klik2 jaa

Wednesday, March 30, 2011

*DECO DECO BENG BENG BOONG !




As salam....hari nii dah 30 hb mac...kejap lagi 31 hb ,maka jelma lah pulak  April pulak..tugas-tugas seharian masih menanti Bahulu...bak kata pepatah " kerja sampai pencen " ...
di pendek kan cerita yang sedia  padat niii...Bahulu join pulak segmen otai kita nii  Ben Ashaari
korang Klik nanti kita terus zooom kat sana...yea

Pada yang  terjah kat sini korang komen2 yang patut-patut yea..@buatlah cam rumah korang sendiri...sudi2 kan lahhhh

Note :Sudah kah korang ke LHDN @lembaga Hasil....atau kata lain..tukang kutip cukai..masih ada masa lagi hingga akhir bulan April 2011..untuk kemas kini penyata pendapatan Tahun 2010..
yang mana2 kena Cukai Pendapatan...Faham jer lahhh..
jangan tunggu saat akhir.....nanti Jem terukk oooo..cam kes bayar Saman Hari tooo..mak oooi punya lah panjang...ramai pulak tooo.

As Salam ...........

Tuesday, March 29, 2011

Panduan Urus-niaga...di mudah.com

Attention Mudah's Customer!

Sila baca dan fahami..demi jaminan barang di beli sampai pada pembeli dan untuk elak penipuan dari penjual.

berdasarkan pengalaman Bahulu sepanjang ber urusniaga di mudah.com..ada setengah penjual sanggup menipu ..bayaran dah di buat,barang tak di hantar...jika ada maklumat penjual  dengan mudah laporan POLIS dapat di buat..HAK KITA DAPAT DI LINDUNGI

bahulu pun tengah tunggu ...tindakan dari pihak POLIS....1 time di tipu.mujur segala maklumat bahulu ambil sebelum buat bayaran... Kerana RM400  ada manusia sanggup menipu.

Shop safely

  1. Never pay in advance to the seller that you do not know. It is always good to deal with COD (Cash on Delivery).
  2. Even if the seller discloses their personal information or bank account number, this does not protect you from being cheated.
  3. Where possible, request original receipt and a written receipt for the purchase.
  4. Never send the goods before payment arrangements have been finalized.
  5. Never pay any money in advance, no matter how reliable the seller seems to be.
  6. Fraudsters often offer to provide proof of identity (IC, passport, driving license, etc) as a "guarantee". This does not protect you against fraud or being cheated!
  7. Some international payment solutions offer built-in security features, such as Paypal, but this is not common. Never use payment services such as Western Union, MoneyGram, or BidPay, as it may be very difficult to control/stop payment with these services. Such services are also popular with fraudsters for the same reasons. Avoid using most international payment services.

Take extra caution when...

  1. The offer sounds too good to be true.
  2. The other party keeps pushing you to complete the deal.
  3. Someone asks for your bank account or credit card number.
  4. Paying large amounts to people you don't know. Try to meet up at a shop or at a public place.
  5. Buying branded items. It is always advisable to meet up with the buyer at a shop and check the authenticity of the item.

Phishing

PHISHING is the act of sending an e-mail to a user falsely claiming to be an established legitimate enterprise in an attempt to scam the user into surrendering private information that will be used for identity theft. The e-mail directs the user to visit a Web site where they are asked to update personal information, such as passwords and credit card, social security, and bank account numbers, that the legitimate organization already has. The Web site, however, is bogus and set up only to steal the user's information.

Placing ad on behalf

DO NOT place ad on behalf of others.
Please visit our shop save tips.

Kind Regards,

Monday, March 28, 2011

Meh kita santai ....







Wilayah itu mungkin milik ku
Ku persilakan kau memasukinya
Andai ada kesudian mu
Memerhati satu sudut alam
Keindahan tidaklah sempurna
Tapi di situ ada ketulusan
Di situ ada kasih sayang
Sebuah pondok asmara yang tidak pernah selsai
Papan tandanya tertulis pembinaan sebuah Mahligai Cinta
Tanah di situ begitu kontang
Penghuninya dahaga setitik hujan
Damai dalam kepiluan
Namun wilayah itu terus di lupakan .......

Sunday, March 27, 2011

Cola-cola & Jarum Halus nya...

Satu iklan coke yang telah di tayangkan di Eropah.. perhatikan...
tak ada cara lain  ker !!!!  mengapa ,kenapa harus buat begini

                                             semua niii manusia ..

