dari arah tepi tambak jea nnii...pasport dah mati....
masih utuh..tapi aliran air laut sudah tersekat buat sekian lama.....jiran kita itu ada kepentingan nya..pelbagai pulak di tuntut untuk bina jambatan baru,amat tidak logik @tak ikhlas.
nun di sana...jiran sebelah@singapura
Sejarah Tambak Johor bermula pada tahun 1909 apabila landasan keretapi ke Johor Bahru siap dibina. Pada masa itu, hubungan ke Singapura, yang merupakan Ibu pejabat British di Asia Tenggara, hanya dengan menggunakan feri.
Singapura merupakan pintu masuk barangan bagi seluruh Malaya. Ini termasuk Negeri-Negeri Bersekutu , Negeri-Negeri Selat, dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Perjalanan feri merentasi Selat Johor ke Woodlands merupakan proses yang rumit. Satu feri hanya boleh memuatkan enam lori. Pada tahun 1911, jumlah lori yang menggunakan perkhidmatan feri ini adalah sebanyak 11,500. Apabila barangan berasaskan pertanian semakin maju, jumlah ini meningkat sehingga 54,000 pada tahun 1917. Perkhidmatan feri kini terpaksa berjalan 24 jam.
Keputusan akhirnya dibuat untuk membina tambak bagi menghubungkan Singapura dengan Johor dimana jalanraya dan landasan keretapi boleh dibina.
Beliau bersara pada tahun 1952 tetapi menetap di Malaysia sehingga akhir hayatnya, dan beliau sentiasa mengingati zaman gemilang pembinaan Tambak Johor.
Tambak Johor merupakan projek paling besar pada masa itu. Keseluruhan struktur itu berukuran 60 kaki lebar dan menampung dua landasan keretapi serta jalanraya selebar 26 kaki. Panjangnya adalah 3465 kaki dari Johor Bahru ke Singapura.
Kedalaman laut ketika itu adalah 46 kaki dan 10 pembentung bergarispusat 5 kaki dibina agar sampah sarap tidak akan berkumpul di kunci air.
Tambahan pula, Tambak Johor juga membawa paip air dari Johor ke Singapura dan sebaliknya, dan juga kabel komunikasi.
Tambak Johor dibina dengan kos sebanyak 17 juta ‘Straits Dollars’. Ini merupakan jumlah yang tinggi jika dibandingkan dengan belanjawan tahunan tanah jajahan sebanyak 28.3 juta dollar pada tahun 1924. Projek ini diuruskan sebagai Projek FMS Railway dan diletak bawah kuasa Pengurus Besar Mr. P.A. Anthony. Kos pembinaan dilaporkan dikongsi antara Negeri-Negeri Perseketuan Melayu, Johor dan Negeri-Negeri Selat.
Batu Tambak
(Batu Bundar dan Granit – Hard Hornblende Granite )
No comments:
Post a Comment