klik2 jaa

Thursday, June 30, 2011

Berakhir nya...satu perjalanan....

KAKITANGAN Keretapi Tanah Melayu (KTM), menampal poster pemberitahuan pemindahan Stesen KTM Tanjong Pagar Singapura ditamatkan perkhidmatannya pada malam 30 Jun2011dan akan berpindah ke Woodlands. Orang ramai dilihat mengambil kesempatan mengabadikan kenangan disaat akhir pemindahan tersebut
 
 Gambar-gambar buat santapan minda...tiada kisah selepas ini








detik 30/6/2011 telah pun tiba...maka berakhirnya satu perjalanan yang panjang.....tiada lagi kisah ini yang akan bahulu coret nanti  ....kita hanya merelakan ia pergi buat selama-lamanya..Hanya gambar ini di abadikan buat....coretan sejarah mendatang..... .....
 "Berat mata terpandang, berat lagi bahu memikulnya"

Wednesday, June 29, 2011

Israk dan Mikraj......,,,Rasulullah S. A. W

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com


Tuesday, June 28, 2011

Studio Jalan Ampas .......

Studio Jalan Ampas di Singapura yang pada masa satu ketika dahulu tempat paling dikenali . Masa begitu pantas  , maka studio ini akhirnya ditinggalkan dan di biarkan begitu kosong dengan barang lamanya disimpan disana . Keadaan tidak ubah seperti  di negara kita. Studio ini membawa kita mengingati mengenai filem 'Seniman Bujang Lapok' lakonan Allayarham Tan Sri P. Ramlee, Aziz Satar dan juga Samsuddin.
kini segala..hanya dalam lipatan sejarah buat peminat filem2 melayu...............filem melayu era itu kini bagai permata berharga buat kita semua........
Jom kita hayati gambar2 nya........"kau lah satu,satunya..diantara berjuta "


foto:pakcik google

Saturday, June 25, 2011

Aku khalifah...di bumi ALLAH

 
Melukis kekuatan melalui masalahnya.
.Tersenyum di saat tertekan..
Tertawa di saat hati sedang menangis.
.Tabah di saat terhina..
Mempesona kerana memaafkan..
Mengasihi tanpa meminta balas..
Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi..
seketika ku...di sini...

Saman Trafik pun Naik ...jugak !!!!!

Bayar Cepat kalau Lambat.....Harga pun Tinggi...dah macam jualan murah pulak...hehehe

Pihak Kerajaan telah menyeragam dan menyelaras sistem pembayaran saman oleh PDRM, JPJ dan DBKL berdasarkan prinsip 'The More You Delay', 'The More You Pay. Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah seperti berikut dan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011.








sumber:PDRM

Friday, June 24, 2011

Hati Yang Selalu Muda ......

Biar pun umur tua...tapi hati  tetap muda....ceria selalu,nescaya minda merasa tenang...kata2 dari Bahulu .


Hadith:
DARI Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda: "Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda."
Riwayat Muslim

Huraian Hadith:

Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda.
Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, 'rumah kata pergi, kubur kata mari', masih juga bergelumang dengan dosa.
Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan. Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati.
Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan.
Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.

Sumber: JAKIM

Tuesday, June 21, 2011

Tambak Johor.....segalanya bermula

 dari arah tepi tambak jea nnii...pasport dah mati....
masih utuh..tapi aliran air laut sudah tersekat buat sekian lama.....jiran kita itu ada kepentingan nya..pelbagai pulak di tuntut untuk bina jambatan baru,amat tidak logik @tak ikhlas.