Bila di lihat dan diperhatikan dengan teliti.. yang di 'saf' belakang tu manusia sebenarnya. Mereka mengiklankan solat dengan berpakaian  seperti  ini ,siap berkupiah tertulis  "coca-cola "



Belakang tu sebijik macam botol air yang disusun cantik dan  rapi... 



Perhatikan word 'coca-cola'. Cube beli 1 botol coca-cola dan koyak plastik cover dan kita terbalik kan. Kita akan dapat lihat tulisan  akan menjadi '' La' Muhammad La' Makkah ''. yang bermasud TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH.


Kita renungkan kembali, bangsa yahudi tidak akan aman selagi Islam itu tak tenggelam.


Terdapat gerakan untuk menghancurkan ISLAM dalam pelbagai cara melalui Makanan ,Minuman ,Pakaian dll . Sebahagian usaha mereka telah hampir berjaya kerana orang Islam kini lebih terikut dengan budaya barat. .......terutaman generasi muda kini yang akan menjadi pewaris negara kelak.



Fikir2 apa baik nya barangan BARAT

Thursday, March 24, 2011

mac ....... usia ku kian bertambah

  • Setiap  Mac  pasti akan tiba setiap tahun...dengan itu jugak umur ku kian bertambah..kini dah masuk 36 tahun aku hidup di bumi ALLAH niii.
    pelbagai dugaan dan cabaran bermula zaman kanak-kanak,alam remaja dan kini alam Rumahtangga.
    Alam RumahTangga!!!!!!
    ni lah alam yang paling mencabar bagi hidup sebagai insan.............Amanah serta Tanggungjawab terhadap Isteri dan anak-anak...dalam pelbagai aspek.

    Terima Kasih Daun Keladi Bahulu ucap kan pada Rakan2 Facebook yang ucap Selamat Hari Lahir.....klik jer kat   .. Buku Biru ku

    kata2 korang dah cukup bagi diri ini........


    Bahulu dan Family hanya buat sambutan kecil-kecilan kat umah ..Anak-anak yang dah tak sabar-sabar nak makan Kek hari jadi ayah .....

    dah masuk alam macho niii cukup lah kita di ingati oleh yang tersayang......




    nota air mata:    TERIMA KASIH BUAT SEMUA









Tuesday, March 22, 2011

Dunia...Kita



 YA ALLAH ,ampun lah segala Dosa-dosa ku@isteri,anak-anakku serta dosa kedua ibubapaku  dan seluruh umat islam..  AMIN



TSUNAMI yang berasal dari perkataan Jepun bermaksud "ombak gergasi" sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya.


Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda dunia, yang dilihat lebih kerap adalah hanya satu lagi fitrah alam atau apakah ia angkara petanda kemarahan alam terhadap kerakusan manusia itu sendiri?


Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada tanggal 11 Mac lepas memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu.


Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami sebegini membawa petanda apakah dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.


Dunia sudah dilanda dua kejadian tsunami besar dalam tahun millennium baru dan semakin ramai yang terpengaruh dengan ramalan kiamat dan kemusnahan total pada 2012.


Melihat kepada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun di mana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan melanda manusia pada tahun tersebut.


Kiamat 2012


Apatah lagi sudah terdapat filem mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dalam filem 2012.


Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya yang berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.


Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.


Pada tarikh 21 Disember 2012 Bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.


Nostradamus


Begitu juga bagi peminat Nostradamus bilamana mereka telah membuat andaian akan berlaku satu peristiwa besar pada 2012, berdasarkan ramalan di bawah;


"At the place where HIERON has his ship built,
There will be such a great sudden flood,
That one will not have a place nor land to fall upon,
The waters mount to the Olympic Fesulan."


Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan. Namun tiada sebarang tarikh khusus yang dinyatakan cumanya pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka.


Keadaan kini semakin kalut apabila dikatakan sebuah planet bernama Nibiru atau Planet X oleh NASA sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini digambarkan 100 kali ganda besar berbanding bumi atau sama besar dengan planet Musytari.


Planet Nibiru


Adalah dijangkakan pada 23 Disember 2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada Bumi apabila ia menceroboh sistem solar Bumi.


Apabila ini berlaku kesan paling buruk adalah ia akan memutarkan kedudukan kutub-kutub sekarang kepada terbalik (polar shifting). Bagi mereka yang percaya ia dikaitkan dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh alaihissalam dahulu.


Bagaimanapun planet ini dikatakan tidak akan menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Planet ini dikatakan hanya akan lalu di antara bumi dan matahari, dimana kecerahannya muka buminya berwarna kemerah-merahan seperti matahari.


