klik2 jaa

Tuesday, May 31, 2011

Kincir ....yang usang


 Mengikut cerita masyarakat tempatan, Lumut atau nama asalnya Tanah Merah dibuka Raja Ungku Busu pada abad ke-17. Serangan lanun ke atas bandar persisir air itu menyebabkan anak raja dari Selangor lari meninggalkan Tanah Merah.

Zaman sebelum merdeka menyaksikan Lumut memainkan peranan sebagai pintu masuk pendatang Cina untuk bekerja di lombong bijih timah di sekitar Perak. Antara pendatang terawal termasuk Cina Methodist yang membuka penempatan di Setiawan.
Bot kecil dan gajah digunakan untuk mengangkut bijih timah, balak dan kepingan getah dari Lembah Kinta ke Lumut sebelum dieksport ke negeri lain.
Emas hitam yang menjadi komoditi paling berharga ketika itu menjadi kunci kepada pembangunan Perak oleh kuasa penjajah.
Melihat kembali sejarah awal Tanah Melayu, kapal wap berulang-alik antara Pulau Pinang dan Lumut digunakan untuk mengedarkan surat dan bahan keperluan. Kapal sama membawa balik bahan mentah hasil bumi Perak ke Pulau Pinang, sebelum dieksport ke negara Barat.


Kadar baru Api ......

BIL ELEKTRIK BARU ANDA

ISI RUMAH DOMESTIK

Analisis Tarif. Click to enlarge.
Infografik Analisis Tarif.
Bermula 1 Jun 2011, kadar purata elektrik untuk pengguna domestik akan meningkat sebanyak 4.52%.
Pengguna domestik yang mengguna di antara 1 hingga 300 kWh sebulan tidak akan terjejas dengan tarif baru. Mereka masih menikmati kadar subsidi 21.8 sen/kWh. Kadar elektrik ini tidak bertukar sejak 1997. Ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah miskin di Malaysia.
Kesan Terhadap Bil Pengguna Domestik
Tahap Penggunaan (kWh/sebulan)Bil Sekarang (RM/sebulan)Bil Baru (RM/sebulan)Peningkatan (RM)
0 - 2000 - 43.600 - 43.600
201 - 30043.93 - 77.0043.93 - 77.000
301 - 40077.33 - 110.4077.40 - 117.000.07 - 6.60
401 - 600114.69 - 180.80117.40 - 198.802.72 - 18.00
601 - 800181.19 - 259.20199.23 - 285.1018.04 - 25.90
801 - 1000259.62 - 345.50285.55 - 375.8025.94 - 30.30
> 1000345.95 dan atas376.25 dan atasKenaikan sehingga 30.30
Sebagai contoh:
1) Jika penggunaan anda sebanyak 117 kWh, pengiraannya adalah seperti berikut:
Bil TerdahuluBil Terbaru
117 kWh x 21.8 sen = RM25.51117 kWh x 21.8 sen = RM25.51 (Tiada Perubahan)
Pecahan Pengguna Elektrik di Semenanjung Malaysia (%)
7.4 juta pengguna pada bulan berakhir Ogos 2010Pecahan Pengguna Elektrik

REBAT / DISKAUN

Isi Rumah Domestik
Penggunaan elektrik adalah percuma kepada isi rumah dengan bil kurang daripada RM20 sebulan. Rebat oleh kerajaan ini akan digunapakai sehingga hujung tahun ini.
Industri
Pengguna Industri yang layak boleh memohon Tarif Industri Khas (TiK) untuk terus menikmati nilai tarif yang kompetitif dengan diskaun.
Pengguna perindustrian yang mana jumlah kos elektrik setahun bersamaan atau lebih daripada 5% berbanding kos kesluruhan operasi syarikat pada tahun yang sama adalah layak untuk memohon TiK.
Diskaun Istimewa / Kebajikan
Sekolah kerajaan dan institusi pengajian tinggi serta rumah ibadat dan rumah kebajikan berdaftar akan terus menikmati 10% diskaun ke atas bil elektrik mereka.
Diskaun ini juga diberikan kepada institusi pendidikan yang sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan.
Ke Atas

PETUA PENJIMATAN TENAGA

Rumah yang berkecekapan tenaga adalah salah satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan bil elektrik anda. Ianya adalah salah satu cara yang paling mudah bagi mengurangkan kesan penggunaan elektrik berlebihan terhadap alam sekitar.
Berikut adalah cara-cara bagaimana anda dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik anda.
Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga

















Petikan : web TNB
buat tatapan...kita semua.....Gunakan api dengan bijak yea....bijak,bijak

Sunday, May 29, 2011

Keris Taming Sari

Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.
Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas.  Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh.  Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda.  Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera.  Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah, yang kemudiannya berangkat ke Perak.
nota:

keris Taming Sari ada di pamerkan untuk Tatapan Rakyat di Gelari Sultan Azlan Shah,Kuala Kangsar,Perak.
Sempena Hari Keputeraan SULTAN PERAK    
       
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH
D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU),
D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH),
D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG),
S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., D.K.S.A., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P.


nota:
keris Taming Sari ada di pamerkan untuk Tatapan Rakyat di Gelari Sultan Azlan Shah,Kuala Kangsar,Perak.



