klik2 jaa

Wednesday, May 4, 2011

Minyak naik .....

Tanggal 5/5//11 minyak ron97 naik 20sen menjadi RM2.90 seliter,manakala minyak ron 95 kekal RM1.90...nasib baik kerajaan tidak naikkan...kalau tak kos minyak Bahulu bertambah lagi ler..Terima Kasih Buat Kerajaan dari salah seorang rakyat malaysia ini...
                                                 
                                                  " i luv u ...."


Itu lah saja laporan terkini &terpanas..tuu  ada jugak serbu stesen minyak tadi..sesak nafas jugak tadi.
kita Vroooom .....Gunakan minyak secara ekonomi


sedutan sejarah lalu@2008



Menggemparkan dan terkejut tatkala menatap berita tentang kenaikan harga minyak di Malaysia sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70 berkuatkuasa jam 12.00 tengah malam, 5 Jun 2008. Diesel juga mengalami kenaikan harga sebanyak RM 1.00 kepada RM2.58 berbanding RM1.58 sekarang. Kenaikan harga minyak memang dijangka apabila melihat kepada situasi semasa harga minyak dunia yang mencecah USD135 setong.

Namun kenaikan harga minyak sebanyak 41% sememangnya agak mengejutkan, langkah ini adalah sebagai salah satu bentuk usaha kerajaan dalam mengawal subsidi minyak, diesel dan gas yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini. Namun menurut PM lagi, bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api yang dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi baru kerajaan.

Bagi pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta 'truck pick up' dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan. Pengguna motorsikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap kenderaan. Bayaran ini akan diberikan apabila pemilik kenderaan memperbaharui lesen kederaan bermotor dalam bentuk kiriman wang dan boleh ditunaikan dipejabat pos.

Bagi pemilik kenderaan yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai tersebut, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan berdasarkan kadar yang ditetapkan. Bagi pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200. Bagi pemilik motorsikal berkapasiti enjin melebihi 250cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minima RM2.

Pendapat peribadi penulis, walaupun rebat tunai diberikan, kenaikan harga ini pastinya amat dirasai kepada pemilik kenderaan yang sering berulang alik ke tempat kerja yang agak jauh dari rumah. Adakah memadai kadar rebat tunai tetap kepada semua rakyat dengan tidak mengambil kira kadar penggunaan minyak pemilik kenderaan terbabit. Pastinya berbeza penggunaan minyak kenderaan pengguna yang berulang alik ke tempat kerja setiap hari dengan pengguna yang sekadar menggerakkan kereta mereka sesekali sahaja. Itu pun sekadar ke kedai berhampiran untuk membeli keperluan rumah.

Yang pastinya, apabila minyak mengalami kenaikan harga, secara automatiknya harga barang-barang keperluan serta pengangkutan awam akan turut mengalami kenaikan. Sememangnya kenaikan harga minyak akan menjadi pemula kepada rantaian kenaikan harga barang.

Graf Kenaikan Harga Minyak di Malaysia

2 comments:

izzafey said...

nasib baik ron95 kekal Rm1.90, kalo x rakyat pulak 'naik minyak'. Bahulu blog anda mmg best, tp ia lg best kalo anda batalkan "WORD VERIFICATION", senang sikit org nk komen

Dekcik said...

hehe..klu bahulu nye minyak naik ske yer..

entry terbaru..
http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/05/kau-kejam-kau-pijak-kaki-anak-kucing-tu.html

Salam Terakhir...

Assalamualikum wbt massa bergerak pantas, macam2 dah berlaku  dah 3bulan ibu mertua meninggalkan kami sekeluarga, kali akhir bersama masa ha...

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...