Maka ada yang beranggapan ia sebagai antara tanda besar kiamat dimana akan kelihatan objek merah di langit.


Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus, senantiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain dan ia mampu memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Selain itu Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik dan boleh menganggu kestabilan geografi bumi.


Semenangnya banyak kajian mengenai planet ini telah dijalankan namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto.


Malahan pada tamadun Mesopotamia dan pada era kegemilangan Kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezzar, Planet Nibiru juga dikenali sebagai Planet Tiamat, maka adakah ia juga satu sebutan bagi kiamat?


Kod rahsia


Selain itu teori akan berlaku kiamat pada 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan penyelidik. Menurut mereka, bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.


Bagi seorang penulis, Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya bahawa satu kejadian besar akan berlaku pada tahun 2012 namun masih belum diketahui jenis bahananya.


Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi China dari Dinasti Chang sejak tahun 1766, akan berlaku bencana besar pada 3778 M (yang bertepatan dengan tahun 2012).


Seorang ahli astronomi Jepun, Haido Itakawa pula berkata pada tahun 1980 bahwa planet-planet matahari akan tersusun di dalam satu garis di belakang matahari, dan ini kemudiannya akan mengakibatkan kejadian kemusnahan di angkasa raya sekaligus menghentikan kehidupan di atas muka bumi juga pada tahun 2012.


Itu adalah antara sebahagian tilikan dan kepercayaan sesetengah manusia bahawa kejadian tsunami yang semakin hebat melanda dunia adalah antara petanda dunia sudah semakin sampai ke penghujung.


Sesungguhnya ramalan mengenai kiamat tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden. Namun bagi kita sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan berlaku. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.


Islam


Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang harus dipercayai oleh setiap Muslim namun tarikh sebenar hanya diketahui oleh Allah SWT seperti firmannya dalam surah al A'raf: 187, maksudnya :


"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba".


Malah tokoh Islam, Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya apakah dunia akan hancur pada tahun 2012 ?


Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda besok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT.


Tsunami Jepun


Sehingga kini berdasarkan rekod, Jepun adalah negara paling banyak dilanda tsunami dan sememangnya ia sudah sangat sinonim dengannya. Dalam jangkamasa lebih 1,300 tahun, sebanyak 195 kejadian tsunami telah melanda Jepun dan secara puratanya kejadian ini berlaku sekali dalam 6.73 tahun.


Malah, gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter yang juga kelima terkuat di dunia telah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer.


Hingga kini jumlah korban sebenar masih belum boleh dipastikan kerana angkanya terus meningkat dari saban hari. Dijangka jumlah sebenar mungkin melebihi 10,000 orang.


Mengenali rakyat Jepun nyata mereka dikenali dengan semangat tinggi untuk bangkit seperti kebangkitan yang ditunjukkan mereka selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima.


Namun diharapkan selepas tertinggal di belakang China pada nombor tiga sebagai negara ekonomi terbesar dunia, mungkin peristiwa tsunami ini akan memberi sinar baru yang lebih baik dan bermakna dalam kehidupan

Sunday, March 20, 2011

Libya..jadi mangsa.

Spesifikasi, latar belakang roket Tomahawk




BERIKUT latar belakang dan spesifikasi ringkas roket Tomahawk yang digunakan tentera Amerika Syarikat dan yang terbaru digunakan dalam serangan udara dan laut tentera Bersekutu ke atas Libya, awal pagi tadi.

Fungsi asas: Misil atau roket jarak jauh yang boleh dilancarkan dari udara dan laut untuk sasaran di darat

Kontraktor Pengeluar: Hughes Missile Systems Co., Tucson, Arizona, Amerika Syarikat.

Panjang: 18 kaki 3 inci (5.56 meter); Dengan pelancar kuasa (booster): 20 kaki 6 inci (6.25 meter)

Berat: 2,650 paun (1192.5 kg); 3,200 paun (1440 kg) dengan pelancar kuasa.


Ukur lilit: 20.4 inci (51.81 cm)
Saiz sayap: 8 kaki 9 inci (2.67 meter)

Jarak tembakan: Serangan darat 600 batu nautika (1,104 km)


Kelajuan: Tahap 'subsonic' 880 km sejam


Sistem Panduan: Inertial dan TERCOM


Tarikh pembuatan: 1983


Kos: AS$500,000 seunit


Jumlah keseluruhan pengeluaran: 4,170 unit

Penggunaan: Pertama kali digunakan pada September 1995 ketika serangan di Bosnia dan setahun kemudian serangan di Iraq (Desert Strike). 