Rujukan & Gambar :




http://sultan.perak.gov.my/bahasa/kandungan.html



Pangkalan TUDM Sg. Besi..Permata Negara

Pangkalan TUDM Sg. Besi

   
             Saat Manis pada Ogos 1956 oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Rentetan Sejarah yang Panjang
FAKTA  

Ia merupakan sebuah pengkalan tentera udara yang agak strategik kerana terletak hampir dengan Kuala Lumpur. Selain Sungai Besi, ibunegara juga dihimpit dengan lapangan terbang tentera di kawasan Kampung Melayu, Subang.
salah satu dari landasan udara ini mesti dikekalkan kerana dalam peperangan atau bencana, ia akan menjadi “life line” kepada penduduk warga ibukota

Walaupun ia strategik pada satu ketika dahulu tetapi kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan lebuh raya dan ibunegara bakal membenarkan macam-macam perkara untuk berlaku seperti sabotaj dan hal-hal kecemasan lain yang mungkin membahayakan kedudukan penempatan disekitarnya.


Kedudukan lapangan terbang yang terbuka, hampir dengan masyarakat am serta laluan utama negara membolehkan sebarang aktiviti pemantauan terhadap lapangan terbang tersebut dibuat dengan mudah

Dipercayai terdapat bunker atau terowong bawah tanah yang menghubungkan Istana Negara dengan pengkalan udara tersebut.


 


NOTA

Pangkalan TUDM adalah lapangan terbang pertama di negara ini diisytiharkan bertaraf antarabangsa pada 1 Ogos 1956 oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Nilai sejarah yang amat bermakna pada Negara Malaysia.
Bahulu amat cintai sejarah..Selepas Pulau Batu Putih,Stesan KTMB Tanjung Pagar Singapura..kini bakal menyusul  TUDM sg besi pula,lepas ini apa lagi nilai-nilai sejarah bakal hilang di BUMI MALAYSIA.

                                       

                                       PANGKALAN  TUDM Sungai Besi  bakal dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan.
Kata PM:
 Datuk Seri Najib Razak hari ini menamakan kawasan Sendayan di Negeri Sembilan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan pangkalan TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
 
Kata Menteri  :
Di MUAR, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan akan memajukan semula pangkalan TUDM Sungai Besi, sebagai pusat komersial termasuk pembinaan perumahan golongan berpendapatan rendah selepas pangkalan itu dipindahkan ke Sendayan.









Saturday, May 28, 2011

Kereta POLIS paling menarik di dunia


                                                                                Volksvagen GTI ( Dubai)
 Holden VE Commodore (Australia)
 Ford Mustang GT (USA)
 Porsche Caynne Turbo (RUSSIA)
Nissan Skyline (Japan)
Mitsubishi Evo X (England & Malaysia)

BMW M3  (Netherlands)

  Porsche 911
Lamborghini Gallardo LP 560-4 (Italy)
                                                                              Proton Inspira 25/5/2011

 
 












Friday, May 27, 2011

Pelangi mengelilingi Matahari atau Bulan@Fenomena halo ....Subhanallah...ALLAH HU AKBAR

Tajuk  Kejadian :
Fenomena halo (bahasa Greek) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan

Lokasi Gambar : Negeri Perak
Tarikh :   24 Jamadil Akhir 1432 H   @  27/05/11 
Hari : Jumaat
Jam : Sekitar 12.59 hingga 01.15 
 












Fenomena halo (bahasa Greek) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.

Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari.

Thursday, May 26, 2011

Matahari..ku


 
 
GAMBAR fail yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan nyalaan api di matahari pada 8 September 2011.

LONDON – Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013.

Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan. 

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia. 

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005.

 
  kredit : kosmo



 


 

Wednesday, May 25, 2011

Proton Inspira..POLIS

Proton Inspira Jadi Kereta Polis ...begitu bertenaga.