nun di sana...jiran sebelah@singapura

Sejarah Tambak Johor bermula pada tahun 1909 apabila landasan keretapi ke Johor Bahru siap dibina. Pada masa itu, hubungan ke Singapura, yang merupakan Ibu pejabat British di Asia Tenggara, hanya dengan menggunakan feri.
Singapura merupakan pintu masuk barangan bagi seluruh Malaya. Ini termasuk Negeri-Negeri Bersekutu , Negeri-Negeri Selat, dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Perjalanan feri merentasi Selat Johor ke Woodlands merupakan proses yang rumit. Satu feri hanya boleh memuatkan enam lori. Pada tahun 1911, jumlah lori yang menggunakan perkhidmatan feri ini adalah sebanyak 11,500. Apabila barangan berasaskan pertanian semakin maju, jumlah ini meningkat sehingga 54,000 pada tahun 1917. Perkhidmatan feri kini terpaksa berjalan 24 jam.
Keputusan akhirnya dibuat untuk membina tambak bagi menghubungkan Singapura dengan Johor dimana jalanraya dan landasan keretapi boleh dibina.
Tambak tersebut direka oleh Messrs Coode, Fizmaurice, Wilson and Mitchell of Westminster dan pembinaannya dilaksanakan Topham, Jones & Railton Ltd of London. Pada Disember 1919, ketua jurutera Herbert Fancott membawa sekumpulan pekerja tentera laut dan menubuhkan kem pekerja di Woodlands. Pada masa itu, ia merupakan kawasan yang agak bahaya dengan ‘penghuni’ seperti ular, kala kengking dan lipan.
Beliau bersara pada tahun 1952 tetapi menetap di Malaysia sehingga akhir hayatnya, dan beliau sentiasa mengingati zaman gemilang pembinaan Tambak Johor.
Tambak Johor merupakan projek paling besar pada masa itu. Keseluruhan struktur itu berukuran 60 kaki lebar dan menampung dua landasan keretapi serta jalanraya selebar 26 kaki. Panjangnya adalah 3465 kaki dari Johor Bahru ke Singapura.
Kedalaman laut ketika itu adalah 46 kaki dan 10 pembentung bergarispusat 5 kaki dibina agar sampah sarap tidak akan berkumpul di kunci air.
Pembinaan sistem jambatan dan kunci air elektrik merupakan satu titik tolak yang penting bagi kemajuan teknologi ketika itu. Satu jambatan bergerak yang mengangkat landasan dan jalanraya dibina agar kapal kecil dapat melalui Selat Johor. Jambatan ini seberat 570 tan. Kemudahan ini dirobohkan apabila ia didapati mengganggu lalulintas yang semakin sibuk.
Tambahan pula, Tambak Johor juga membawa paip air dari Johor ke Singapura dan sebaliknya, dan juga kabel komunikasi.
Tambak Johor dibina dengan kos sebanyak 17 juta ‘Straits Dollars’. Ini merupakan jumlah yang tinggi jika dibandingkan dengan belanjawan tahunan tanah jajahan sebanyak 28.3 juta dollar pada tahun 1924. Projek ini diuruskan sebagai Projek FMS Railway dan diletak bawah kuasa Pengurus Besar Mr. P.A. Anthony. Kos pembinaan dilaporkan dikongsi antara Negeri-Negeri Perseketuan Melayu, Johor dan Negeri-Negeri Selat.



Batu Tambak
(Batu Bundar dan Granit – Hard Hornblende Granite ) Batu ini diambil dari Pulau Ubin (Pulau Batu Granit) dan Bukit Timah pada September 1920 dan November 1921 bagi tujuan membina Tambak Johor antara tahun 1919 dan 1923. Batu bundar dan granit ini merupakan batu yang berasal dari bendalir dibawah bumi. Apabila membeku ia berbentuk kristal dan saiznya bergantung pada suhu persekitaran. Berat batu ini diantara 10cwt dan 5 tan. Granit merupakan batu yang keras dan tahan lasak. Oleh kerana itu, granit sering digunakan sebagai alat memotong dan ia dilihat sebagai bahan yang paling sesuai bagi pembinaan tambak. Sebagai tanda simbolik, sebuah Muzium Tambak Johor akan dibina menggunakan batu dari tambak asal.

Monday, June 20, 2011

Fenomena...Alam kita,tahukah Anda.

Gerhana bulan  

Fenomena gerhana bulan penuh dijangka berlaku pada 16/6.11 gerhana paling gelap dalam tempoh 11 tahun apabila bulan melintasi umbra. Ini akan berlaku bermula jam 1.24 pagi untuk selama 100 minit dan menjadi gelap sepenuhnya pada jam 3.22 pagi.

Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata apa yang lebih menarik ialah fenomena itu berlaku sebanyak dua kali tahun ini, sekali lagi pada Disember nanti selepas kali terakhir berlaku pada 16 Julai 2000.
Katanya, gerhana penuh bulan yang cuma berlaku ketika fasa purnama ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia.

