedua, saya dapati pikap motosikal kecil ini agak mengagumkan. Namun, keadaan menjadi kurang selesa apabila ada tolakan angin daripada kereta yang memotong. Saya dapat merasa kesannya dengan jelas. Berat dengan minyak KSR110 ialah 95 kilogram (kg) dan berat badan saya hanyalah 60 kg.
Hari ketiga tunggangan dilakukan sekitar 2 pagi. Kali ini, saya dan KSR110 membawa diri ke Bukit Ampang, Kuala Lumpur untuk menikmati panorama keindahan malam. Pujian diberikan pada aspek pencahayaan motosikal ini. Suluhan lampu hadapan terang dan meliputi jarak yang agak jauh. Lampu belakang pula memaparkan cahaya merah yang terang.
Tugas memberhentikan jentera ini diserahkan kepada dua set brek cakera dengan satu omboh masing-masing pada roda hadapan dan belakang. KSR110 dilengkapi sport rim 12 inci dan dipadan dengan tayar bersaiz 100/90 pada kedua-dua roda. Berhubung penggunaan minyak, sukar ditentukan kerana panel meter tiada petunjuk minyak. Tangki motosikal funky ini berkapasiti 7.3 liter.
Ada yang mendakwa setiap satu liter menyamai jarak sehingga 50km atau 55km. Varian baharu ini ditawarkan pada harga jualan RM7,299 seunit. Ia tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Selain warna kuning, turut ditawarkan ialah warna hijau Kawasaki.
Jaminan diberikan selama satu tahun atau jarak perbatuan 10,000km (mana-mana tiba dahulu). Monopoli Kawasaki dalam kategori mini supersport bike selama ini bakal berakhir sekitar awal tahun hadapan. Ia berikutan KRS110 akan ditemani dengan satu produk baharu daripada salah seorang pesaing dalam industri. Sama-sama kita nantikan.
Sumber: Kosmo!
3 comments:
Assalamualaikum Mohd
macam saya mukin dah tak sesuai...
agak menarik...
teringin juga nak naik motor jenis ni..
ehehehehee
buat yg muda2 bole pakai cam nii..cam BS nak bawa anak2 ke sekolah tak sesuai.hehehe
kita layan gambo jea lah atuk &mie
Post a Comment