klik2 jaa

Saturday, February 2, 2013

Perang Larut bermula segala-galanya.

بسم الله الرحمن الرحيم

si Larut membawa kepada segala2 sejarah yang terlakar di Taiping.


bijih timah membawa kepada campurtangan british di Tanah Melayu
kesudahan nya kisah bijih timah


Perak antara negeri yang mengalami konflik yang berlarutan dan juga merupakan negeri pertama yang menerima penjajahan British secara langsung melalui Perjanjian Pangkor 1974.Sebelum itu,sudah banyak kekacauan telah berlaku seperti Perang Larut.Perak merupakan negeri yang kaya dengan hasil bijih timah terutamanya di daerah sekitar Kelian Pauh,Lembah Kinta dan Kelian Bharu. Orang Melayu pada masa itu hanya menjalankan perlombongan bijih timah dengan hanya menggunakan teknik mendulang.

 Teknik mendulang hanya mendapat hasil yang sedikit sedangkan bijih timah pada masa itu harganya agal tinggi.Oleh itu,sekitar tahun 1848,Long Jaafar telah membawa masuk orang cina secara besar-besaran bagi menusahakan lombong bijih dan hasilnya meningkat berkali ganda. Malangnya,orang cina yang datang itu telah terlibat dengan kumpulan kongsi gelap Hai San dan Gee Hin yang telah menimbulkan hura hara di Perak sehingga berlakunya Perang Larut.Bagi mengatasi kekacauan ini,Menteri Larut iaitu Ngah Ibrahim telah melantik Timbalan Pesuruhjaya Negeri-Negeri Selat iaitu Kapten Speedy bagi menyelesaikan masalah kekacauan tersebut yang merugikan perdagangan timah.

    Larut merupakan sebuah sebuah daerah yang diperintah oleh wakil sultan iaitu Long Jaafar.Long Jaafar telah membawa masuk seramai 20 orang cina dari suku Chin Seah yang berasal dari Kwangtung bagi membuka lombong di Kelian Pauh.Kemakmuran lombong Kelian Pauh telah mendorong orang cina dari jauh seperti Pulau Pinang turut datang untuk turut melombong.Suku yang pertama sekali datang ialah suku Khek dan membuat penempatan di kawasan Kelian Pauh.

Selepas puak Khek datang pula puak Kongfu yang membuat penempatan di Kelian Bharu yang turut membawa masuk kongsi gelap.Disebabkan kemakmuran Larut ini maka telah berkumpul 2 kumpulan kongsi gelap yang terdiri dari puak Hai San dari suku Khek dan puak Gee Hin dari suku Kong fu.
Walaupun mereka berada di Larut namun mereka tetap menharapkan bantuan kewangan dari Pulau Pinang kerana Pulau Pinang merupakan pusat kepada kegiatan Kongsi Gelap.Pemerintah Melayu di Larut mendapat hasil melalui beberapa punca seperti cukai timah yang dibawa keluar,cukai candu dan juga cukai perjudian.

Dalam pengutipan cukai ini Pembesar Melayu hanyalah melakukan sisitem pajak.Puak Hai San merupakan puak yang pertama sekali datang dan diberi pajak tersebut maka ini menimbulkan kedengkian kepada puak Gee Hin.Perselisihan 2 puak ini berlaku akibat beberapa sebab seperti hal melombong dan juga kuasa mengawal pengaliran air yang sangat penting dalam pelombongan.Hubungan kedua puak ini bertambah tegang apabila berlaku Peperangan Hakka Puntei di Kwangtung iaitu antara puak Khek dan Kongfu.

    Perang Larut pertama berlaku pada tahun 1861 apabila puak Hai San menyekat laluan air ke lombong puak Gee Hin yang kaya dengan bijih timah.Dalam perang ini,Puak Gee Hin telah kalah dan terusir ke Kemunting.Selepas serangan pertama tersebut puak Hai San sekali lagi menyerang puak Gee Hin pada waktu malam sehingga memaksa puak Gee Hin berundur ke Permatang di pinggir laut.Kira-kira 1000 puak Gee Hin pergi ke Pulau Pinang dalam keadaan yang menyedihkan,ketua puak Gee Hin telah meminta bantuan British untuk menyiasat perkara tersebut.Gabenor British telah meminta Sultan Perak menyiasat dan membayar ganti rugi kepada Puak Gee Hin yang berjumlah 17,500 dolar namun Sultan tidak dapat membayarnya dan pula boleh memaksa Ngah Ibrahim membayarnya.

Sultan Perak telah menghantar Laksamana Muhammad Amin untuk berunding dengan Ngah Ibrahim tentang masalah ini.Jumlah sebegitu besar tidak mampu dibayar oleh Sultan dan Ngah Ibrahim telah bertindak membayarnya.Sebagai tanda terhutang budi Sultan Perak telah memberi hak tadbiran mutlak kepada Ngah Ibrahim dan diangkat menjadi Menteri Larut.Ho Ghi Siu telah dilantik oleh British sebagai ketua baru di Larut menggantikan So Ah Ching yang mati dibunuh dalam perang ini.