“Gerhana ini dikatakan paling gelap pernah berlaku kerana biasanya walaupun gerhana penuh, kita masih boleh melihat sedikit cahaya pada permukaan bulan. Keadaan ini disebabkan ketika fasa gerhana penuh itu, bulan melintasi bayang paling gelap bumi iaitu umbra. Permulaan gerhana penuh kali ini boleh dilihat penduduk di selatan Chile, timur Argentina dan timur Brazil.

“Di Malaysia, gerhana dapat dilihat ketika bulan terbit di langit timur pada awal pagi. Penghujung gerhana penuh dapat dilihat penduduk Thailand, Kemboja, Vietnam dan barat Australia. Bahagian barat Eropah pula akan melihat bulan terbit yang mengalami gerhana penuh. Mereka melihat bulan gelap terbit di timur yang kebiasaannya terang ketika fasa purnama. Kali ini bulan kelihatan seolah-olah hilang,” katanya.

Kejadian gerhana bulan hanya berlaku ketika fasa purnama dan apabila seluruh atau sebahagian bulan memasuki bayang bumi. Cahaya matahari yang jatuh ke atas bumi menyebabkan sebahagian bumi terang (siang) dan sebahagian lagi gelap (malam) serta menyebabkan bayang bumi mengunjur ke angkasa.
Beliau berkata, ada dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra, yang lebih gelap daripada bahagian luar, penumbra.

“Sekiranya bulan purnama, ia memasuki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh bulan memasuki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Jika hanya sebahagian bulan memasuki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika bulan hanya memasuki penumbra, gerhana penumbra yang akan terjadi.

“Bagaimanapun gerhana bulan tidak berlaku setiap bulan. Ini disebabkan satah orbit bulan condong sebesar lima darjah berbanding dengan satah orbit bumi. Gerhana hanya berlaku sekiranya bulan melalui satah orbit bumi,” katanya.

gerhana penuh terjadi disebabkan seluruh bulan memasuki umbra. Magnitud gerhana kali ini ialah 1.71, yang menunjukkan darjah kegelapan permukaan bulan. Nilai ini menunjukkan gerhana bulan kali ini adalah gelap.

Di Malaysia, fasa gerhana kali ini bermula apabila bulan menyentuh penumbra pada jam 1.24 pagi waktu tempatan, 16 Jun 2011. Ketika fasa gerhana ini bermula, bulan berada di langit barat. Ketika berada dalam bayang penumbra, cahaya bulan mula berkurangan tetapi sukar dikesan dengan mata kasar.

“Fasa penuh bermula apabila bulan mula menyentuh umbra pada jam 3.22 pagi. Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan-lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuhnya jam 03.22 pagi dan di tengah-tengah fasa penuh pada jam 04.13. Tempoh bulan mengalami fasa gelap sepenuhnya selama 100 minit.

“Bulan mula meninggalkan bayang umbra dan memasuki penumbra secara perlahan-lahan pada jam 5.02 pagi. Ia mula kelihatan bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh sejam kemudian dan kembali normal pada 07:02 pagi

"jgn gerhana di hati udah ler" 

Sunday, June 19, 2011

Meh ....Duit RM 50 &100...utuk semua

Duit untuk semua........

Wang ini sudah tidak di gunakan...Bahulu hanya pamer untuk kenangan ...

"tak ada duit....sendiri mau ingatkan..."




Friday, June 17, 2011

Kepulauan Spratly..sedarkah kita kepentingan nya.....

Kepulauan Spratly.........Telaga Minyak Di pentas Benua

Gambar dari udara yang dirakam oleh Tentera Udara Filipina pada November 2003 yang menunjukkan China membina bangunan di Terumbu Mischief, Kepulauan Spratly.


APA sahaja isu yang berkaitan dengan Kepulauan Spratly dan Paracel yang terletak di Laut China Selatan sudah pasti mengundang reaksi yang agak keras. Kawasan tersebut sedang menyaksikan tuntutan bertindih antara beberapa negara.
Sudah agak lama tidak kedengaran berita mengenai tuntutan kepulauan tersebut kerana negara yang terlibat seperti China, Filipina, Vietnam, Taiwan, Brunei dan Malaysia lebih selesa mengekalkan status-quo.
Tetapi sejak kebelakangan ini, berlaku beberapa peristiwa yang boleh mencetuskan kembali suasana panas di Spratly dan Paracel. Kesemuanya berlaku ekoran tindakan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Batas-Batas Pelantar Benua (CLCS) yang meminta penghujahan daripada negara-negara terbabit dalam usaha memperjelaskan batas-batas luar tuntutan maritim sesebuah negara apabila pelantar benua menganjur lebih 200 batu nautika dari sesuatu garis dasar seperti pantai negara itu.