POLIS dunia dan sekutu..amat berhajat  nak MInyak..Libya,Alasan  Hak asasi manusia di gunakan sebagai tiket untuk serang.bagaimana pula Rakyat Palastin yang langsung tiada Hak!!
Polis Dunia tak kata apa2 pulakk...ikut jer kata israel.
A ker B ker C....yesss


Ringkasan 




Stesen al-Jazeera melaporkan, seramai 26 maut, sementara lebih 40 yang cedera kini dirawat di sebuah hospital di Jala, di sini.
Beberapa letupan kuat turut didengari dari tengah bandar Benghazi, ketika pesawat tentera terbang rendah dan ruang udara bandar ini diselubungi asap hitam.
Serangan balas tembakan mortar kedengaran dan trak-trak membawa mesingan dapat dilihat di jalan raya di Benghazi selepas bunyi tembakan dan letupan berterusan sepanjang malam tadi.
Serangan udara pertama berlaku pada pukul 7.20 pagi (1.20 petang waktu Malaysia) diikuti serangan kedua kira-kira 20 minit kemudian, tetapi identiti pesawat yang melancarkan serangan itu tidak diketahui.
Pada pukul 8.17 pagi waktu tempatan, siri letupan kecil dipercayai dari roket Katyusha mencetuskan sekurang-kurangnya tujuh lagi asap hitam kecil di selatan bandar ini.
Pada pukul 8.40 pagi waktu tempatan, pesawat tentera terbang rendah di tengah bandar ini dan beberapa letupan besar.
Serangan udara itu dilancarkan selepas kerajaan Libya mengumumkan gencatan senjata berikutan langkah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membenarkan penggunaan tentera untuk menghalang operasi oleh Gaddafi ke atas pemberontak dan penduduk

Lepas mungkin ada lagi serangan dari pihak 6 jahaman tooo








Friday, March 18, 2011

TERKINI di pasaran......myfriends2u



Facebook adalah sebuah laman sosial paling popular ketika ini. Berada tempat kedua selepas Google mengikut statistik Alexa Rank malah mempunyai PageRank (PR) yang sama dengan Google sendiri. Facebook juga kini mengalahkan laman-laman sosial popular yang terdahulu seperti MySpace dan Friendster 


 
Kepada yang belum tahu atau yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu, terdapat pendapat bahawa Facebook mempunyai banyak ‘kecacatan’ berhubung privacy policy
 Bahulu.com ada  juga memiliki akaun Facebook kat tepi tu jer..KLIK 
terus masuk Fb jangan lupa tambah Bahulu sebagai rakan ...too jika sudi.

Selalunya yang Bahulu baca atau dengar, ramai pengguna berat hati untuk meninggalkan Facebook adalah kerana:
  • Berhubung kembali dengan rakan sekolah yang telah lama terputus hubungan@boleh tambah kenalan yang jauh atau dekat.
  • Berhubung dengan keluarga yang jauh.
  • Antara kaedah terbaik (kerana bilangan pengguna yang ramai) mempromosikan produk, lamanweb atau blog dan sebagainya@orang2 niaga boleh ...Untung maa
Apa kata kita cuba Hak nii pulak  Free jer...KLIK sini  myfriends2u

"Tak kenal maka tak Cinta"

nota janggut : iklan nii tak di bayar oleh sesiapa..hanya nak berkongsi info@tambah Bahulu sebagai rakan Anda yea.


 

Sunday, March 13, 2011

Banana Island @ PULAU PISANG..........the siri

 Pulau pisang..bukan lah banyak pokok pisang kat sini....tapi sebuah pulau yang terletak di NEGERI  JOHOR










 kini masih lagi di bawah  jagaan Singapura...siap ada senjata api
 Hak orang pun Singa too buat macam hak sendiri...nak tumpang jeti pun jangan harap @apa tah lagi nak masuk dalam kawasan too....alamat berperang besar!!!!!!









Pulau Pisang

Pulaulah Pisang…
Pulau Pisang Rumahlah Api Sayang
Pedoman Kapal Belayar Malam
Sebelum Ajal Berpantang Mati
Walaupun Tercampak Dalam Lautan Dalam
Pedomanlah Kapal
Pedomanlah Kapal Belayar Malam Sayang
Sarat Bermuat Buah Keranji
Walau Tercampak Lautan Yang Dalam
Tidakku Lupa Segala Janji






.pulau yang unik, Hatta tak hairanlah   Jiran kita@singapura...amat berminat untuk mendapatkan pulau itu.....

Pernah beberapa tahun yang lepas...singapura kibarkan BENDERA singapura di Pulau itu..Pihak malaysia telah meminta mereka turunkan bendera mereka..



ikuti....laporan ini.