 

Kereta polis terbaru yang mengunakan kereta model Proton Inspira yang nampak lebih menarik..Sumbangan Proton Inspira kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Kecermerlangan Proton di sini, Rabu 25/5/2011. Proton Holdings Berhad telah menyumbang sepuluh unit Proton Inspira 1.8L (manual) kepada PDRM

Proton telah mengambil insiatif untuk mengubahsuai 10 model Proton Inspira menjadi kereta peronda polis. Kereta ini telah diubahsuai dan dilengkapi dengan sistem lampu amaran dan siren bersepadu, pelekat pembalik cahaya dengan logo PDRM serta sistem telekomunikasi radio bergerak.

“Kami percaya kereta peronda polis merupakan satu keperluan yang amat penting dalam memantau serta memerangi jenayah,” katanya.

Menurutnya, dalam menyediakan keperluan tersebut hubungan Proton dan PDRM diteruskan lagi dengan kerjasama meneroka pembangunan prototaip kereta peronda polis (Mobile Police Vehicle) dari model Proton Inspira.

“Prototaip ini masih dalam pembangunan sejak setahun yang lalu. Proton sentiasa komited dalam menambah baik kualiti produknya apabila setiap model baru dikeluarkan.

“Dalam konteks ini, pihak PDRM pasti akan turut berkongsi manfaat daripada usaha penambahbaikan ini apabila model terbaru tersebut dijadikan kereta peronda,”



 TAHNIAH BUAT PROTON..........BUATAN MALAYSIA


Foto: THE STAR



Harga petrol RON95..kekal ..

Syukur........ungkapan yang mampu ku berikan.
sekurang-kurangnya..harga barangan masih kekal lagi. Rakyat masih perlukan Bantuan Kerajaan



Harga petrol RON95,  diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95,  diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.
“Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang media di kementerian berkenaan di sini hari ini.
Katanya, Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Rabu.

Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.
Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.

Harga petrol RON95  kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter.
Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram. Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.
Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.
Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

Tuesday, May 24, 2011

Tahukah Anda & Apa itu Molossia ???

Sebagaimana syarat-syarat berdirinya sebuah negara yang berdaulat, maka Republik Molossia memang layak dikatakan sebagai negara Republik terkecil di muka bumi ini, walau mungkin tidak akan pernah terdaftar di Perikatan Bangsa-Bangsa (PBB), namun Republik yang memiliki wilayah kedaulatan sendiri ini memang ada secara faktual, de facto.

Pemimpin Negara Molossia Kevin Baugh , pendiri sekaligus pimpinan negara Molossia

Republik Of Molossia secara geografi berada di dalam negara Amerika Syarikat iaitu di Dayton Nevada, jadi negara Molossia dikelilingi oleh negara Amerika Syarikat. Negara paling kecil ini di pimpin oleh seorang ditaktor yang bernama Kevin Baugh dimana Kevin ditemani oleh 2 anaknya di negara yang ia proklamirkan 3o tahun silam itu.
Molossian Bangsa yang didirikan pada 26 Mei 1977 . Dikenal pada waktu itu sebagai Republik Grand Vuldstein, James Spielman dinyatakan Raja James I, dan Kevin Baugh dinyatakan Perdana Menteri. Setelah tempoh singkat kegiatan sporadis bangsa memasuki masa dormansi. Raja James I, meskipun masih raja, tidak lagi menjadi aktif dalam kerajaan pada waktu itu. Kerajaan terus, tanpa campurtangan Raja, dan terus dikembangkan oleh Perdana Menteri. Pada tahun 1980 itu berganti nama menjadi Kerajaan Edelstein, dan pada tahun 1988 berganti nama XI itu lagi, kali ini sebagai Kerajaan Zaria. Kerajaan nomaden ada sebagai pemerintah, tanpa sebuah rumah. Dijalankan oleh Perdana Menteri, Pemerintah bepergian ke Eropa. Sementara di Eropa, dan setelah kembali dari Eropa pada tahun 1992 XV, Kerajaan makmur dan tumbuh dalam budaya.
Molossia juga menerbitkan Passport selperti negara berdaulat

Memiliki layanan Pos sendiri, setem dan kpejabat  pos

Luas Wilayah : 14.3 acres
Date of foundation : 3 September 1999 (Saat di Nevada)
Pemimpin : Kevin Baugh (Ditaktor)
Bentuk Negara : Republic (Dictatorship de facto)
Bahasa : English (Deseret), Esperanto, and “Griko”
Mata Wang : Valora (Dari Koin Kasino)
Ibu Kota : Espera
Time Zone : Molossian Standard Time (UTC-7 hours, 29 minutes)
Penduduk Manusia : 3 (3 lainnya anjing )




Negara ini juga memiliki website rasmi kenegaraan yang  lengkap infonya.