Ekoran permintaan CLCS, kerajaan Filipina pada Mac lepas telah mengisytiharkan pembentukan undang-undang garis dasar maritim yang boleh dianggap sebagai bakal menghidupkan kembali sensitiviti tuntutan bertindih Kepulauan Spratly.
Pengumuman oleh Presiden tersebut mendapat bantahan keras daripada Beijing. Ini kerana China terlibat secara langsung terhadap kesan pembentukan garis dasar tersebut. Jika diteliti unjuran garis dasar Filipina, maka sudah pasti Kepulauan Kalayaan dan Beting Scarborough yang juga dituntut oleh Beijing, adalah milik Manila.
Beijing membantah keras tindakan Manila kerana ia telah mengugat status-quo isu tuntutan bertindih yang melibatkan Kepulauan Kalayaan dan Beting Scarborough.
Beijing bukan sahaja membuat bantahan diplomatik, tetapi mengambil tindakan lebih nekad dengan menghantar kapal peronda Yuzheng 311 ke kawasan itu.
Kehadiran Yuzheng 311 sudah pasti tidak disenangi oleh negara lain kerana tafsiran yang mudah ialah Beijing sanggup menggunakan kekuatan tentera untuk melindungi hak mereka.

Insiden tahun 1995 sudah pasti menghantui semula apabila Beijing menggunakan segala kekuatan tentera laut mereka untuk menawan semula Terumbu Mischief yang diduduki oleh tentera Filipina.
Jurucakap Kementerian Luar China bagaimanapun memberi jaminan bahawa kehadiran Yuzheng 311 tidak memberi makna bahawa Beijing akan mengabaikan proses rundingan penyelesaian tuntutan bertindih ke atas Spratly dan Paracel.
Malah Beijing akan tetap terus mematuhi Deklarasi Mengenai Tatacara Pihak Berkenaan di Laut China Selatan yang ditandatangani bersama dengan ASEAN pada 2002. Salah satu sebab utama mengapa deklarasi ASEAN-China tersebut diwujudkan ialah untuk mengelak daripada berulangnya insiden 1995.
Akibat pergeseran Beijing dan Manila, Menteri Luar Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, menekankan bahawa Kuala Lumpur tidak akan mengambil tindakan melulu sebagai balasan terhadap tindakan Beijing tersebut. Malah akan mempergiatkan lagi rundingan selaras dengan deklarasi ASEAN-China seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Tetapi apabila Malaysia dan Vietnam beberapa hari lepas mengemukakan hujah masing-masing kepada CLCS mengenai batas maritim yang dituntut, China sekali lagi mengemukakan bantahan kepada PBB. Walaupun kapal perang tidak dihantar ke kawasan berkenaan tetapi kenyataan keras yang dikeluarkan sudah pasti akan mengeruhkan lagi suasana.

Antara lain Beijing menekankan bahawa mereka memiliki "kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan" dan tidak akan bertolak-ansur terhadap negara-negara lain yang turut menuntut pulau-pulau berkenaan.
Secara khususnya beberapa gugusan Kepulauan Spratly milik Malaysia seperti Pulau Ubi, Pulau Siput, Pulau Mathanena dan Pulau Peninjau adalah termasuk dalam amaran yang dikeluarkan oleh Beijing.
Perlu ditekankan Angkatan Tentera Malaysia telah menempatkan aset serta anggota tentera di gugusan Kepulauan Spratly milik negara. Ekoran daripada amaran terbaru Beijing itu, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar telah menegaskan operasi rondaan tetap dijalankan seperti biasa dan memastikan kehadiran ATM untuk mengesahkan hak milik Malaysia.