 


Dalam BHarian 10/03/2011 - Warga asing ceroboh Pulau Pisang, saya berkesempatan membaca berita pencerobohan dan kecurian pokok karas (gaharu) oleh warga asing di Pulau Pisang. Berita penuh:

PONTIAN: Pulau Pisang yang berkeluasan 400 hektar dikesan menjadi tumpuan pencerobohan warga asing untuk menebang pokok karas yang tumbuh meliar di situ, semata-mata mendapatkan gaharu yang dihasilkan tumbuhan itu kerana mempunyai nilai pasaran tinggi sehingga mencecah RM20,000 sekilogram.

Pencerobohan itu disedari penduduk dan nelayan tempatan baru-baru ini dan tinjauan Berita Harian semalam mendapati lebih 10 pokok karas ditebang serta diambil gaharu tumbuhan itu, manakala sisa pokok itu ditinggalkan menyebabkan kerosakan spesies flora dan fauna yang ada di pulau terbabit. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, berkata siasatan mendapati kumpulan lelaki terbabit memasuki kawasan negara ini secara haram.

Awal bulan lalu, polis menahan sekumpulan warga asing berusia 29 hingga 47 tahun ketika cuba mencuri hasil pokok terbabit di Pulau Pisang, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran. Nelayan, Kamal Othman, 39, berkata, tindakan sesetengah pihak menceroboh pulau itu bagi mencuri hasil tumbuhan sesuatu yang merugikan dan perlu dihentikan segera.

“Kesannya akan dilihat dalam tempoh jangka panjang apabila berlaku kepupusan pokok dan hidupan liar.  Pokok karas yang ditebang itu juga boleh menyebabkan hakisan permukaan tanah ketika hujan. Ini secara tidak langsung memusnahkan seluruh ekosistem pulau ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Pontian, Mohamed A Karim berkata, Pulau Pisang tanah milik kerajaan negeri menyebabkan segala khazanah di pulau itu tidak boleh diceroboh. Mohamed mengakui pulau terbabit belum dibangunkan walaupun sudah menerima kunjungan pelancong tempatan dan asing yang mahu berehat sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Ketika ini ada penduduk tempatan yang mengusahakan kelong di perairan pulau ini serta menanam pokok buah-buahan di pulau terbabit terutama termasuk mangga dan kuini.

Di manakah terletaknya Pulau Pisang?


Sedikit masa dulu, pulau ini pernah disiarkan dalam Majalah 3 di TV3. Pulau Pisang adalah pulau yang tidak dihuni, di mana penduduk asalnya telah berpindah ketanah besar di Pontian, yang tinggal hanya dusun dan perkuburan yang tidak terjaga, ia terletak di perairan Pontian Johor dan jauh daripada Singapura.

Menurut sumber , anggota TLDM pernah ditugaskan untuk memantau kehadiran petugas rumah api warga Singapura di Pulau Pisang. Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka masih memerlukan bantuan Singapura untuk mengawal selia rumah api tersebut?


Adakah Jabatan Laut tidak berupaya untuk mengawal selianya?

Menurut salah seorang anggota TLDM itu, selama penugasannya di pulau itu, anggota TLDM tidak dibenarkan memasuki persekitaran rumah api, malah menggunakan jetinya juga dilarang apatah lagi memasuki ke dalam rumah api. Maka sepanjang tugasan mereka di sana, mereka hanya memerhatikan dari jauh warga Singapura keluar masuk secara bebas ke pulau tersebut.

Sedikit masa dulu, kemenangan Malaysia ke atas kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan adalah atas dasar pembangunan dan kawal selia Malaysia di pulau tersebut, begitu juga kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura juga atas alasan yang sama.

Tidakkah kerajaan Malaysia berasa risau dengan kedudukan Pulau Pisang yang mungkin akan dituntut haknya oleh Singapura pada masa akan datang? 


Jika tidak dituntutnya sekarang, siapa tahu 50 tahun akan datang mereka akan menuntut hak ke atas pulau itu?


Tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh pun dilakukan setelah puluhan tahun ia mengawal selia pulau tersebut. Ada atau tidak perjanjian antara Malaysia dan Singapura yang jelas menyatakan bahawa kehadiran Singapura di Pulau Pisang hanya mengawal selia rumah api sahaja?

Apa perlunya mereka mengawal selia rumah api di atas tanah yang bukan milik negara itu?


Jika mereka dilantik untuk mengawal selia rumah api berkenaan semasa Tanah Melayu di bawah jajahan Inggeris, apa perlunya kita terus benarkan mereka berada di dalam kawasan kita setelah merdeka?