    Tidak terhenti setakat itu,Pada 1865,berlaku pergaduhan mengenai perjudian di Kelian Pauh.Puak Hai San seramai 200 orang telah bertindak merampas kedai perjudian milik puak Gee Hin.Tuan kedai tersebut telah melaporkan tindakan puak Hai San tersebut kepada puak Gee Hin yang berada di Kelian Bharu.Puak Gee Hin menjadi marah dan membunuh seorang puak Hai San pada 10 Jun serta menyerang Kelian Pauh dan membakar kampung tersebut.Oleh itu,puak Hai San dengan dibantu oleh Ngah Ibrahim telah bertindak menyerang pauk Gee Hin sehingga memaksa Di Pulau Pinang mereka cuba mendapat bantuan British namun tidak berhasil apabila British tidak mahu terlibat dengan peristiwa terbabit.

Tidak cukup dengan peperangan di Larut,puak Hai San menyerang pula puak Gee Hin di Pulau Pinang.Mereka mendapatkan bantuan daripada kongsi gelap Toh Peh Kong dan kumpulan bendera Merah.Manakala puak Gee Hin bersatu dengan puak Bendera Putih yang bermusuh dengan Puak Bendera Merah.Pada 3 Ogos berlaku peperangan yang hebat selama 5 hari.Selepas perang tersebut,setiap puak didenda sebanyak 5000 dolar dan ketua yang aktif dalam puak tersebut telah dibuang negeri bagi mengelakkan masalah sama berulang. 

    Perang Larut tidak terhenti setakat itu sahaja.7 tahun kemudian iaitu sekitar tahun 1872 berlaku sekali Perang Larut akibat hubungan ketua puak Gee Hin iaitu Lee Coyen ( Lee Ah Kun ) dengan isteri kepada saudara rapat ketua puak Hai San iaitu Chang Keng Kwee.Lee Coyen dan perempuan tersebut telah ditangkap oleh puak Hai San dan mereka diseksa dengan dimasukkan kedalam keranjang bekas babi dan turut dihumban kedalam bekas lombong.Orang Gee Hin memang telah menanti peluang untuk menyerang puak Hai San.

Puak Gee Hin lebih sedikit berbanding dengan puak Hai San jadi puak Gee Hin  telah membawa masuk orang,senjata,serta peluru untuk tujuan itu.Pada Febuari 1972,Puak Gee Hin telah melakukan serangan keatas Hai San dan serangan ini berjaya mengusir puak Hai San dari Kelian Pauh.Menteri Ngah Ibrahim telah membawa puak Hai San ke Pulau Pinang dan memberikan konsesi lombong kepada puak Gee Hin.Tetapi pada September 1872 puak Hai San bersedia untuk menyerang Larut kembali.Serangan keatas Larut hanya berlaku setelah setelah Gabenor British tidak mahu menyelesaikan pergaduhan tersebut.Serangan Puak Hai San telah berjaya menawan Matang dan berjaya mengusir puak Gee Hin dari Larut.

    Perang Larut keempat berlaku pada tahun 1873,dan merupakan Perang Larut yang terakhir.Perang Larut ini terjadi akibat Puak Gee Hin yang ingin membalas dendam atas kekalahannya di Larut.Puak Gee Hin telah menyerang dan berjaya menawan pekan Simpang yang strategik untuk menawan Larut.Mereka mengadakan rondaan di Sungai tersebut bagi mengelakkan bekalan makanan dan senjata dibawa masuk ke Larut.Mereka juga telah membina kubu di Simpang.Menteri Larut telah ke Kerian bagi mendapat bantuan British setelah Sultan Ismail gagal untuk menyelesaikan perkara ini namun British enggan menolong.

Puak Hai San telah menyewa kapal Fair Malacca dan mengibarkan bendera Union Jack untuk ke Larut.Kapal tersebut telah diserang dan memaksa British menghantar angkatan kecil perang untuk menghapuskan Puak Gee Hin yang dituduh sebagai lanun.Menteri Larut telah meminta bantuan Kapten Speedy setelah isu itu terus berlarutan.Kapten Speedy telah berhenti sebagai penolong penguasa polis setelah ditawarkan 15 000 dolar dan suku dari hasil daerah Larut jika berjaya menyelesaikan masalah tersebut.Namun masalah ini hanya selesai setelah Sir Andrew Clark menjadi Gabenor apabila beliau menyelesaikan masalah pertelingkahan perebutan takhta raja Perak kerana Perang Larut ini juga berlaku akibat penglibatan mereka yang berebut takhta Perak.



jam menara antara tinggalan sejarah

bangunan tinggal yang kini di jadikan Pejabat Tanah

sekian untuk siri ini. ""sejarah membawa kita kepada segala-gala samada suka dan duka "" rujukan: buku sejarah

1 comment:

Dr Singa said...

saya suka Muzium Long Jaafar itu!!!

pejam celik dah Sywal

 tot2 dah Syawal 2024 .... masa bergerak pantas sungguh ku coretkan  salam Syawal 2024 dar saya buat semua yang sudi singgah.

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...