Setakat ini, Beijing belum lagi mengambil tindakan secara fizikal untuk menafikan tuntutan Malaysia kepada CLCS seperti yang telah dilakukan terhadap Manila dengan menghantar kapal peronda Yuzheng 311.
CLCS setakat ini telah menerima hujahan tuntutan maritim dari 48 negara yang kebanyakannya merupakan tuntutan bertindih. Selain daripada tuntutan ke atas Kepulauan Spratly, pertikaian sempadan maritim Rusia-Denmark, Jepun-Rusia dan Britain-Argentina mengenai Kepulauan Falklands juga diterima oleh CLCS.
Sebenarnya, Beijing tidak perlu mengambil tindakan yang agak agresif ekoran hujahan Manila, Hanoi dan Kuala Lumpur kepada CLCS. Ini adalah kerana suruhanjaya tersebut tidak akan menerima sebarang hujahan penempatan sempadan yang mempunyai tuntutan yang bertindih.
Apabila Beijing menegaskan mereka mempunyai hak yang tidak boleh dipertikaikan ke atas Kepulauan Spratly, hujah yang sama juga telah digunakan oleh Manila, Hanoi dan Kuala Lumpur iaitu mengambil kira peruntukan yang dibenarkan oleh Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) dan Peraturan Prosedur CLCS.
Seperti yang telah ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Kuala Lumpur mempunyai mekanisme untuk menyelesaikan tuntutan bertindih itu selain dibantu oleh prinsip undang-undang antarabangsa. Beijing tidak boleh terlalu angkuh dan sensitif kerana negara lain juga mempunyai hak yang serupa.

Beijing perlu mengehadkan penggunaan pendekatan fizikal melalui aset tentera laut mereka kerana ini bakal mengundang tindakan serupa dari negara lain.

Negara yang terlibat sudah pasti tidak mahu terjerumus dalam senario yang agak melampau seperti yang dilakukan oleh Moscow pada 2007 apabila menempatkan bendera di dasar laut Kutub Utara ekoran pertindihan tuntutan dengan Copenhagen.
petikan dari utusan malaysia 16/5/09





BEIJING 16 Jun 2011– China bertindak menghantar kapal peronda terbesarnya untuk meronda di Laut China Selatan, satu langkah yang akan meningkatkan lagi ketegangan dengan negara-negara jiran yang turut menuntut wilayah di perairan tersebut.
Kapal peronda maritim itu belayar dari perairan selatan China, semalam menuju Singapura melalui gugusan kepulauan Spratly yang menjadi pertikaian dengan Vietnam dan Filipina.

Akhbar Beijing Daily melaporkan, Haixun 31 seberat 3,000 tan dilengkapi tapak pelancaran serta pad pendaratan helikopter serta mampu berlayar di laut selama 40 hari.
“Kapal peronda terbesar kami akan meronda di Laut China Selatan,” jelas tajuk berita akhbar tersebut.
Langkah China itu selepas beberapa minggu saling tuduh menuduh dengan Vietnam dan Filipina berhubung apa yang didakwa oleh kerajaan masing-masing sebagai pencerobohan dan tuntutan tidak sah satu sama lain di wilayah maritim itu di Laut China Selatan.

Tindakan Beijing itu dilihat bagi menggukuhkan tuntutannya ke atas wilayah berkenaan.
“Kapal itu akan meronda di wilayah marin yang dibangunkan China di perairan terbabit (Laut China Selatan).
“Rondaan ini bertujuan melindungi hak maritim dan kedaulatan China,” lapor akhbar berbahasa Cina, Takung Pao.China sebelum ini menuduh Vietnam mencabul wilayahnya di Kepulauan Spratly dan perairan sekitarnya yang turut dituntut Vietnam.


Note Bahulu Studio.com : kepulauan itu tersimpan Minyak&Gas asli...negara2 terlibat bersungguh-sungguh untuk mendapat hak masing-masing..Jika berjaya..keuntungan yang pasti.

Soalan Di Dalam Alam Kubur...perkara yang pasti


Hadith:
DARI Asma' r.a katanya: "Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ˜Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya, "Mengapakah orang banyak mengerjakan solat?"
Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, Ayat? (tanda kebesaran Allah?)
"Jawab ˜Aisyah, Ya! Tanda kebesaran Allah!" Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening).
Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku.
Kata ˜Asma selanjutnya, "Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain: "Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah ku saksikan dalam solatku sebentar tadi, syurga dan neraka.
Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,: "Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?"
Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,: "Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi."
Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,: "Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak."
Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,: "Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu ku ucapkan pula."