Tidak adakah para penasihat Kementerian Pertahanan atau Panglima Angkatan Tentera tidak sedar akan perkara ini?


Tidakkah ada yang terfikir, sekiranya berlaku konflik antara Malaysia dan Singapura, dengan mudah mereka boleh menempatkan pasukan elitnya di pulau ini.

Mahukah kita melihat sebuah lagi pulau terlepas ke tangan orang lain?


Harap-harap tidak ada kejadian pisang berbuah dua kali. Kita pernah menggadaikan kedaulatan wilayah kepada pihak yang berada jauh dua kali ganda jaraknya daripada kita, perlukah kita melihat sejarah berulang kembali


 Fakta ::


Nearest Town or City:Pontian Kechil, Johor Malaysia
Location:Island in the Strait of Malacca.
Managing Organization:Maritime and Port Authority of Singapore
Notes:The
island is in Malaysian territory, but under an agreement signed in 1900
with the Sultan of Johor, the Government of the Straits Settlements was
granted the right in perpetuity to the plot of land on which the
lighthouse stands and to the roadway leading to it, as long as the
Straits Settlements operated the lighthouse. Today, that responsibility
falls to the Maritime and Port Authority of Singapore. The access of
Singaporean workers to the lighthouse has been a subject of contention
in recent years.
Tower Height:53
Description Tower:White, circular metal tower.
Operational:Yes
Date Established:1914
Date Present Tower Built:1914
Current Use:Active aid to navigation.
Characteristic Range:White flash every 10 seconds, visible for 20 nautical miles.
Height Focal Plane:493
National Register:No
Alternate Name1:Banana Island Light
Country:Malaysia









SUMBER : berita harian &Badan Peguam

laporan  dari  Bahulu.com 

note otak : bahulu...amat minat Sejarah
tanpa sejarah dulu...tiadalah kini @SEJARAH LALU TAK DAPAT DI UBAH..

Saturday, March 12, 2011

Edisi bergambar Tsunami engulfs Japanese towns

lihat lah..bencana  tsunami  niii...........
Bahulu.com live dari  nippon..... 

Friday, March 11, 2011

Edisi ..Japan Earthquake: Large fire at Odaiba port in Japan


Japan was struck by a magnitude-8.8 earthquake off its northeastern coast Friday, triggering a 13-foot (4-meter) tsunami that washed away cars and tore away buildings along the coast near the epicenter.
In various locations along Japan's coast, TV footage showed severe flooding, with dozens of cars, boats and even buildings being carried along by waters. A large ship swept away by the tsunami rammed directly into a breakwater in Kesennuma city in Miyagi prefecture, according to footage on public broadcaster NHK.
Officials were trying to assess possible damage from the quake but had no immediate details.
The quake that struck 2:46 p.m. was followed by a series of aftershocks, including a 7.4-magnitude one about 30 minutes later. The U.S. Geological Survey upgraded the strength of the first quake to a magnitude 8.8.
The meteorological agency issued a tsunami warning for the entire Pacific coast of Japan. National broadcaster NHK was warning those near the coast to get to safer ground.
The Pacific Tsunami Warning Center in Hawaii said a tsunami warning was in effect for Japan, Russia, Marcus Island and the Northern Marianas. A tsunami watch has been issued for Guam, Taiwan, the Philippines, Indonesia and the U.S. state of Hawaii.
The quake struck at a depth of six miles (10 kilometers), about 80 miles (125 kilometers) off the eastern coast, the agency said. The area is 240 miles (380 kilometers) northeast of Tokyo.
In downtown Tokyo, large buildings shook violently and workers poured into the street for safety. TV footage showed a large building on fire and bellowing smoke in the Odaiba district of Tokyo.
In central Tokyo, trains were stopped and passengers walked along the tracks to platforms.
Footage on NHK from their Sendai office showed employees stumbling around and books and papers crashing from desks.
Several quakes had hit the same region in recent days, including a 7.3 magnitude one on Wednesday.

PANAS & TERKINI..Tsunami engulfs Japanese towns@tsunami melanda Jepun

Tsunami engulfs Japanese towns 
Hari nii negara jepun di timpa bencana TSUNAMI..



saksi kat sini  tsunami jepun

penduduk berhampiran Pantai@Laut minta berjaga-jaga terutama Negara2 Asean yang pernah terkena tsunami.....
Bahulu.com melapor secara terus dari Nippon
 
"Ya Allah  lindungilah kami dari segala bencana Alam"......AMIN

JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI !

