Sabtu.....
Tempat....Sekitar Taiping
Suasana pagi ni cerah dan terang.Pe aktiviti..???Asyik kat hotel,boring gak kan....Jom ikut Bahulu g jalan2 sekitar Taiping,area Kuala Sepetang.Kuala Sepetang sebuah perkampungan nelayan.Terkenal dengan pokok kayu bakau.Di situ jugak terdirinya sebuah kota lama iaitu,Kota Ngah Ibrahim.Lagi...lagi...???Bab makan,dah tentu Mee Udang...pernah masuk majalah3..too yg ramai bebenor orang maii pekene..
Taraaa...inilah Mee Banjir Udang tu.....rasa ok lah..boleh tahan.Bahalu.. order mee yg udang laut.Rege dalam rm10 je.Yg rm12 pun de.kalo udang biasa dalam rm6 je...
notis..kalau time cuti-cuti servis dia orang lambat bebenor..coz ramai pelanggan kata kan..lupa pulak nama gerai niii gerai mak teh mee udang.sekarang semua gerai2 kat situ dah tukar nama semua berasas kan udang......Vroooooom,meh Bahulu bawa pi muzium pulak
pemandangan sekitar Kota Ngah Ibrahim
mahkamah British dimana Ngah Ibrahim di bicara kan
pemandangan dari muka pintu...sambut pelawat ,Selamat Datang Ke Kota kuu
semasa era bijih timah.....too yang tercetus nama TAIPING@dlm bahasa cina keamanan
Replika Bilik pegawai British,semasa pemerintahan British.
Replika Bilik pegawai Nippon,semasa pemerintahan jepun lerr
Ok....sambung citer tadi....Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4Feb 1895,kota ni diletak di bawah pentadbiran Inggeris sehingga dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang(1913-1922).Lepas tu dijadikan Sekolah Melayu(1923-1941).Semasa zaman pemerintahan Jepun(1942-1945)dijadikan sebagai Markas Tentera Jepun.Bila Jepun menyerah kalah ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu.Kini dijadikan Muzium Matang....masuk free jer siap bole snap gambor lagii....
ni pulak kat hutan paya bakau matang...boleh lihat pokok2 bakau jerr..bagi yang minat bole booking bot,leh ronda2 .
Ok .lah,..meh lawat taiping kot2 teringat..nanti Bahulu sambung ngan story lain pulakk...Zassssssss