Riwayat Muslim
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Thursday, June 16, 2011

Gerhana Bulan Penuh 16/6/2011





Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna: Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.


Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau rukuk dengan rukuk yang panjang, sedang rukuk ini berkurang dari rukuk pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari)



foto kredit :Malaysia Lunar Eclipse

Tuesday, June 14, 2011

Setiap degupan jantung ku..



Lokasi Gambar : Banjaran Titiwangsa,Malaysia


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu....





Monday, June 13, 2011

Resepi Bahulu Studio.com

Resepi BAHULU studio.com



Bahan-bahan
7 biji telur ayam
3 cawan gula pasir
1/2 kg tepung gandum
sedikit minyak
acuan kuih bahulu atau kuih cara

Cara Membuatnya
1. Goreng tepung sampai masak
2. Pukul telur dan gula sampai kembang
3. Setelah kembang asingkan sedikit dan campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan
4. Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.

Bahulu merupakan salah satu kuih tradisional org Melayu....Bak kata pepatah "org melayu kaya dengan Adat"
"biar mati anak,jangan pula mati Adat" ...begitu hebat orang2 Melayu.
Biar pun  masa berlalu pantas...tetapi tetap jua jadi pilhan.


Bahulu sedap di makan begitu saja...sama juga nama Blog nii...harap2 teringat akan Blog ni...apabila terpandang Kuih Bahulu tuu yea..


Sunday, June 12, 2011

Musim kembali ke sekolah......ler



  Santai ahad....rehatkan minda...esok dah mula nak sekolah...tugas2 sampingan Bahulu  ..hantar&ambil anak2 sekolah bakal bermula.....penat jejalan masih terasa lagi......demi tugas ,aku gigih jugak.
Nanti ...sambung cerita lagi..okey,....As Salam...

Friday, June 10, 2011

Kembara Bahulu ke Pantai Timur....

7 Jun 2011.Memulakan perjalanan di awal pagi.Seawal jam 4 pagi kami menuju ke negeri sebelah pantai timur.Suasana cukup dingin....Anak2 dah tentu tidur.Tapi mama nyer dalam dok tersenguk2 kepala pun masih tak berani nak tidur.Kami ikut jalan Grik-Jeli.Melalui Banjaran Titiwangsa.Seronoknyer rasa,cantik je pemandangan.Umpama melalui jalan Simpang Pulai - Cameron le plk...hehehe.Tapi ye lah,masa cuaca masih lagi gelap,xde apa yg boleh tgk pun...Singgah solat subuh kat kawasan rehat Titiwangsa.Masa tu jam dah pun 7 pagi.Nak wat cmne kan.Masa betul2 subuh tu,xde plk tempat nk singgah.Selesai semuanyer,perjalanan diteruskan.Kalo xsilap jam 8 lebih dah masuk negeri Kelantan.Area Jeli.Lalu ikut jalan Tanah Merah.Singgah beli sarapan.Aku dah tentu cari nasi kerabu...yummy2.Singgah masjid kat Tanah Merah.Bawak anak kecikku mandi.Pastu makan le,pe lagi.Memula tu,nak stay kat Kelantan je dulu.. terus menuju ke Terengganu.Lagipun,masa sampai Kota Baru tu,masih awal lagi.Jadi,kata sepakat diambil.Set gps,menuju lah kami ke Kuala Terengganu melalui jalan pesisir pantai.Sepanjang perjalanan,rasa happy je.Tambah lak bila nampak kawasan2 yg cantik2,pantai2.....teruja sungguh.Sampai kat area Penarik,kitorang berenti kat kedai makan.Just beli nasi ayam dan nasi putih berlauk tuk .Elok plk,masa tu dah zohor.Masjid depan kedai makan tu je.So,pas beli makanan terus masuk kawasan masjid.Lagi2...pe lagi??Ehmmm,pas solat...nampak le pantai yg cantik kat situ...Jom le lepak situ dulu....Singgah pantai lak.Bentang tikar,keluarkan makanan...pe lagi,berkelah le kami kat Pantai Penarik tu...Seronoknyer,makan sambil menghirup udara laut.Tapi kan,kepala ni dah terasa sikit memusing.
Bila pijak tanah dah rasa macam nak melayang lak...huhuhu.Tapi makan laju je.Selesai makan,xleh lama2 kat situ,jauh lagi ni...teruskan perjalanan ke destinasi sebenar.
Sampai Kuala Terengganu,destinasi pertama adalah mencari tempat tido...