Segmen bual bicara.......Bersama   En Ben Ashaari@ BA



Kata BA :    Sila jelaskan kenapa anda berblog ? 
Kata Bahulu : Minat..Blog nii umpana diari kehidupan kita ,tak kira suka-duka dapat di catitkan...sebagai rujukan di masa depan@kenangan terindah
jika ada pembaca sudi bertandang dan memberi sedikit komen..dah kira syukur,sekurang-kurang ada gak jiran2 yang sudi.



Kata BA  : Kenapakah blogger lelaki lebih kreatif dan blog lelaki lebih mudah dapat perhatian dari blog wanita ? 
Kata Bahulu :Tulis dengan ikhlas apa yang bermain di kotak minda ..contoh En BA ada jer story yang di keluarkan setiap masa...ikut kata hati dia.....tulis dan tulis.....Pantang terlintas kat kotak minda pasti En BA akan keluarkan kat Blog nya.Tak kan sikit-sikit nak cerita kat wife kott
nanti wife kata manja bebenor suami nya....lebih baik  tulis kat Blog.

Bab2 too yang jadikan lelaki ni serba kreatif,tak yah nak harap paras rupa...hehehehe

cukup lah macho......tak gitu??


Kata En BA  :   Blog wanita yang anda suka baca ... Kata Bahulu : Semua Blog wanita Bahulu  suka baca..tapi Hak nii Paling Bahulu Suka Baca..setiap hari pasti Bahulu akan di sini   ...korang Klik jer pasti tahu  jawapan nya.
..Deeja @Permata hati

okeyy...TQ,moga kita jumpa di lain Segmen.
As Salam...Jumaat yang indah@Moga kita di murahkan rezeki ...AMIN




Tuesday, March 8, 2011

Santai ahad di lumut.......

Edisi santai  gambor je ...Lokasi LUMUT,Perak
Apa 2 pun Bahulu nak ucapkan Selamat Hari Wanita...pada semua terutama Wife dan Anak2 ku...
di pendek cerita yang tak berapa ada...As Salam untuk Semua yang bertandang kat sini....

Saturday, March 5, 2011

CERITA KREATIF AKU PASAL BEN ASHAARI !

 Ops..lihat header,semua blogger kenal tak kira Baru@Lama...
kalau tak percya...korang pi merayau kat mana2 Blog di  alam maya niii....1 nama yang dah cukup terkenal    ,    biar pun Bahulu .com  nii baru lagi dalam gelanggang niii...
Dah siap tulis kat atas too.Blog dah tercatat Ikon : Jom bersantai bersama Ben Ashaari 

Pada pemantauan Bahulu...ada jer cerita2 yang Mr Ben  keluarkan...tak kira di mana
                  ".dah Ala2 wartawan Tv buat liputan terkini"
Sambutan pulak  ...dah macam jual goreng pisang Panas........Hak niii 10x lagi Panas


1  yang Bahulu TABIK hormat...tarikan  nya mampu buat Blogger Baru yang tak ada nama ,dapat nama...hanya join jerr segmen yang Ben Ashaari keluarkan....
bagi Blogger yang dah lama....kian bertambah pengikut@pembaca setia



di pendek kan story.......KLIK  kat sini  Ben-ashaari  
kejap sampai ler kat sana tooo.......kita Zasssssssssss
As Salam...

Friday, March 4, 2011

JIka kalau Harga Minyak Naik.....

..Negara2 arab HURU-HARA....harga minat MINYAK dunia Naik mendadak,Kita di malaysia akan Rasa KESAN nya ...jika kalau KERAJAAN naik harga Petrol.

negara pengeluar minyak kini bagaikan gelora..di laut,dah   ala2 perang RUMAH TANGGA ....laki kata bini@bini kata laki,tambah pulak orang tengah......alamat perang besar.

MINYAK NAIK+BARANG NAIK=kita rakyat biasa akan dapat kesan yang amat ketara.
tak nak jadi cam nii kot 2in 1@ 1 in 2



hak  nii pulak...dah back to the ....20 th ke belakang pulak


perlu kah kita macam ni pulakkkk 
atau  hidup begini
atau ini......




nota  dagu:Pengaruh minyak terhadap kesan Ekonomi amat besar
harap2 minyak tak naik ....kalau naik rakyat boleh jadi...


