klik2 jaa

Sunday, May 1, 2011

PENSIL kontot &kisah si Ghetti





SUSUNAN pensil kontot.....


PENSIL kontot yang bersambung pemadam kecil di bahagian belakang itu ditilik dari pelbagai sudut. Sesudah itu, dengan menyandarkan tubuh di bangku kayu, perlahan-lahan Dalton Ghetti memejamkan mata bundarnya.
Sambil melayangkan ilusi untuk menghalusi bayangan figura dan objek menarik yang terlintas di benaknya, sesekali kepalanya diangguk, menandakan mindanya sedang memahami apa yang bakal dilakukan selepas ini.
Sebilah pisau cukur dicapai lantas jari-jemarinya pantas menelanjangi sebahagian batang pensil hingga terserlah mata pensil atau grafit kehitaman yang terletak di tengahnya.
Ramai yang menggelar saya sebagai lelaki pensil, tetapi saya tidak kisah. Malah saya tumpang gembira kerana gelaran itu mempopularkan saya, seloroh Ghetti.
Menginjak ke usia separuh abad, lelaki kelahiran Brazil ini senang menghabiskan masa lapangnya dengan mengukir mata pensil di studio miliknya di Bridgeport, Connecticut, Amerika Syarikat (AS).
Tanpa ditemani selingan muzik mahu pun rakan berbual, seni tangan tukang kayu mampu menghasilkan arca yang sukar dipercayai, malah bagi yang pernah melihat karya seni Ghetti mereka pasti menganggap naskhah seni beliau tidak masuk akal.

Mana tidaknya, sejak 25 tahun lalu, beliau menghasilkan pelbagai arca yang diukir daripada hujung mata pensil dan beliau melakukannya tanpa bantuan kanta pembesar!
BAKAT Ghetti mengubah mata pensil menjadi gergaji.


Hujung mata pensil adalah kanvas terbaik. Ia material halus tetapi boleh dipelbagaikan, tidak seperti kayu yang mempunyai ira dan terhad dengan potongan tertentu.
Tetapi apabila saya memberitahu orang tempoh yang diperlukan untuk mengukir, mereka tidak akan percaya. Namun, itu adalah perkara yang akan mengagumkan orang ramai, tekun dan sabar kerana hari ini semua benda mahu cepat, katanya ketika ditemu bual sebuah agensi berita baru-baru ini.

Jarum jahit
Ghetti menghasilkan lebih 100 ukiran dan buat masa ini beliau sedang menyiapkan karya epik, mengambil inspirasi daripada tragedi 11 September yang melanda AS.
Apabila tragedi pada tahun 2001 itu berlaku, saya hanya mampu menangis seharian dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Saya mengambil keputusan untuk membuat ukiran titisan air mata untuk setiap orang yang meninggal dunia dalam serangan tersebut, lebih kurang 3,000 mangsa semuanya.
Sejak tahun 2002, saya telah ukir satu setiap hari dan ia mengambil masa lebih kurang sejam. Untuk membentuk satu titisan air mata yang besar, saya perlu mengambil masa 10 tahun. Ia satu tempoh yang lama, tetapi saya percaya, ia amat berbaloi, katanya.
Bakat seni ukir Ghetti bermula sewaktu di sekolah apabila sering dikesan mengukir nama rakannya di atas kayu sebelum memberinya sebagai hadiah.
Selepas itu, apabila dia serius menceburi bidang arca melibatkan ukiran dan pahat-memahat. Ghetti suka menghasilkan karya di atas pelbagai benda yang besar seperti papan.


JARUM jahit digunakan untuk mengorek dan membuat lubang pada grafit pensil.

Namun, baginya penghasilan arca itu akan menjadi lebih mencabar jika dilakukan terhadap benda yang kecil.
Saya banyak bereksperimen dengan pelbagai material seperti kapur dan daripada situ timbul idea untuk mengukir mata pensil.
Selain pensil, tiga peralatan asas yang saya gunakan ialah pisau cukur, jarum jahit dan pisau pembentuk.

Jarum jahit digunakan untuk membuat lubang atau mengorek mata pensil. Saya akan lakar dan membentuk garisan dengan gerakan yang lembut. Jika dilakukan dengan kasar, ukiran berisiko untuk patah, beritahunya.
Mengakui kecewa jika hasil ukirannya berbulan-bulan lamanya patah atau pecah sebelum disiapkan, Ghetti sangat berhati-hati apabila ukiran hampir siap.
Apabila ukiran hampir siap, ada masanya saya akan gementar dan memegangnya terlalu kuat. Arca akan mudah patah. Biasanya jika rosak, saya akan mulakan dengan pensil baru, tetapi ukiran tukul besi yang pernah saya buat pernah patah lima enam kali, namun saya teruskan hingga selesai, katanya.

note :   anak-anak Bahulu...kalau asah pensil..mesti rupa jadi begini. ...kanak2 + pensil tak dapat di pisahkan.

1 comment:

Uji Hussein said...

Teringat zaman sekolah dulu suka guna pensel kontot.

pejam celik dah Sywal

 tot2 dah Syawal 2024 .... masa bergerak pantas sungguh ku coretkan  salam Syawal 2024 dar saya buat semua yang sudi singgah.

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...