Sebenarnyer ni betul2 bergantung pada gps.Tanpa alat tu,jenuh le kami nak cari jalan.Sampai Seri Malaysia dah kul 3 petang.Check in pun rupanyer kul 3 kat situ.Selalunyer kat tempat lain jam 2...Memula tu dirng bagi bilik kat tingkat2...dah le xde lift.Cmno mak nak panjat tangga.So,aku mintak tuko.Nasib baik de bilik.Tapi katil single...2 buah.Jadilah....tu pun rege semalam rm170 termasuk sarapan tuk 2 org.
Dah masuk bilik,rehat2...baring2.Kitorng keluar balik jalan2 tgk bandar Kuala Terengganu.Petang tu sempat g area Losong,g lawat Muzium tapi masa dh suntuk.Dah nak tutup.Cuma dapat jenguk2 kat luar je lah.Pastu g Taman Tamadun Islam.Situ le terletaknyer Masjid Kristal.Tumpang solat kat situ.Then,bergambar2.Kat area tu kan banyak yg boleh dilawat.Nak jalan kaki...adusss,xlarat le.Taman Monumen pun ada,tapi xmasuk pun.Singgah Pasar Payang jap.Seterusnyer,ke Pantai Batu Buruk.Ambik angin jap.Kejap je kat situ.lagipun dah senja.Balik dari situ,singgah beli makanan kat gerai tepi jalan.Beli nasi minyak ngn air teh o ais.Bungkus,balik makan kat hotel.Sedap plk rasanyer.....Malam tu hujan turun.jadi xleh le keluar jenjalan.Just stay kat hotel sambil tgk tv.Lepas makan pun rasa lapar g.Alamakkkk.....tapi mujur le hotel tu xjauh dari kedai2.Dapat le g jalan kaki.KFC pun dekat je,seberang jalanPas makan,tido je lah...huhuhu.Sejuknyer tido dlm aircond(jakunnyer).
Pepagi lagi,aku dah bangun.sarapan kat cafe hotel.Makan.....Check out awal,dalam kul 10.Banyak g tempat yg xsempat nk lawat.Ambik gambo ala kadar kat area belakang hotel tu...pe ye namanyer,lupa la..nantilah nak kena check balik.G Pasar Payang.Shopping sikit2 je.


kita bersambung lagii..........kelantan pulak yeaaaaa
gambo tak sempat nak upload


Sunday, June 5, 2011

Malayan Railway at Bukit Timah, Singapura

Part of Singapore and Malaysia's joint heritage is soon to become history. The trains stop in July 2011, and the Malaysian railway land, an oasis of nature and birdsong, will be taken over by Singapore.

hanya tinggal memori.....dalam lipatan masa,kebanyakkan corak kehidupan di stesen KTMB adalah sama  kira di mana tempatnya contoh ipoh,kl,taiping ,johor .....








selepas ini tiada lagi  kibaran Jalur Gemilang di sini
jika Anda mahu merasa makanan  Malaysia di bumi yang pernah di langgar Ikan Todak...cepat sementara masih belum ditutup,kelak jijit jari kaki dan tangan jea..Bahulu tak merasa ler nak ke sana.......



pejam celik dah Sywal

 tot2 dah Syawal 2024 .... masa bergerak pantas sungguh ku coretkan  salam Syawal 2024 dar saya buat semua yang sudi singgah.

a

Jom Baca

my churp-churp

BAHULU DAN RAKAN-RAKAN SDN BHD.

BAHULU DAN RAKAN2 SDN BHD.

Bahulu dan Catitan Teman-teman

Grab This Widget

a

Peringatan




Ini adalah blog peribadi.pendapat yang adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana2 pihak ke 3 atau4

Harap anda faham yea..buat macam blog ada sendiri
apa2 pendapat sila komen untuk memantapkan lagi blog BS nii.Terima kasih ,daun keladi.



Kerjasama Anda Amat Dihargai

Bahulu Studio.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...