begini...FIKIR2 lah

Thursday, March 3, 2011

Saman Ekor....Part2

 saman  ekor   . pemandu yang ala2 F1 banyak bebenor kat malaysia niii , macam mana ler tak kena Had Laju 60 km....tapi bawa macam nak race. Bahulu pun selalu di potong oleh pemandu macam niiii.Bukan nya tak pandai bawa laju..ikut peraturan ingatlah yang tersayang....
malang tak berbau...."Kalau Sup ekor ada bau" enak di makan ngan nasi putih


siap boleh senyum....kalau dah kena  SAMAN buat - buat muka sedih..kot2 boleh lepas.
tak pun korang ambik gambor cam nii buat kenangan..hihihi

note kuku     :berhati-hati di jalan raya@lebuh raya @jalan kampung

Saman...

beberapa hari yang telah lalu heboh di katakan saman...

kat kedai kopi cerita pasal saman
kat tv pasal saman 
kat tesco dengar staff nya cerita pasal saman....
kat paper pun cerita saman, kat bank orang2 cerita saman
 
"ehhh berapa punya banyak saman daaa."

hari niii pulak  tarikh bayar saman dah pun di lanjutkan hingga 10/3/2011..ahhaaa
apa tunggu lagi ..........pi lah bayar saman

note tangan >>>> hati2 jangan sampai kena saman

 nii pulak jenis tak makan saman...sana-sini main hantam.

Tuesday, March 1, 2011

Seketika Di Pos Malaya ...

  
Sesiapa tahu itu logo apa.......ahhaa semua warga malaysia kenal ,dah siap tulis kan Pos Malaysia.
Hari ni Bahulu dan orang umah(wife) pergi ke pejabat pos coz nak tukar buku  ASB  dah usang  too

 
Minggu Lepas
Dialognya gini:-

kata kerani pos(A) : nanti akak datang bawa salinan i/c yea buku  nii dah penuh, nanti saya bagi borang nya

kata wife ku : ok...yea

maka kerani buat urusan kemas kini buku ASB.........
4 minit berlalu....

kata kerani pos : ok dah siap ...maka buku pun di bagi pada wife ku

kata wife ku : eeh tadi adik cakap nak bagi  borang pertukaran buku baru , mana dia.

kata kerani pos :aaa...tak pa lah nanti akak datang semula  bawa salinan i/c baru saya bagi borang too

kata wife ku dlm hati:::::::: tadi kata lain ,kini kata lain pulakk ,penipu  punya  orang

CUBA KITA PERHATIAN APA YANG TAK KENA KAT SINI !!!!!!!!!!!

Hari niii 1/3/2011
bab 1@kena tunggu nombor dlm 20 minit

wife pun bagi buku ASB,salinan I/C & borang masuk duit

kata kerani pos(B) : Buku nii dah tak boleh guna...dah penuh,kena ambik borang dulu baru boleh buat urus-niaga,lain kali ambik borang dulu  kemudian isi  baru ke kauter
"dengan nada keras-lembut"
 
kata wife ku : minggu lepas   kerani (A) kata bawa salinan i/c dulu baru dapat borang
maka wife ku  tunjuk pada kerani  kat sebelah too jer...
diam terus kerani (A) kat sebelah tooo...............
Bahulu pun bangun dari kerusi dengan  gaya  ala2 hero malaya pun cakap gitu jugakk.........

hatta kerani (B) pun bagi borang too kat wife ku....Bahulu pun isi.lepas siap isi kena pulakk tunggu gilirin lain lagi...dekat2 20 minit gakkkkk

total masa: 40 minit gakk kat pejabat pos malaya tooo

NOTA KEPALA : nasib baik mood  Bahulu okey hari niii ,kalau tak mahu kena maki "@@$%&&^^&*(*^&%^%$$$%%^&%$##@!@$$^^^*&((*&&GGFT%TY^&&^"
lebih kurang macam nii kalau ikut hati

" Sabar separuh daripada iman"

Para pembaca nilai lah sendiri....apa yg dah berlaku nii

NOTA LUTUT : Kerani A dan B adalah Wanita@Perempuan
                            Wife ku : Wanita jugak.....
Sikit lagi...masa tunggu punya tunggu tadi..ada lerr seorang akak niii bagi tau kat wife ku

kata akak  : Kerani (B) too kalau ngan orang Lelaki@Jantan...cakap lembut jerr.kalau ngan perempuan bukan main kasar lagi.....ada ker patut macam tooo

Bahulu kata : patut ler ngan saya...baik punya ayat.


moral the story: macam nii punya manusia ada jugakk ..patut2 sesama kaum sejenis cakap sopan-santun.


pejam celik dah Sywal

 tot2 dah Syawal 2024 .... masa bergerak pantas sungguh ku coretkan  salam Syawal 2024 dar saya buat semua yang sudi singgah.

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...