Sumber: borakkosong.com

Monday, May 23, 2011

Maskot Sukan Olimpik London ....Misteri

As salam....
Cuba kita teliti apa yang tersirat&tersurat di sebalik maskot ini?
nampak jea menarik tetapi orang2 barat  banyak agenda tersembunyi.................
bak pepatah"ada udang di sebalik ,mee rebus'

London 2012 Mascots

 Maskot rasmi Sukan Olimpik London 2012 telah didedahkan untuk tatapan umum. Maskot tersebut dinamakan sebagai Wenlock (Olimpik Musim Panas 2012) dan Mandeville (Paralimpik Musim Panas 2012).
Ramai yang komen gambar ni sangat pelik, aneh dan buruk. Gambar ni sangat pelik, dengan mata satu tu. Macam Teletubbies pun ada. Di bawah ini adalah maksud tersirat disebalik maskot aneh Sukan Olimpik 2012.
Wenlock and Mandeville
First, the names, which might ring a few geographical bells: Wenlock is named after the Shropshire town of Much Wenlock where, in the mid-19th century, the Wenlock Games became the inspiration for the modern Olympic movement.
Mandeville’s name is derived from Stoke Mandeville, in Buckinghamshire, home to Stoke Mandeville Hospital.
In the 1940s, Dr Ludwig Guttmann came to the hospital to set up a spinal unit.
Wenlock and Mandeville 
note Bahulu :  itu kata mereka ...kata kita belum tentu lagi sama pendapat.....bagi  aku sebagai orang islam banyak muslihatnya...

Majulah Sukan Untuk Negara...Sokonglah Team Malaysia


Sunday, May 22, 2011

Sedutan Kejadian tanah runtuh di Hulu Langat..Part2

 Faktor kejadian....tanah runtuh


KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, 
Kampung Gahal, Hulu Langat, semalam, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, i
aitu aliran puing (debris flow).
Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 
Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ini kerana kawasan berkenaan masih belum diteroka 
dan aliran puing hanya berlaku secara di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun
sekali bergantung kepada cuaca semasa. 

Katanya, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan 
tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan
di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995. 

“Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca,
keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit.

“Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan
mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh,” katanya.

Menurut Ibrahim, kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak
diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk. 

“Di negara kita sendiri perkara ini selalu terjadi tetapi biasanya tidak diketahui 
kerana berlaku di tengah hutan seperti Banjaran Titiwangsa. 

“Disebabkan ia jarang diberi perhatian, masalah ini tidak diambil berat oleh pihak berkaitan, 
termasuk orang ramai yang masih berani mendirikan rumah di lereng bukit,” katanya. 

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, kejadian berkenaan berbeza dengan kes tanah runtuh 
yang berlaku di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada 6 Disember 2008. 

“Kejadian di Bukit Antarabangsa berpunca daripada kecuaian manusia yang rakus melakukan 
pembangunan tidak terkawal di kawasan bukit. 

“Bagaimanapun, dalam kedua-dua situasi ini, kawasan berkenaan tetap mempunyai risiko
untuk berlakunya tanah runtuh kerana terletak di kawasan bukit,” katanya. 

Menurutnya, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang, pihak berkaitan, 
khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT), memantau keselamatan kawasan berbukit
yang didiami penduduk. 

Katanya, ini kerana kejadian tanah runtuh hingga membabitkan kehilangan nyawa sering 
berlaku tetapi tindakan yang diambil selepas itu hanya sementara, lantas diabaikan. 

“Kita lihat ini sebagai kelemahan kerana pemantauan dan pelbagai cadangan hanya 
dibuat bila kejadian berlaku, tetapi bila reda isu itu ia dilupakan,” katanya.

sumber: hmetro




Senarai nama yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat

 

22/05/2011 11:32am

1)     Mohd. Kamarul Amizan, 11
2)     Nurahimi Rosdi, 14
3)     Dzahir Haziq M. Muin, 11
4)     Ahmad Lokman Hakim, 11
5)     Farid Ibrahim, 34
6)     Mohd. Azret Azahari, 8
7)     Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8)     Zahid Assawal Zamri, 19
9)     Mohd. Mustakim Mamat, 12
10)   Mohd. Naerzein M. Nor, 8
11)   Mohd. Aiman Abdullah, 10
12)   Shahrul Nurimran Adnan, 9
13)   Mohd. Zaim Azahari, 14
14)   Mohd. Imal Fahad, 9
15)   Mohd. Riezman Ab. Latif, 9
16)   Mohd. Hazim Sapri, 10

sumber: utusan malaysia

pejam celik dah Sywal

 tot2 dah Syawal 2024 .... masa bergerak pantas sungguh ku coretkan  salam Syawal 2024 dar saya buat semua yang sudi singgah.

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...