klik2 jaa

Wednesday, June 1, 2011

Rezeki...Jumaat


 As salam....Jumaat Penghulu segala hari@Bulan Rejab 1432
 Sedikit buat tatapan bersama...

Semua makhluk mengerah keringat untuk mencari rezeki. Bahkan burung sekalipun harus terbang keluar mencari rezeki untuk anak-anaknya. Namun terbang atau berjalannya kita mencari rezeki tidak akan memberi apa-apa jika tiada niat ibadah untuk-Nya. Hanya penat dan harta, tetapi tiada keberkatannya. Betapa ramai insan yang keluar mencari rezeki, tetapi tidak pernah berasa cukup dengan apa yang dinikmati.

Sering mengeluh itu dan ini, masih terus menagih janji dari-Nya. Kita terlupa bahawa kehidupan bukan sekadar keluar mencari rezeki dan meneruskan kehidupan. Tetapi kehidupan ini adalah sebuah perjalanan mencari benih-benih Rahmat untuk dituai di Syurga sana.

Kita lupa meletakkan diri di tangan-Nya. Kita sering bersikap sombong kepadaNya dan bergantung sepenuhnya di atas usaha. Sedangkan tawakal kepadaNya adalah punca utama rezeki, dan perkara inilah yang sering ditinggalkan dan dilupakan.

Lupakah kita dengan sikap tamak Qorun dan rakusnya Firaun? Mereka hidup seperti tiada ajal yang bakal menjemput. Mereka lupa bahawa ada yang lebih agung sedang memerhati dan mengawal hidupnya. Namun insan-insan agung seperti Ismail sering mendapat Rahmat dan Kurnia dari Allah hanya kerana Tawakal.

Ketika Ibrahim diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih Ismail, tiada apa yang diragukan, tiada apa yang ditakutkan. Berkata Ibrahim kepada Ismail, “Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pandanganmu?” Ismail menjawab, “Wahai ayah, laksanakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah ayah akan mendapati aku termasuk dari orang-orang yang sabar.” (Surah as-Saffat:102)


Lihatlah ayat yang dituturkan oleh Ismail kepada ayahandanya. Baginda menghapuskan peranan dirinya dan menafikan kehadirannya dalam melaksanakan perintah Allah. Baginda tidak mengaku sebagai seorang yang berani dan berjiwa satria. Baginda menyerahkan segala urusan baginda kepada penciptanya, iaitu Allah dengan mengatakan “insyaAllah ayah akan mendapati aku termasuk dari orang-orang yang sabar”.

Indahnya hidup. Hidup yang penuh kehambaan dan mengetahui bahawa peranan insan di dunia hanyalah untukNya.

Sedikit atau banyak rezeki yang dicari, akan berasa nikmat jika dinilai atas dasar ibadah dan takwa. Hidup atau mati, tiada siapa yang tahu. Teruskanlah langkah dan larimu di muka bumi, hati-hati jangan sampai tersadung. Dunia ini ibarat sebuah kapal yang sedang belayar.

Kadang-kadang dilambung ombak, kadang laju ditiup angin yang deras. Tetapi tujuan akhir pelayaran ada destinasi. Destinasi yang tidak pasti, sama ada berakhir dengan baik atau buruk. Namun, belayar tetap belayar.

No comments:

pejam celik dah Sywal

 tot2 dah Syawal 2024 .... masa bergerak pantas sungguh ku coretkan  salam Syawal 2024 dar saya buat semua yang sudi singgah.

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...